Sunday, July 29, 2012

:: Projek Dapur ::

Assalamualaikum wbt...

Entri ni umi selitkan, lama ni peram...nasib tk basi..hihih... Projek Dapur dgn Cik Mimi.. lama dh pasang niat nk wat Mini Pavlova... Alhamdulillah, terealisasi jg pd 29 Julai 2012. Disebbkan pavlova ni pakai telur putih sj. so telur kuning nye umi wat bread roll (mcm sardin roll. tp intinya umi tk guna sardin..umi tumis bawang sket, letak taugeh n sayur kucai....) So tak membazir... Menu berbuka pd hari berkenaan.. Nasi Ayam, Mini Pavlova & Bread Roll... Alhamdulillah.

Seronoknya buat projek ni dgn Cik Mimi & puteri2 umi. Seperti biasa part menghias-hias tu anak2 la yg buat. Biarpun tk begitu menarik tp sekuran-kurangnya dpt menggalakkan kreativiti & dpt berkongsi dapur dgn anak2... Meh, jom teropong ape yg terjadi.... =)

Mula-mula....
 Inilah sebahagian bahan2nya...
 Tara....dh siap!


Malamnya, umi bawa anak2 menikmati keindahan alam..kami susuri bandar JB. Gambar candid Sajidah yg dah tertidur dek kepenatan... cian dia....mcm posing pulak anak umi.

Ni pula gambar candid Ain..benar, kerap menguji kesabaran umi & ayah...namun terserlah juga kemanjaan & keprihatinan dia.. Bila umi / ayah sakit...inilah orang yg akan urut/suapkan ubat... Ain..ain..
Ain yg cheeky....ramai juga peminatnya..ada yg nak pinjam bawa balik. Tp, tak pernah umi benarkan. Tunggulah masa yang lebih sesuai. Biarlah susah senang dengan umi saja... 

Kita kena bahagia dulu, Hanya orang yang bahagia boleh bahagiakan orang. Hanya orang yang sayangkan diri dia,boleh sayang orang, dan hanya orang yang hormat diri dia boleh hormat orang. Orang yang kurang sopan, maknanya harga diri dan keyakinan diri sangat rendah. Hanya orang berimej negatif berakhlak negatif, aura negatif akan tarik orang -orang yang negatif kepadanya." 
(Prof. Muhaya)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts