Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kareem 1434H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... masih diberi hayat & kudrat untuk menyambut
Ramadhan 1434H..syukur.

Maaf kerana lama umi menyepi. Selepas kesibukan International Johor Horse Show bermula awal Jun yang lalu, hingga kini tak terupdate sangkar kecil kita ni...

Banyak cerita nak dikongsi, namun umi tak mampu untuk berjanji nak menghidangkan semua. Insha Allah sedikit demi sedikit umi cuba kongsikan... Selebihnya biarlah menjadi memori kita sekeluarga.

Ramadhan kali ini... Umi hanya merancang sedikit aktiviti untuk anak2 & diri sendiri. Bersederhana namun masih tetap meriah tatkala berbuka dan bersahur. 

Ramadhan kali ini juga... Umi tunaikan beberapa permintaan Ayah tersayang.. Alhamdulillah, setakat ini berjalan seperti yang dirancang. 

Ramadhan kali ini juga... 

Sehari sebelum menyambut Ramadhan, umi ditemukan dengan wakil insurans umi, disebabkan hubungan kami yg agak rapat, umi hanya panggilnya K. Siti... Memang ramah & murah dengan senyuman dan nasihat. Tidak kekok bila bersamanya. Sesuai benar dengan kerjayanya... Memang umi teringin sgt nak jmpa K. Siti, tapi sebb dah hilang contact no nya, umi terpaksa tangguhkan. Ada juga umi cuba jejak melalui beberapa kenalan, tapi mereka juga tk simpan no K.Siti.. Alhamdulillah, 30 Syaaban lepas kami sempat berjumpa dan duduk berbual. Lama jugalah. Satu pesanan dari K. Siti buat umi: "Nurul, amalkan doa ni ya. Tengah bawa kereta, buat kerja..apa sahaja la Doa ini pun ada seseorang yang hadiahkan buat akak masa akak buat Umrah dulu... Insha Allah.. Akak doakan semua yang terbaik buat Nurul". Syukran! 


Buat semua, sempena kedatangan Ramadhan yang Penuh dengan Kemuliaan & Keberkatan ini, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf disepanjang perkenalan. Moga Ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua, Ameen.



No comments:

Post a Comment