Friday, September 30, 2011

Mengecilkan Hati VS Berkecil Hati

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat yang Dingin...

Awal pagi ditemani kedinginan hujan yang begitu lebat membasah bumi. Awal pagi juga Teratak Syurga Cinta kita dikejutkan dengan seekor Kelawar yang tersesat.. Kesian juga kelawar tu, tapi agak menakutkan juga. Nasib baik, puteri2 umi masih lena diulit mimpi. Kalau tidak, mesti terjerit dan bertempiaran dah. Masakan tidak, kelawar tu berterbangan dalam bilik mencari 'jalan pulang'.. Umi buka seluas2nya tingkap bilik- kesian juga anak2 kesejukan. Tapi umi selimutkan, at least tak lah sejuk sgt. Alhamdulillah, akhirnya keluar juga kelawar sesat tu..

2 Hari ni, Tadika kakak tak sekolah, so Nurin & Ain umi hantar ke Taska Al-Fath.. Seronok betul derg.. Alhamdulillah.. Indah rasanya rasa dihati bila dapat lihat kegembiraan di wajah anak2. Lama juga umi berkongsi potret kita di sangkar ini. Insya Allah, nanti umi kongsikan. Ada juga beberapa rakaman video. Harapnya ada kesempatan utk upload nanti.

****************************************************

Pengisian ilmiah Jumaat nan Indah ini:

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.
...
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.




P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


2 hari sudah kita membicarakan tentang KEMAAFAN.. duhai anak2 ku.. Tetapkanlah hati utk membuat perubahan. Moga kita dikurniakan ketenangan utk menghadapi hari2 seterusnya. Ameen.

1 comment:

  1. Kakak, pinjam citer ayah & anak tu nk post kat Fb... byk pengajaran di situ. Thank you.

    ReplyDelete