Monday, October 22, 2012

Stay Strong, Dear!


"Ummi, sape nak jaga ktorang..ummi gi keje?" Nurin bertanya lagi, cuba menjerat belas ummi agar bawa mereka bersama atau batalkan niat menghadiri perasmian penutup Syok2012 malam tadi..

"Sayang... Allah selalu ada dan selalu tengok kita.. Jadi, Allah akan jaga Nurin dan adik2 ya sayang... ", laju pula kata-kata itu terpacul dari mulut ummi..

"Ha'ah la..Ain lupe.. Tapi, kalau rasa takut mcm mana ummi?" Ain yang dari tadi diam mula bersuara.

"Jangan risau sayang..kan ummi dah ajar, selalu baca doa dan minta pada Allah. Mesti Allah dengar apa yang anak ummi yg comel ni minta..", ummi masih cuba memujuk, cuba memupuk rasa 'penyerahan' sebagai hamba hanya kepada Allah swt.

Ain tersenyum simpul, pantang dipuji-comel.

Rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan anak2 yang masih kecil sendirian..namun ada amanah lain juga yang perlu ummi penuhi. Hati berbelah bagi awalnya.. wajarkah tindakan ummi ni. Namun, setelah sesi bual santai ummi, Nurin dan Ain lewat petang itu.. Ummi yakin, dengan keputusan yang bakal ummi lakukan.. Insya Allah.. semuanya dalam peliharaan Allah swt..

"Ok, ummi. Insya Allah, kakak jaga adik2. Ummi keje baik2, jangan risau. Nurin doakan Allah jaga ummi juga ey.. ", Nurin membalas sambil tersenyum.

Nurin & Ain, ummi rangkul kemas. Ummi peluk dengan penuh kasih sayang, kagum dan beryukur.. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang & Pengasih. Ada mutiara jernih yang gugur-terharu!

"Ummi jangan sedih.. keje baik2..", tangan mugil Ain menyeka airmata ummi dan dipeluk, cium ummi.

Kami Solat Maghrib berjemaah bersama sebelum ummi berangkat pergi, ummi sempat makan malam bersama-sama puteri-puteri ummi. Tempat tidur disediakan serapinya..nanti mudah untuk anak2 terus tido sepeninggalan ummi. Setelah selesai, seorang demi seorang ummi kucup dan ummi terus berlalu.
Sepanjang perjalanan, tak putus hati berdoa dan pasrah hanya kepada Allah swt..

Pukul 10, ummi minta diri untuk pulang..kepala memang tak lepas teringatkan puteri-puteri di rumah. Setiba di rumah, Nurin & Sajidah dah tidur. Tinggal Ain masih berjaga..

"Ain tunggu ummi", ain bersuara sebaik pintu rumah dibuka.

"Ala, kenapa Ain tunggu ummi. Tidur lah dulu sayang.. ", pujuk ummi sambil peluk Ain.

"Ain nak ummi bacakan buku", terang Ain.

"Ok, meh ummi bacakan", Ummi terus basuh kaki dan muka.. dan tidurkan Ain.

*********************************************************************************

"Kak, saya betul-betul terkilan dengan apa yang terjadi tadi", luah suara di hujung talian.

"Akak faham apa yg adik rasa.. akak tahu adik dah usahakan dan jalankan tugas sebaiknya", ummi balas cuba menenangkan kegusaran.

"Tapi kak, nanti orang akan salahkan saya, macam saya tak buat kerja", luahnya lagi.

"Adik, akak dan orang lain mungkin tak tahu sejauh mana kesungguhan adik dalam menjalankan tugas. Namun tugas itu bukan tugas adik seorang... kita semua sebagai daie maka wajarkah tugas sebagai daie dipikul atas nama Badan Dakwah semata? sedangkan tugas itu sebenarnya adalah tanggungjawab semua. Lelebih lagi pemimpin. Akak bercakap ni akak mengingatkan diri akak juga. Kalau rasa apa yang akak cakap ni boleh dipakai, peganglah. Tapi kalau tak betul, betulkan akak", ummi cuba menjernihkan keadaan, terasa ada bahang kemarahan dalam nada di hujung talian.

"Saya sedih la kak macam ni..", ada nada kecewa seolah-olah hampir patah semangat.

"Jangan patah semangat dik. Ingat apa sahaja kita buat kerana Allah kan, bukan mengharapkan penghargaan manusia.. Kita perlu kuat. Kalau adik tak kuat dan buat.. siapa yang nak buat? Sama-samalah kita istighfar dan solat taubat, mudah2an Allah ampunkan dosa dan kekurangan kita hari ini dan seterusnya", ummi masih cuba memberi keyakinan.

"Betul kak.. Terima kasih banyak2 dengar luahan saya.. Insya Allah saya cuba pegang", nada bersamangat akhirnya timbul juga...

Sebahagian perbualan dengan 'adik' yang berlangsung agak lewat malam tadi sebenarnya memberi kesedaran pada ummi juga tentang apa yang berlaku..

Kesimpulan yang ummi dapat nyatakan di akhir hari sebelum melelapkan mata semalam melalui 2 situasi yang ummi lalui....

♥ Kita perlu 'kuat' dalam menangani cabaran/dugaan/rintangan yang melanda. Kuat, bukan beerti kekuatan fizikal menangkis rintangan. Lebih dari itu, kekuatan mental/rohani, kemampuan bersabar serta ketahanan menghadapi tohmahan. Adalah antara ciri-ciri kejayaan/kekuataan menghadapi cabaran/dugaan/rintangan. Dan ciri-ciri inilah yang telah Rasulullah saw tunjukkan teladan.  Lau Kana Bainana (Andai Rasulullah SAW Bersama Kita) ♥ 

Rindunya untuk menemuimu ya Rasulullah saw.. Mudah-mudahan ummi juga akan terus diberi ke'kuat'an oleh Allah swt untuk terus bermujahadah di dunia yang fana ini.. 

No comments:

Post a Comment