Tuesday, August 7, 2012

:: Tempias Olimpik 2012 ::

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi!

Umi pernah pernah begitu fanatik dengan sukan. Lelebih lagi bila melibatkan Skuad Badminton Negara.. Suatu ketika dulu, sanggup bangun awal pagi / terlewat ke sekolah kerana Perlawanan Awal Pagi.. Berjaga Tengah Malam demi menyaksikan hero-hero Melaya bertarung dipersada Anatarabangsa... Ya ianya telah begitu lama umi tinggalkan. Namun momen itu masih segar diingatan & amat manis dikenang. Pasti ketika itu teman berjaga umi adalah Embah dan Cik Da. Lebih meriah tatkala mendengar sorakan & rengusan garau penghuni kediaman berdekatan. (Kami membesar dalam kuaters UTM lebih 20tahun, jiran-jiran kami adalah mahasiswa belaka) huhuhu...dari tak boleh tidur, lebih baik berjaga tgk jg. Segalanya telah lama berlalu... Adakah umi yg telah bersikap dingin terhadap perkembangan Sukan Negara? Atau Sukan Negara yang begitu GAH dahulu semakin pudar sinarnya??? Namun, lewat beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dirasakan ada denyut nadi yang sedang bertarung berlari dalam mencari Kejora Kejayaan.. Demi sebuah Negara..Cita-Cita dan paling penting Maruah Bangsa&Negara... Dari jauh, setiap kali namanya disebut, doa pasti dilayangkan.. Moga beliau akan berjaya satu hari nanti.. Perjuangan dalam Olimpik 2012 kali ini pastinya lebih bermakna..Disaat menempuh Bulan yang mulia... Moga Barokah Ramadhan menjadi senjata ampuh buat drinya!
Selamat Berjuang Azizulhasni Awang! 

2 comments:

  1. salam umi :)

    mutiara pun suka gak sukan2 ni :)
    dulu masa sekolah menengah, agak aktif bersukan,
    basketball player, sprinter dan long distance runner.. best!

    tapi skang dah agak busy (oh, alasan)..jarang nak update pasal sukan..

    :)

    ReplyDelete
  2. Wassalam dik,
    Akak pun dh lama tk involve dgn sukan. time skool dlu penah gak la dpt anugerah olahragawati...huhuhu.. mcm2 jg sukan yg akak main. plg suka netball, handball n lumba lari lh. penah jg dpt tawaran ke skolah sukan, tp atas nasihat mak akak, dia mnta akak ke smka.. sume tu kenangan manis..now tgk n latih anak2 je lah..nampak gaya anak sulung akak ada mewarisi bakat umi nya.. (>.<)

    Ada masa ke utmjb, roger la akak, blh jmpa kan?

    ReplyDelete