Thursday, May 17, 2012

ERTI HIDUP PADA MEMBERI!

Assalamualaikum wbt Anak2 ku..........

Lama umi menyepi, byk juga sbnrnya yg ingin dikongsi...lewat kesibukan tugas & rutin harian, menjadikan segalanya 'draft' semata. Namun semangat masih membara..berkongsi rasa, berkongsi cerita... 

Dalam kekalutan, masih punya kekuatan.. Ummi kongsikan ini: 

♥ Pinjamkanlah kekuatan semangat pada teman yang memerlukan meskipun saat itu kau sendiri sedang lemah.

♥ Sandarkan bahu buat sahabat yang kesedihan meskipun saat itu kau sendiri kau sedang menangis.

♥ Bersedekahlah kepada yang memerlukan infakmu meskipun saat itu kau sendiri sedang kesempitan..

♥ Luangkan masa untuk mendengar bicara sahabatmu yang mungkin ada masalah walaupun kau sendiri sedang menanggung beban masalah yg payah untuk dipikul..

♥ Hakikatnya bukankah manusia itu pendosa dan sering lupa.

♥ Hakikatnya menasihati dan membantu org lain bermakna kau sedang menasihati dan membantu diri sendiri.

♥ Aura positif tidak datang jika tiada charge negatif yg menarik.

♥ Dan kebaikan itu menghapuskan keburukan. InsyaAllah..


Agak klise, mungkin inilah kunci kekuatan insan. Selamat Beramal! 
(Alhamdulillah, agak bersemangat berbekalkan counter yg dihadiahkan!)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts