Friday, October 11, 2013

IJHS 2013 - another throwback story (Part II)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

aha.
Maybe umi akan buat beberapa siri throwback..
Rase mcm tk best kalu tk kongsi kan...

IJHS2013 - International Johor Horse Show 2013

Fuh..
Dengar je dh cukup seram jg coz bertaraf International
Byk juga penyertaan dari luar negara... Australia, Filipina, Singapura dn beberapa negara lain.
Dan inilah Program Sulung yg umi diberikan 'Amanah' selaku Pengerusi untuk Jawatankuasa Karnival, Aktiviti & Bisnes... =)
Umi tk berniat nk kongsi perjalanan program coz itu semua cerita kerja. Alhamdulillah, pelbagai suka duka yg kami pelajari sepanjang mengendalikan Program bertaraf Antarabangsa ni.. Syukur semuanya berjalan dengan baik dan terancang biar pelbagai juga dugaan & ujian. Alhamdulillah dikurniakan team yg hebat walaupun kami semua baru dlm bidang ini. Tp keinginan untuk belajar dan bersama2 membuatkan hari2 yg dilalui amat bermakna! Thank you guys!

Sebahagian aktiviti yg berlangsung
Paling bermakna adalah Pengorbanan, Sumbangan & Kefahaman teman hidup yg bernama Suami & Anak2.

Saat umi kekalutan, syukur dikurniakan Ayah disisi.. Mengambil alih sebahagian tugasan di rumah. Waktu umi terpaksa meninggalkan rumah seawal 7 pagi dan pulang di malam sdg merangkak ke pagi.. Ayah masih setia menanti selain membantu menyiapkan permata hati mandi, makan dan kerja rumah.. Malah pakaian sekolah juga! Saat kaki melangkah masuk, Ayah menghadiahkan senyuman jujur dan pelukan ikhlas memberi semangat. Penat terubat, lelah pun kurang. Ohhh. Terima kasih Allah mengurniakan seorang Super Hero buat ku.

Syukur.. ada ketika ayah tiada di sisi dan dengan penuh kefahaman anak2 akan umi bawa bersama menyelami kesibukan kerja di tapak karnival dan mereka akan umi tinggalkan bersama kerja2 lukisan yang perlu disiapkan agar tidak berkeliaran bebas atau mengganggu. Nama pun anak2, ada ketika tingkah mereka mudah dibentuk, ada waktu yang lain agak menduga juga... Mujurlah ada sahabat2 yang memahami tolong menjaga anak2 saat umi perlu menyelia acara2 yang berlangsung... Syukur.

Namun agak tragis juga bila ada waktunya umi terpaksa tinggalkan sahaja puteri2 kesayangan ini di rumah sendirian. Namun umi akan tinggalkan bila sahaja anak2 sudah siap mandi & makan. Titipkan sedikit tugasan, agar tidak menonton tv semata. Sebaik pintu rumah dikunci, hati tidak lepas berbisik

"Aku pasti & yakin dgnMu Ya Allah, Peliharalah anak2ku & ahli keluargaku.. Mudah2an inilah jalan terbaik buat kami". Sayu benar rasanya..

Namun, harus akur jg dgn ketentuanNya. Amanah di rumah satu keutamaan namun amanah kerja juga satu tuntutan.. Syukur kerana melalui ujian dan dugaan ini, Allah hadiahkan hikmah. Anak2 ternyata pandai menjaga diri. Saat umi pulang ke rumah, semua dah tertidur. Elok ditempat tidur masing2, TV tertutup, tugasan siap.. Tersisip nota ringkas pula buat umi yg kepenatan.......

"Umi, Nurin Ain Sajidah sayang Umi. Umi jangan tidur lambat".......
aduh..berjurai airmata.
"Terima kasih anak2ku kerana memahami" bisik hatiku penuh kesyukuran.

Terima kasih Ya Allah...

5 hari kejadian berlangsung, pelbagai acara menarik dapat kami laksanakan. Syukur dapat juga umi bawa anak2 meraikan bersama. Bukan sahaja anak2 umi.. Anak2 ibu juga! Waktu itu kebetulan hari terakhir program berlangsung. Dikejutkan dengan berita kematian kekanda ibu... Selesai urusan penyerahan tugas awal pagi itu sebaik mengetahui berita itu, umi bergegas dengan ayah ke Rumah Nenek di JB. Kami disana sehingga selesai urusan jenazah disolatkan. Lewat 2hr lalu umi merasakan keadaan badan umi lain dari biasa.. Dalam hati terdetik jg, mungkin kah umi mengandung.. So umi pun tak teruskan niat utk ke tanah perkuburan menghantar jenazah. Umi faham ibu pasti masih kebingungan dengan berita kematian ini. Maka umi mengajak anak2 untuk gembirakan mereka selain memberikan waktu pada ibu untuk berehat.

"Abg, ayg rasa badan lain macam..maybe mengandung tak?" detik umi pd ayah sebelum meninggalkan rumah nenek.
"Ye ke? Abg tgk pun ayg lain mcm je penatnye.. Mungkin jg.. Alhamdulillah.. Tp boleh ke ni nk layan anak2?" ujar ayah gembira bercampur risau.
"Insha Allah.. asal saja anak2 gembira.. Ada upin & ipin ptg ni. Harapnye derg smpat jmpe", balas umi tenang.
"Baik2 lah sayang... Abg faham niat ayg. Terima kasih sayang", balas ayah berharap.

Alhamdulillah... ternyata anak2 gembira. Seronok dapat bertemu Upin & Ipin dan bermain Game Air. Malah gembira & seronok juga kerana dapat berkumpul setelah sekian lama. Sempat juga umi menjamu fried chicken & piza melihatkan anak2 yg mungkin kelaparan & kepenatan. Moga kita sentiasa dalam Redha Allah.


Bersama anak2 tersayang!


Malamnya, adalah Majlis Penutup. Benar, umi tak dpt mengelak dan menyerahkan tugas pd org lain kerana perlu buat closing acct juga malam tu selain berjumpa dengan penggerai2 dan AJK luar yg telah membantu kami.
"Takpe, anak2 abg jaga"... pujuk ayah berkali2 dengan penuh pengertian.
"Betul ke takpe abg? Maaf ayg tk dpt bersama Kenduri Arwah mlm ni..", sayu umi balas.
"Boleh sayang... Ayg kerja baik2... Habis nnt bgtau abg", balas ayah.
"Terima kasih abg....", kelu tk mampu utk menolak. Saat ini terasa ingin shj membelah diri kepada 2.


Potret 2 puteri umi sering mengundang perhatian! Sweet.
Alhamdulillah IJHS2013 melabuhkan tirai pada 9 Jun 2013 dengan jayanya.. Jayanya kerana bukan diri ini.. Jayanya dengan Izin Yang Maha Esa.. dengan kehadiran insan2 yang membantu... Syukur! 

No comments:

Post a Comment