Friday, April 20, 2012

Indahnya Pertemuan

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat semua,

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Penantian dan Kerinduan akhirnya terlerai.. pada 17 April 2012 yang lalu... Ayah selamat kembali ke tanahair dari menunaikan umrah.

Walaupun dengan jadual kerja yang agak padat, dapat juga umi luangkan masa untuk menyambut kepulangan ayah. Alhamdulillah.

Benar, lain benar aura orang yang baru balik dari Rumah Allah.. Selain dr rupa fizikal, perwatakan ayah juga ada sedikit kelainan... Sukar juga untuk difahami. Air mata yang bergenang tatkala meihat kelibat ayah, gugur berjurai bila mata kami bertembung dan salam berbalas. "Rindu benar abang dengan isteri abang ni..." ayat pertama terpacul dari mulut ayah....

Alhamdulillah, kerinduan itu berakhir. Ada beberapa rutin baru yg kami jalani sekembali ayah dr Tanah Suci. Moga rutin ini istiqomah & memberi kebaikan buat kami sekeluarga juga org disekeliling kami.

Secebis gambar kenangan semasa dan sekembali ayah dari Tanah Suci.


No comments:

Post a Comment