Friday, December 21, 2012

:: Pedoman - Bhgn 1 ::


Segala Pujian Hanya Layak Untuk Allah, Tuhan Semesta Alam.




Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

Pertama kali ummi ditemukan dengan tafsir ayat ini (secara sedar) ketika di Tingkatan 1 mungkin... Lama ummi renung.. berulang kali ummi hayati & cuba fahami. Pernah ummi tanyakan pada ustazah mohon penjelasan. Secara ilmiah, ummi faham namun praktikalnya ummi masih belum faham... "mcm mana sahabat karib bolh jadi musuh ey?" bisik ummi sendiri.. Pernah ummi tanyakan pada sahabat-sahabat karib ummi saat itu. Adakah kita akan kekal menjadi sahabat sejati? Atau mungkin kah kita akan menjadi musush satu hari nanti??? Kami berpelukan dan tidak rela untuk menjadi musuh kerana amat sayangkan ukhwah yang terbina. Lalu kami hanya mampu serahkan segalanya pada Allah swt agar menjaga ukhwah dan kasih sayang ini. Alhamdulillah.. syukur kerana kini ummi sudah mengerti dan faham akan ayat ini. Syukur juga padaMu Ya Allah kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang bersahabat kerana Taqwa buatku yang menemani perjalanan kehidupan. 

Dedikasi istimewa : 
AKK911 (Fad, Zarin, Han, AinJo, Fara, Ajun, Maz, Faraid-since 1997): Berkongsi zaman kanak2 riang Ribena mmg menyeronokkan. 
Maimunah Mansor, Razif, Anita, Siti, (since 1998) : Pengalaman berTunas Bistari bersama tak mungkin dilupakan sepanjang hayat.
Mariyanti Rahim & Normayzatulhasmah Omar : Kenangan menjadi awek kampus cukup beerti bersama kalian!
serta 3 nama yg sering bersama dari dahulu sehingga kini.. berkongsi segala suka duka ummi:
Emilia Bahrom (since 1988), Nur Hanis Mohd Radzi (since 1992), Ili Ruwaida bt. Md Yusuf (since 1992)
(uh, dh lebih 20 tahun bersama... jom raikan bersama!!!)

serta individu2 yg sudi hadir menjadi sebahagian dari dalam hidup ini..  


No comments:

Post a Comment