Monday, June 11, 2012

MONOLOG MALAM SEPI

Bismillahirohmanirohim... Assalamualaikum wbt Sayang...

Minggu lepas dan hujung minggu lepas ada sesuatu yang sedikit menyentuh hati umi. Jumaat tu umi dah mula kena migrain. Terima kasih ayah kerana mengambil berat meski dari jauh. Umi tahu ayah begitu prihatin dan pasti ayah mendoakan keadaan umi kan?

"Ayang buat abang sgt sdih & risau" nada sayu disuara ayah.
"Insya Allah, ayang ok...Allah ada, jaga kami. Kan dah biasa mcm ni..jgn risau..anak2 akan tolong ayang nanti", pujuk umi cuba mengubah keadaan.
"Teruk abang kan? selalu buat ayang mcm ni?" ayah masih rasa bersalah.
"Takde apelah abang... Abg kan tunaikan tanggungjawab. Ayang sentiasa doakan abg semoga sentiasa dalam pelihara Allah swt.. Abg doakan ayg dgn yakin & sabar...bekal buat ayg & anak2.. Insya Allah, kami sentiasa dalam peliharaNya.. Alhamdulillah, byk hikmahnya.. anak2 semakin matang & dah bolh tolg ayang.. setakat basuh pinggan, buat susu ok lah tu... Ayang pun dh boleh jd Wonderwoman!!!" seloroh umi masih berusaha menukar situasi..
"Ye lah..yelah tu sayang... makin sayu abg dgr, kuat semangat ayang walau sendiri kan?"
"Abang ni...org taknak sedih2 la...ayang tak sendiri.. abang ada, anak2 ada paling penting Allah swt tu sentiasa ada dalam diri kita kan?"
"Alhamdulillah.... syukur..syukur.."..............

Sebahagian dari komunikasi melalui telefon antara umi & ayah di petang Jumaat yang syahdu. Ditambah pula beberapa peristiwa selepas itu, agak mencuit ketenangan umi. Bila terjadi keadaan seperti itu, seperti biasa umi akan senyap dan duduk bermonolog sendiri. Semak semula keadaan diri, "Apa dosa aku ya, dimana silap ku?" "Apa yang Allah sedang nyatakan padaku/tunjukkan padaku".. Bila duduk berfikir sendiri selalunya sukar utk temui jawapan di sebalik kejadian yang berlaku. Dan seperti biasa.. Umi akan menyendiri di malam hari.. bermonolog dengan Pencipta Yang Maha Agung.. dan pada umi inilah satu-satunya saluran yang paling tepat utk kita luahkan segala-galanya.. bukan di fb, blog, tweeter mahupun pd org2 disekeliling kita. Bukanlah pula tak boleh bercerita tapi, kita perlu fikirkan juga apa sebenarnya tujuan kita bercerita? Utk diri sendiri atau utk kebaikan bersama? Bila niat kita bukan utk diri kita.. Insya Allah pasti hikmah akan datang. Namun, jika tujuannya hanya untuk kepuasan sendiri, maka kita akan dpt juga kepuasan sendiri namun, akibat dari kepuasan itu juga akan datang sekali. (Ah, ngomelan fakir diri umi ini, hanya sebagai peringatan diri sendiri juga). Usai berteleku sendiri.. seperti biasa umi akan buka KalamNya. Buka je Al-Quran, Surah ini yang dihidangkan buat umi:



Alhamdulillah, terjawab segala persoalan. Jiwa tenang & hati senang... Insya Allah


No comments:

Post a Comment