Sunday, January 1, 2012

Ahlan Wa Sahlan 2012

Assalamualaikum wbt & Salam Sayang sumer.

Alhamdulillah, masih berkudrat meneruskan kehidupan. Jutaan kesyukuran umi panjatkan atas nikmat usia & kehidupan yang telah Allah swt kurniakan. Harap masih tidak terlewat. Alhamdulillah, melangkah ke tahun 2012, seperti mana melangkah ke 1433H tempoh hari... bersama2 suami tercinta & anak2 tersayang... kami ke sebuah destinasi.. menghabiskan sisa 2011 dan meraikan 2012 bersama. Cukup indah, cukup manis. Ya Allah, syukurku padaMu.. Tak terungkap dengan kata2,biarlah segalanya menjadi kenangan manis kita bersama.


Melangkah ke tahun 2012, dengan meninggalkan beribu kenangan suka duka disepanjang perjalanan kehidupan 2011 yang lalu, pasti menjadikan diri kita semakin matang. Mudah2an tahun ini akan lebih banyak senyuman dan keindahan menjadi teman perjalanan kehidupan kita. Anak-anak semakin dewasa dan semakin bijak bercakap, semakin ketara rasa tanggungjawabnya, semakin sukar juga kekadang umi & ayah nak menjawab pertanyaan atau daya pemikiran anak2 yg ingin tahu. Nurin semakin rajin belajar, cepat tangkap bila diajar dan rajin membantu umi menjaga adik2. Ain begitu juga, rajin menjaga adik, semakin sensitif-terserlah sikap penyayang nya lelebih lagi buat ayah ksayangannya. Sajidah, pun semakin petah berkata-kata, cepat juga meniru aksi, paling seronok, mulutnya tak pernah tinggal dengan "terima kasih ayah/umi" setiap kali diberi sesuatu.

Disini umi kongsikan warna-warni kehidupan keluarga kecil kami.... 






















Alhamdulillah..tiada apa lagi termampu umi luahkan, melangkah ke 2012 ada beberapa peristiwa yang membuatkan umi terasa begitu bersyukur, terasa hampir padaNya.. Tahun 2012 perlu dirancang dengan baik. Awal bulan sahaja ada beberapa agenda sudah menunggu. Begitu juga beberapa bulan selepas itu. Dalam kepala umi ada beberapa perancangan telah berlegar-legar, harap dikurniakan kekuatan & dilorongkan Allah swt utk realisasikan. Ameen.... 

“Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Pelbagai peristiwa pahit manis sepanjang beberapa tahun lalu... Benar ada ketika kita terduduk dan terjeruk sendiri mengenang segala kepahitan & dugaan yang menghimpit diri.. Namun, kala itu, jika masih ada Allah dalam ingatan, kita tetap akan terus cuba berdiri dan berjalan, berlari untuk meneruskan kehidupan meski dalam beribu kekalutan yang sukar dimengertikan oleh orang lain. Itulah juga isyarat kesabaran yang ada pada diri kita. Lalu setelah segalanya berlalu, dan kita berdiri di sini menoleh segalanya... Nyata, kita sendiri tidak sangka bahawa diri kita segagah dan sekuat ini untuk mengharungi dugaan itu. Ketika itu, pasti kita akan ingat tentang firman Allah

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Surah Al-Baqarah, 2: 286]
Begitulah kehidupan ini, selagi kita bernama manusia
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56. 
Sering umi bermonolog sendiri, setiap kejadian yang berlaku adalah cara Allah swt untuk berkomunikasi dgn kita. Allah tidak menjadikan seorang manusia pun tanpa tujuan atau sia-sia. Pasti ada sesuatu yang tersembunyi disebalik setiap kejadian!

Akhir kalam, begitulah serba sedikit pengisian yang umi sajikan dalam kita melangkah ke tahun baru. Segala yang baru itu sunat kita niatkan namun yang wajib kita tunaikan adalah kesungguhan & istiqomah sesuatu perkara. Moga kita semua tergolong dalam manusia yang sentiasa dalam Kasih SayangNya.. 


video klip dari En. Suami. "Buat honey abg". ...Terima kasih Suamiku.


Salam 2012 buat semua yang tersayang!!!

No comments:

Post a Comment