Friday, April 6, 2012

SEGALA YANG BERLAKU ADA SEBABNYA

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat Yang Penuh Rahmat!



Alhamdulillah, infiniti syukur dipanjatkan pada Allah swt kerana masih diberi nikmat kehidupan di hari yg penuh Barokah ini. 

Setiap hari kita mengatur jadual kehidupan, merancang aktiviti, merencana sebaik mungkin perkara.. Dari sebesar-besar mauduk kehidupan sehinggalah seremeh-remehnya.. 

Namun dalam pada merancang & menjalaninya...kita sering didepani dengan pelbagai mehnah duniawi yang menguji diri. Apakah ujian datang tanpa diundang itu sebuah hikmah atau musibah? 

Ketahuilah sesungguhnya Allah swt berfirman;
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)   
Justeru, kita juga harus tahu bahawa Allah swt menjadikan kita bukan sia-sia. Meskipun, kita ini seorang yang buta dan tidak mampu bekerja atau fakir yang tinggal sebatang kara.. Tiap kita ada manfaatnya, tiap kita ada fungsi tersendiri dalam memberi erti antara satu sama lain hatta dengan haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.. Bukankah itu juga makhluk Tuhan? 

Maka sejajarlah dengan lontaran ayat berikut;
Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan sia-sia begitu saja?“ (Al Qiyamah:36) 
 Tidak ada yang sia-sia dalam perbuatan Allah. Termasuk ketika Dia menciptakan kita semua. Tidak sebagaimana anggapan sebagian orang yang terlena dengan fitnah dunia.


Dalam ayat lain Allah Ta’ala juga berfirman :
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al Mukminun:115).
Lantaran itu anak-anakku, sahabat-sahabat serta pengunjung sangkar kesayangan sekalian,

Ingatilah, setiap detik yang berlalu, suka mahupun duka... bahawa segalanya adalah nikmat dari Allah. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur bahawa setiap kejadian yang ditimpa kepada kita adalah hikmah yang Allah berikan. Jika ianya sebuah kesenangan / kegembiraan mungkin ianya sebagai hadiah yang Allah sampaikan, boleh jadi juga dugaan Allah untuk mengukur tahap keimanan dan kehambaan. Namun andai ianya sebuah kedukaan / kesedihan / kepayahan anggaplah itu ibrah & penyucian kesilapan atau dosa kita yg lalu untuk kita bertemu Allah agar dalam keadaan suci di Akhirat nanti. 

Renunglah kembali, perjalanan hidup para Nabi & Solehin juga tidak sunyi dari ujian, susah payah, sakit dan tangisan.. Namun itulah yang menguatkan hati seorang insan dalam meniti kehidupan. Membuatkan kita tidak alpa dengan nikmat Tuhan. 

Akhir nanti, pasti hanya ada 1 Matlamat yang ingin kita nikmati: Redha Allah! Oleh itu, selalulah ingat bahawa;
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” (At-Taubah: 129)  
dan juga;
..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Yusuf: 12)   
Nah... ape lagi yang harus dibingungkan? Adakah tindakan menyalahkan orang dan diri sendiri satu langkah yang bijak & matang? Segalanya terletak pada penilaian sendiri, melalui mata hati & fikrah pemikiran. 

Usah terlalu lama merenung sebuah kegagalan atas sebuah kesilapan. Jangan terus menangis kerana kehinaan akibat sebuah kejatuhan. Senyumlah 
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman)
Bukankah...
  "Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..Penyembuh segala Duka.. Pengubat segala Rasa.. Penawar segala-galanya"   Subhanallah.... Segala persoalan terjawab... 'Maka mengapa kamu tidak berfikir?' -al-baqarah-   
Senyumlah semua....hidup terlalu singkat untuk terus bersedih!  

Wassalam wbt

2 comments:

  1. Totally agree with you my dear..cheer up your life! Bersama kita kejar REDHA ALLAH, bukannya redha manusia..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Article ni actually idea from hubby aku. we talked about a few things b4 he left..so dia kata, why not abadikan kat mana2/share.. so sebahagian penulisan aku ni, adalah buah fikiran dia jg.. Alhamdulillah. Itulah yg sepatutnya.

      Delete