Friday, November 15, 2013

Menghitung Hari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah...


Syukur.
Masih lagi diberi nikmat kehidupan dan keimanan
Masih lagi diberi nikmat kasih sayang, kebahagiaan dan kesihatan

Benar.
Saat ini kami sekeluarga seolah2 tidak sabar menanti kehadiran ahli baru di 'sangkar' ini.
Mujahid / Mujahidah??
Memang teringinkan seorang mujahid menghiasi keluarga kami. Namun, kami juga redha andai
tertulis mujahidah yang terbaik buat kami.
Bila ditanya kakak2... 
"Nak gal la... seronok ramai2..."

Umi dan Ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat 'adik'.
Membesarlah dan nikmatilah kehidupan alam rahim mu dengan tenang.
Moga lahirmu kelak membawa lebih banyak manfaat, kebaikan dan kebahagiaan.

Saat ini.
Pergerakan 'adik' semakin terasa.
Hampir setiap hari kami akan bercakap2 dgn 'adik'.
Specially kakak2.. Setiap malam tidak pernah lupa utk 
mengirimkan ucapan salam dan selamat malam serta doa buat 'adik' 
sblm mereka melabuhkan kepala, tidur.
Ayah juga, adakala meluangkan masa bercakap2 serta mengalunkan Surah Yasin
sambil cuba memegang 'adik'.

Menjadi kerisauan umi..
Kerana masih belum khatam Al-Quran lagi...
Ada beberapa persiapan untuk menyambut adik juga belum
sempat tesedia.

Namun umi positif.
InshaAllah pasti dimudahkan segala urusan nnt.

No comments:

Post a Comment