Tuesday, August 14, 2012

:: Rabitah Hati Kami ::

Assalamualaikum wbt & Salam 25 Ramadhan.......

Hati dihimpit perasaan yg amat sayu... Ramadhan semakin ke penghujungnya, akan pergi meninggalkan kita. Malam tadi, sekian kali umi bangun cuba menghidupkan 10mlm terakhir... Alhamdulillah... terlaksana. Alhamdulillah juga, Ramadhan kali ini ada beberapa perkara yg umi hajatkan terealisasi, dengan IzinNya jua. Cukup indah & manis. Moga ianya terus begitu, tersimpul kejap dalam redha Allah swt sehingga ke Firdausi, insyaAllah. Tergiang-ngiang kata2 Sifu Motivasi umi: Prof. Muhaya, "usah bertangguh jika hendak berbuat kebaikan dan jangan terlalu banyak berfikir jika kita tahu sesuatu yg dilakukan adalah utk kebaikan dan keharmonian. Setiap usaha & niat yang baik pasti Allah lorongkan!" Itulah yang umi pegang. Semoga kita juga dpt terus Istiqomah dalam merapatkan ukhwah, menyemarakkan mahabbah... sesama ahli keluarga, serta insan-insan yang memerlukan walau bukan darah daging sendiri. 
"Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan,
yang erat kita serasi-serasikan".
Kita tidak perlu kaya utk bersedekah. Segala apa yg kita ada adalah milik Allah, lalu bebahagi lah. Disitulah kemanisan, kebahagiaan yang sebenar. Jangan difikirkan penghargaan manusia atau pembalasan manusia dari tindakan kita. Tapi fikirkanlah bekalan yg perlu kita bawa utk berjumpa dengan Allah swt. Hati dan fizikal akan bergerak seiring, melakukan dengan keikhlasan...tanpa rungutan malah penuh kasih sayang & gembira... walaupun jika tindakan kita itu mengundang reaksi negatif, kita tidak mudah melatah dan merungut kerana kita tahu & yakin tujuan tindakan yg dilakukan. Maka tidak akan timbul "Ala, penat je buat baik kt orang, dia tak hargai pun.." Sebaliknya, hati dan fizikal merasa puas andai perkara yg ingin dilakukan kerana Allah swt itu telah terlaksana. Pd umi, Ramadhan kali ini smemangnya adalah yg terbaik dr sebelumnya...Alhamdulillah. 

Beberapa sahabat sering berkata pada umi, malah Tok sering berpesan pd umi: Mengalah bukan beerti kalah, Berdiam tidak semesti bersalah tp andai itu yang boleh menjaga ukhwah dan mahabbah..lakukanlah biar pahit diluarannya tapi kemanisannya akan terasa jua. Biar kita sentiasa mendahului dalam usaha menjaga ukhwah, dahuluilah kemaafan yang tulus ikhlas dan luputkan keegoan diri. Insya Allah kita akan menemui kemanisan & kebahagiaan hakiki. Kebahagiaan bukan pada manusia tetapi pada Pemilik diri dia dan kita.


Kita hanya manusia biasa...tiada yang sempurna apa lagi istimewa. Namun, seharusnya kita mencuba dan terus mencuba untuk terus menjadi yang baik dan lebih baik setiap hari... kerana kita perlu sedar, destinasi terakhir kita...pulang ke Kg Akhirat yang Abadi... kesilapan dan kekhilafan lalu jadikan sempadan. Kejayaan atau kebahagiaan lalu jadikan panduan, motivasi dalam melalui kehidupan. Di sini kita mentarbiyah diri..belajar terus belajar. Apabila darjat bertambah, menjadi isteri & seorang umi, maka tugas mentarbiyah / mengasuh anak pula perlu dipikul. Sebaiknya amanah digalas. Mehnah dan ujian silih berganti, namun jangan mudah putus harapan dengan Rahmat Allah swt. 

"...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf:87)
Penutup bicara, umi sulamkan dengan Doa Rabitah.. Doa yang akan umi alunkan tiap pagi dalam perjalanan menghantar anak-anak & ke tempat kerja.. Sambil menyanyi secara tak langsung, menghafal. Alhamdulillah, anak2 semakin biasa dengan doa ini. Walau belum faham tentang fungsi doa ini, mudah2an satu hari, mereka akan tahu dan amalkan. Dan, setiap kali doa ini berkumandang, akan terbayang insan-insan kesayangan umi.. Semoga ikatan ukhwah yang terbina adalah kerana Allah swt inilah Rabitah Hati kami....



"Kena jumpa orang. Lihat kawan, kalau kawan ramai yang negatif ,jumpa orang pun semua negatif, tempat kerja semua aura negatif. Kenapa Allah letak kita di tempat itu? ada 2 sebab. 1) Kemungkinan kita agen pengubah kerana kita ada aura positif atau 2) kita memang tergolong orang-orang yang negatif. Kita kena pilih satu sistem kepercayaan yang buat kita kuat. Jiwa itulah kehidupan kita. Mata hati,bukan melihat sekadar nampak luaran tapi nampak lebih dari itu iaitu melihat roh bahawa semua orang baik dan semua orang betul" (Prof Muhaya)

No comments:

Post a Comment