Monday, May 6, 2013

HOLD MY HANDS

Kamu...
Ya, sila pegang tangan saya.
Saat saya di bawah dan lebih lagi ketika saya di atas

Kamu... 
Pegang erat tangan saya
Kerana pemiliknya begitu rapuh
Hatinya mudah dibolak-balik
Fikirannya mudah didipengaruhi
Jiwanya mudah diganggu gugat

Kamu....
Pegang kejap tangan saya
Bisikkan kepada saya bahawa hidup ini memang penuh dengan tipu daya
Kerna itu 
Hati harus terarah pd AkhirNya
Fikiran harus husnudzon pd RahmatNya
Jiwa harus tenang pd suratanNya

Kamu...
Saya juga insan seperti kamu
Tidak ingin hidup sendiri
Kerana itu sentiasa mengharapkan kamu
Untuk sentiasa berada disisi
Memberitahu, membantu & menkoreksi diri
Kerana saya juga masih berusaha & mendaki
untuk menjadi Muslim Sejati...

Tamat sudah PRU13.. Kini tiba masa menggalas amanah untuk ditunaikan. Semoga setiap antara kita sentiasa mengingati dalam keharmonian. Hidup hari ini adalah untuk bekalan di akhirat. Moga sentiasa saling memberi manfaat. Ameen.


No comments:

Post a Comment