Saturday, December 3, 2011

KEM PEMBENTUKAN JKM KTC 2012

Assalamualaikum Wbt & Salam Ukhwah,

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Syukur umi panjatkan kehadrat Allah swt.. Tamat sudah Kem Pembentukan JKM KTC 2012 yang berjalan selama sebulan lamanya. Kemuncak Kem adalah pada 1 Disember 2011, dimana Majlis Watikah Kepimpinan KTC2012 diadakan. Tahniah buat semua kepimpinan baru!
Akhirnya lunas jua mandat selaku Felo Penasihat utk Kem Pembentukan JKM KTC 2012.. First time ever.. Selama sebulan kami berkampung. Seakan kebetulan, tapi itu takdirnya... 1 Nov 2011 - 1 Dis 2011. Cantik tarikhnya. Pada umi, cukup padat, terisi & manis pengisiannya. Bermula Fasa I: Sessi Ceramah (input awal yg perlu utk semua peserta. Andai tidak terpilih sebagai JKM tetap boleh dimanfaatkan utk involve dlm program). Fasa II: Perancangan Aktiviti (kesepaduan, teamwork, pemikiran kreatif & kritis diperlukan oleh semua peserta untuk membentuk, merancang aktiviti yang mampu memberi impak khususnya dalam menaikkan status KTC sebagai Kolej Gemilang amnya utk UTM yang berstatus Universiti Penyelidikan!). Fasa III : Kepimpinan; Di Tiram Indah Village, Ulu Tiram. (merupakan fasa terakhir dan merupakan hadiah buat peserta-peserta terpilih! Di peringkat inilah peserta yang bernar2 komited akan tersu bertahan. Justeru, utk menjadi pemimpin ketahanan merupakan salah satu aspek penting). Diharap segala pengisian yang digarap oleh urusetia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kepimpinan JKM KTC2012.

Secara peribadi, banyak pengalaman & kenangan yang umi sendiri lalui. Mengenali adik2 urusetia, peserta. Terlibat secara langsung dan tidak langusung dalam perjalanan kem adalah sesuatu yang amat manis. Sejuta penghargaan buat Zauji tercinta kerana begitu memahami, berkorban bersama, anak2 yang sering berkerenah dlm memahami amanh umi. Adik2 urusetia yang cukup setia, punya masing2 karakter namun amat umi kagumi kerana kepelbagaian itu melengkapkan mereka. Ada masa bertingkah namun damai semula demi sebuah amanah. Ada masa merajuk namun kembali mesra kerana sebuah ukhwah! Cukup manis cukup indah mengenali kalian. Harapan perbadi umi agar kepimpinan KTC yang baru ini juga dapat mencotohi rantaian ukhwah yang dibina. Bukan kerana wang, nama atau apa shj kebendaan yang membuatkan mereka sentiasa ada utk kalian tapi kerana kasih sayang, amanah & ukhwah sesama insan.

Kepimpinan baru pasti ada sesuautu yang baru jua. Tidak perlu terlalu mengikut tampuk yang lama. Namun haruslah berciri dan berlandaskan nilai kepimpinan yang cemerlang. Perubahan itu perlu, namun haruslah juga  dengan kerelaan semua pihak. Benar tidak mudah untuk memenuhi kehendak semua tapi haruslah ada majoriti. Jangan juga menjadi pemimpin atas angin yang sentiasa mengikut sahaja. Namun bukan juga pemimpin yang bercorak Otokrasi. Pertajamkan pedang sebelum berperang. Maka sering2 lah bertanya, menimba ilmu dalam menjadi pemimpin. Namun, paling utama.. sentiasalah bermohon kepada Allah swt agar diberi petunjuk dalam segala pelakuan, keputusan yang dilakukan. Mudah2an semuanya dimudahkan dan mendapat keredhaan Allah swt.

Selamat Berjuang!


p/s: agak emo, tapi benar2 rindu dan sayang pd kalian!

mencorak kepribadian diri yang cemerlang bukan dalam sehari dua..bukan juga setahun, dua..mungkin juga memakan puluhan tahun. Berpijak dibumi nyata selalu agar tidak hanya menunding kekurangan dan kesilapan orang untuk kita berjaya tetapi dengan memperbaiki diri sendiri adalah lebih manis & bermakna!

No comments:

Post a Comment