Thursday, April 5, 2012

TRAVELOG UMRAH AYAH, KEMBARA HIDUP UMI

Assalamualaikum wbt Sayangku...


Hari Kedua peninggalan ayah. Semalam berlalu dengan begitu lambat sekali... Setiap detik bagai merangkak.. Alhamdulillah, ianya berlalu dengan baik. Rasa sunyi nya.. masakan tidak,kami tidak pernah berpisah begini lama dengan jarak yang begini jauh... Dah menjadi resam anak perantau, apa sahaja yang berlaku kami hadapi semuanya berdua..dari mula berkahwin hinggalah kini. Senang atau susah, gembira mahupun duka... Hanya kami berdua & anak2. Bila rindu menggamit, sms2 ayah, umi singkap satu-satu...senyum sorang2.. Manisnya...

"Ingt kisah Siti Hajar yg pernah kita kongsi bersama? Abg tinggalkan bingkisan itu utk ayang. Moga dirimu sekuat Hajar..Doakan kembara abg".

Besar sungguh harapan ayah. Kalau nak dibandingkan diri umi dgn Siti Hajar pasti amat jauh ketara bezanya. Cuma kisah itu menjadi inspirasi umi, ada sedikit persamaan. Itulah motivasi.

Malam tadi selesai makan malam, Ain bantu umi kemas dapur - basuh pinggan. Sajidah pun sama. Nurin pula tolong umi kemas ruang tamu...bersiap untuk tidur. Sepeninggalan ayah, rasanya ruang tamu ni bakal menjadi tempat kami beradu. Mudah sket. Tak perlulah umi berkejar turun-naik. Terima kasih princessia umi yang memahami...

Sebelum tidur, seperti biasa doa dibacakan... Al-Fatihah, 3 Qul, Selawat & Doa tidur....

"umi, ain rindu ayah.... ain kesian kt ayah...", perlahan ain bersuara, memecah syahdu malam.
"umi pun sama ain..umi pun ingatkan ayah..",hati umi cuma berbisik. tak mahu anak2 tahu gelora dihati.
"kalau ain rasa rindu je...ain baca lah doa.minta pd Allah, nnti Allah bgtau Ayah..mesti ayah dengar", umi cuba memujuk... nyata pujukan umi berhasil...
Ada doa tamabahan dipenghujung malam itu.. Nurin, Ain & Sajidah... sama2 mendoakan keselamatan, kesihatan & kesejahteraan buat ayah beribadat di Tanah Suci..

Hening malam itu, umi tutup dengan Tahajjud Cinta pd Yg Esa.. mencurahkan segala isi hati, pasrah pd Ilahi.

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..


Ameen.

No comments:

Post a Comment