Friday, September 28, 2012

Masih Di sini!

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat yang Indah lagi Barokah.

Alhamdulillah, pagi ini dibekalkan ilham..dibukakan hati untuk ummi terus menulis di sangkar ini. Maaf kerana agak lama menyepi. Beberapa entri telah terkarang sebelum ini namun sudahnya menjadi draft semata.. Insya Allah namun ummi tak berani janji utk kongsikan. Bermula dengan perjalanan Akhir Ramadhan menuju Syawal 1433 yang cukup Indah.. (syukur padaMu).. Akhir Ramadhan cuba dimanfaatkan sebaik mungkin, kembara malam mencari Lailatul Qadr, Alhamdulillah dapat dilakukan. Dan Syawal seolah berlalu dengan begitu pantas. Perancangan yang disusun juga Alhamdulillah hampir semuanya terlaksana. Malah perancangan ad-hoc juga sempat dilakukan-perjalanan dari Kelantan ke Penang sempena meraikan kehadiran bakal mujahidah baru dalam keluarga besar kami.. Khadijah Amani bt Ahmad Zuhair. Tahniah buat Cik Da.. Yang pasti anak2 lah paling gembira, selain berjumpa embah, tok, dan makcik2 serta pakcik2 sedara dpt juga berjumpa sanak saudara yang lain.. Rutin Lebaran yang masih diamalkan.. 


Lil Sweetie - Khadijah Amani
(pipi labuh dan mulut tercongek tu mmg iras mamanya-Cik Da la tu..)

Aha... Syawal kali ini juga ummi berjaya membuat lagi satu rekod peribadi baru, yang ummi sendiri tidak menyangka... Ummi berjaya memasak untuk 400 org!!! sempena Rewang Raya kolej KTC.(hihi... tu la ada bijak pandai berkata, kita takkan tahu keupayaan diri kita sendiri sehingga kita mencabar diri utk melakukan sesuatu...) nyata ada benarnya. Ummi masak sup soto ayam & ayam masak merah.. Alhamdulillah.. licin sumenye.. tak cukup pula.. Kesian  tgk adik2 yg tak puas makan.. Specially AJK la, yg sanggup berkorban tak tido dan juga tak makan dulu..supaya kawan2 yg lain dpt makan. So, esoknya ummi jemputlah pula adik2 AJK ke rumah.. Sambung lagi satu sesi masak2 dan makan2.. Alhamdulillah.. Ummi seronok bila tengok adik2 seronok. 

Perkembangan anak2.. ALhamdulillah.. Ummi sangat2 bersyukur dengan kehidupan yang kita telah punyai-dikurniakan oleh Allah swt.. Melaluinya, kita sama2 mempelajari dan menyusuri kehidupan dengan lebih matang. 
Nurin: Dah semakin matang. Skill membaca juga semakin lancar. Syukur. Cikgu di sekolah sering puji Nurin kerana sikap 'cool' dia.. dan dah boleh diharap utk bantu ummi utk menjaga adik2. Sering juga Nurin bantu ummi mandikan hingga bedakkan muka adik. Ada ketika, Nurin jugalah yg buatkan susu adik2.. Nurin juga semakin prihatin, pantang kalau ummi kurang rehat, dia akan standby belakang ummi ketika memandu-utk urutkan ummi... ummi terharu. Alhamdulillah. 
Ain: Sikap cheeky nya selalu jadi penghibur ummi dan ayah. Badannya semakin 'sihat'.. mmg dah tak larat nk dukung. Orang yang tak kenal selalu ingt Ain la kakak bila melihat dr fizikalnya. Sekarang Ain dh boleh byk bertolak ansur.. cuma nak kena pujuk dgn berhikmah. Ain juga tukang basuh pinggan yang pro! dia akan basuh hingga kosong sinki & juga akan lap2 tepi sinki hingga kering... Syukur!
Sajidah: Dah semakin bijak becakap. kamus perkataan juga makin banyak cuma ada masa sukar utk difahami-maklumlah gigi depan takde. Sangat manja dengan Ayah. Kalau sesi menyidai baju, sajidah lah selalunya yg akan jadi volunteer ummi nak tolong. Alhamdulillah.
Syukur..syukur.. Alhamdulillah. anak2 semakin bijak & memahami. Selain itu, mereka jugalah yg membantu mengemas rumah saat ummi sibuk di dapur. Nurin kemas barang berepah, Ain biasanya menyapu.. Kalau dulu, mereka mengemas sekadarnya, namun kini mereka dah pandai utk mengemas agar rumah benar2 nampak kemas & bersih. Terima kasih Allah atas kurniaanMu.
Ummi & Ayah SAYANG kalian! Moga jadi anak yang Soleh, Musleh & Cemerlang! ameen.


Rasanya itu shj dulu.. ummi kongsikan ini buat semua.. Sesungguhnya kita adalah hambaNya dan seorang hamba selayaknya diUji. Maka BERATABAHLAH!. Sayang buat semua! ;p


2 comments:

  1. Khadijah Sofea? Sama nama anak aku yg no 2 tu..;) Comel, montel betul. Geram!!!! >_<

    ReplyDelete
  2. ngeh..ngeh..sekali salah tulis da.. teringt nama ank ko..i correct da mistake!

    ReplyDelete