Sunday, April 28, 2013

Travel With Kids Again : Some Good info

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih...

|Sabtu |
Awal pagi umi dh bangun. Siapkan Nurin ke sekolah. Ada sekolah ganti. Adik-adik masih tidur.
Balik dari hntar Nurin. Cik Qah dh bersiap nk ke tempat kerja. Hntar la Cik Qah pula. Balik hntar Cik Qah, adik2 dh bangun. Siapkan semuanya dn hntar pula Ain & Sajidah ke nursery. 
Lepas tu, ummi balik ke rumah lagi-masukkan kain baju dlm mesin basuh & sidai baju sementara tunggu temujanji dgn K.Sha (tukang urut) jam 10.30 pg. Tepat 10.30, umi dh terpacak dpn kedai utk berurut-lama dh tak urut/aerobic/bekam.. badannya jd berat dn agak bisa2. K. Sha belum smpai, so umi ke kedai dpan cuci mata tgk tudung dn dress baru2.. Tak lama lepas tu, dpt msg dr K. Sha "Nurul, akak dh samapai..meh le"... Usai berurut, ummi ke ofis sekejap, tgk kontraktor yg sedang renovate ofis. 
Tak lama, dh pukul 1, terus ambil Cik Qah. Terus ke nursery ambil anak2. Tiba rumah, sambung mengemas lagi.. 
Nak tinggal rumah, ummi akan pastikan (azimat Tok menjadi pegangan):


  • tiada kain baju lembap yg tidak bersidai.. 
  • tiada sisa makanan dlm periuk / atas dapur, 
  • tiada pinggan mangkuk periuk kotor yg belum basuh
  • tiada sampah yg belum dibuang. paling penting ni tong sampah mesti kosong.
  • walau satu hari nk tinggal rumah, tetap umi pastikan semua tu selesai. 
  • Disebabkan balik nnt dh hari ahad, so umi siapkan terus baju2 sekolah & beg2 sekolah anak2.

ALhamdulillah..selesai...baju2 pu dh siap di packing.
Jam 4.40 ptg, usai solat Asar, umi & anak2 bersemangat memecah kesibukan lebuh raya utara selatan menghala ke Kluang. Singgah kedai beli bekalan makanan. Jalan sgt jammed sblm tol Skudai. Singgah Petronas, topup 'touch n go' - dgn niat moga urusan lebih dimudahkan. 
Jam 5.45ptg baru lepas tol Skudai. Hujan lebat juga di awal perjalanan.. Alhamdulillah, semakin redup dipertengahannya dan reda bila umi tiba di persimpangan exit Simpang Renggam.
Lebih kurang jam 7.15 mlm kami selamat tiba di rumah auntie Nazirah yg begitu teruja menunggu kehadiran kami,,, 

Sedikit tips utk emak berjalan jauh dgn anak2 shj:



  • Pastikan kenderaan dalam keadaan yg baik. (perkara asas yg perlu disemak: tayar, muatan barang-tidak berlebihan, air coolen, tempreture, minyak keter).
  • Mulakan pemanduan/perjalanan dengan doa. Minta anak bacakan doa & diaminkan ramai2..
  • Pastikan anak2 kenyang sblm mula perjalanan. Standby kan juga sedikit bekalan makanan yg agak2 cukup utk smpai ke destinasi.
  • Pastikan keadaan tempat duduk yg selesa. Seelok2nya posisi tmpat duduk berbaring agar mereka mudah tidur.
  • Pastikan duit yg cukup ada dalam beg duit sblm masuk highway/mulakan perjalanan. (elakkan ambil duit di pertengahan jalan).
  • Makesure juga bekalan ubat yg asas dibawa bersama.. Nurin asthmatic so ubat yg mesti ada; demam, selsema, batuk, asthma. kalau anak jenis mudah muntah, bawa skali ubat tahan mabuk.
  • Pastikan hp mempunyai kredit sekurang-kurangnya RM10 atau line telefon tidak dipotong - utk yg menggunakan line = hp boleh guna kalau berlaku sebarang kecemasan dan boleh maklumkan berita perjalanan dari masa ke semasa.
  • Kalau ada kemudahan cd player, elok sediakn beberapa cd utk mereka tonton. Seeloknya cd yg membina - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=408005662640567&set=pb.254389641335504.-2207520000.1367083780.&type=3&theater
  • Usahakan agar ruang duduk anak2 tidak begitu sempit.
  • Elakkan anak2 kecil (kurang 10 tahun) duduk di sebelah pemandu - co driver. Ini bagi mengelak sebarang pergaduhan atau perebutan yg boleh menimbulkan kekecohan.
  • Usahakan agar anak2 memakai pakaian yg bersesuaian. Kalau sejuk, standby sweater.
  • Pastikan anak2 yg kecil dh dipakaikan pampers. Dn pampers spare juga ada diluar-tmpat yg mudah utk dicapai.
  • Pastikan juga 'wet tissue' cukup spnjang perjalanan. Wet tissue ni sgt berguna utk lap tangan slps mkn, bersihkan anak2 kecil yg masih guna pampers, bersihkan makanan/air yg tumpah.
  • Bekalan makanan/minuman/hp/beg duit/brg utk membuat susu (bg anak2 yg masih menyusu botol) diletakkan di tmpat yg mudah dicapai namun selamat.
  • Jangan sekali-kali berhenti di lorong kecemasan kecuali sangat perlu. Andai perlu berhenti utk membuat susu contohnya, berhenti dan buat susu dlm kereta. Elakkan dari keluar kereta. (make sure barang2 spt bekas air, bkas air panas, susu di tmpat yg boleh dicapai. biasanya umi letak dlm bakul dn ditmpat letak kaki co-driver. dlm ni juga mcm2 makanan stdby ada.. hihihi =)
  • Andai perlu keluar kereta, usahakan agar berhenti di RnR yg ramai org dan kwsn cerah. 
  • Kalau berhenti utk bersolat, Pastikan anak2 juga dibawa bersama. 
  • Jangan sekali-kali tinggalkan anak2 dalam kereta sendirian samada kereta dalam keadaan hidup atau mati.
Begitu serba sedikit, kalau sahabat ada nak tambah, bole komen.

Berkejar juga ummi mandi & solat.. 
Usai solat, Auntie Nazirah dh prepare dinner.. Sedappnyer!!! Tomyam ayam, ayam masak kicap & telur dadar.. Bertambah2 anak2 ummi makan.. Makan nasi putih panas2 pulak.. Alhamdulillah... 
Selesai kemas dapur sama2, kami layan Masterchef celebrity.. 
Bila anak2 dh tido ummi & auntie nazirah berbual2 sambil semakkan income tax ummi.
Jam 12.40: Auntie Nazirah masuk tidur.. Kesian auntie, batuknya teruk.. Ummi buatkan penawar batuk yg pernah ummi aplikasikan: madu + limau..  




Esok, akan bermula satu lagi pengembaraan buat kami.. Melaka here we come! =) Nnt ummi share ya!

Moral : Penting ada Redha suami... Pasti Allah mudahkan semua urusan... Alhamdulillah.. =)

No comments:

Post a Comment