Tuesday, September 6, 2011

UKHWAH

Assalamualaikum wbt & Salam Sayang Princessia umi...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga umi titipkan sesuatu hari ini, setelah sekian lama sangkar kita sunyi. Alhamdulillah juga akhirnya umi dapat menghijrahkan segalanya.. di sangkar baru, nama baru. Apepun, catatan lama umi masih boleh di baca di link ini : www.princessnest.wordpress.com  

Alhamdulillah, berlabuh tirai Ramadhan 1432H.. Syawal pula menjengah. Catatan Syawal tahun ini amat peribadi buat umi. Tak mampu rasanya utk diluahkan dgn kata2. cukuplah sekadar gambar2 berbicara mengenainya. Andai satu waktu nanti terdetik rasa dihati utk berkongsi.. Insya Allah, umi akan coretkan. 

Tatapi gambar-gambar Syawal kami. Insya Allah, selepas ini sangkar ini akan kembali ceria dengan omelan umi. Cuba memberi kesempatan pada ayah agar dapat coretkan sesuatu kerana sangkar ini bukanlah lagi milik princessia semata. Manfaatkan seindah namanya.. Baitun Nur Faidzin - Rumah Cahaya orang-orang yg Menang.. bersempena dengan Syawal yg Mulia juga maka umi 'launch'kan sangkar ini... Mudah2an, pelabuhan baru ini akan kekal sebagai pelabuhan yg abadi.. Mencoret kisah kehidupan kami... Berkongsi ilmu.. Ya Allah, Rahmati jejak kami seterusnya.. Ameen.















Salam Syawal 1432H buat semua.. 
Dari hati yg tulus ikhlas, kami mohon Maaf Zahir & Batin atas segala khilaf dan kesilapan diri. Moga hari-hari yg mendatang akan lebih beerti buat kita semua. 
Ameen.

No comments:

Post a Comment