Monday, January 20, 2014

Januari 2014

Assalamualaikum wbt Semua...

Maaf, lama juga umi berdiam.
Mencari masa dan idea juga.
Buat waktu ini mmg agak terkejar2.
Maklumlah dgn keadaan diri yang semakin 'membesar'
membuatkan pergerakan juga semakin terbatas.
Berjalan pun dh mcm 'penguin' kata ayah & anak =)
Buat kerja pun dh macam kura-kura selain cepat penat & lelah.
Tidur pun memang tak nyenyak, kerap bangun dan ke toilet.
Kekadang pukul 3/4 pagi perut lapar minta diisi. Kekadang Ayah peneman,
Kekadang umi bersendirian shj ditemani 'adik' di dalam perut.
Lelah atau penat, tetap umi kuatkan semangat kerana
tika ini juga kakak-kakak sangat perlukan perhatian dan bimbingan.
Balik dr pejabat rutin biasa, selesaikan pula hal anak2. Secepat mungkin umi
usahakan agar waktu maghrib dan mkn lebih awal agar punya waktu utk duduk mengadap
kerja-kerja rumah kakak. Usai mengadap kerja sekolah kakak2, mereka akn
mengemas meja belajar dn beg sndiri. umi cuma pantau shj buku2 yg dibawa.
Alhamdulillah.. setakat ini, teknik ini berjalan spt yg diharapkan.
Selesai urusan sekolah kakak2, kami solat Isyak bersama dan bersiap juga
untuk tidur. Agak lewat juga kadang2, berlarutan hingga jam 10.30 atau 11.00 mlm
bergantung pada kerja sekolah kakak.
Kakak2 dah tidur, kadang Sajidah lah peneman umi untuk aktiviti seterusnya..
Kadangkala Ayah lah yang banyak membantu...
menyiapkan baju2 sekolah, beg2 pakaian, mengemas dapur, melipat baju seadanya,
adakala mengadap pula kerja pejabat....
Kebetulan pula, waktu persekolahan ketiga-tiganya belah petang jadi, waktu utk berehat
agak terhad.
Namun sebelah pagi, K. Nurin & K. Ain ke Sekolah Agama.
Agak ralat kerana tahun ini tak dpt la kakak2 membawa bekal air tangan umi
mcm K. Nurin tahun lepas.
Tp umi tk lupa bekalkan roti & air kotak, disamping wang saku sikit.
Rehat pun dh pukul 3.30, jd umi merasakan kakak2 tk lah perlu
makanan yg terlalu berat coz waktu minum ptg je. Tengahari pun dh mkn berat.

Begitulah serba sedikit rutin waktu bersekolah/bekerja setelah 20 hr ditahun 2014 ini.
Walau umi dan ayah sndiri semakin berdebar menantikan kehadiran ahli baru kami,
namun aktiviti utk kakak2 perlu dirancang & diteliti juga. Agak hebat juga bila kami
diduga dengan keadaan kerja ayah yg tidak menentu dari Disember tahun lalu
hinggalah pertengahan Januari ini. Jadi, kebanyakan persiapan kakak2 dan 'adik'
baru umi cuba selesaikan semampunya ditemani anak2.

Namun, jika kita sentiasa berlapang dada, positif, yakin dan husnudzon dgn aturanNya,
segalanya dapat dijalani dan dimudahkan. Syukur. Umi pun tak sangka semuanya dh berlalu.
Kini, persiapan kecil2 utk si 'kecil' dan selainnya rutin biasa buat kakak2.

Alhamdulillah... Syukur. Kan Allah dah bagitau kita..

"Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.."

Paling mengharukan umi bila melihat perkembangan kakak2.

1. Nurin - Alhamdulillah, syukur..syukur..syukur..meski baru berusia 7 tahun lebih, dah lengkap solat 5 waktunya. Walau kadangkala terpaksa qada' waktu asar. Dia tetap akan solat. Sayunya bila dia korbankan waktu rehat utk solat Zuhur. "Solat lebih penting dari mkn kan umi? Dengan solat kita akn tenang & kenyang.." Mudah2an dirimu menjadi anak, kakak, rakan yg soleh & musleh.

2. Ain - Sisi positifnya semakin berkembang. Kuncinya, jgn selalu dimarahi atau dihukum. Ain lebih rajin dalam2 kerja-kerja teknikal/kemahiran. Andai diminta dgn baik dan penuh hikmah, dia pasti akan membantu. Lelebih lagi kerja-kerja rumah. Ain jugalah yg selalu menjadi tukang urut umi & ayah. Tukang pujuk sajidah kalau merajuk...

3. Sajidah - Walau dah nak dpt adik, tapi umi dan ayah masih ttp merasakan kemanjaan Sajidah. Kamus percakapannya semakin 'advanced'.. paling best bila dia tgk ayah balik dlm keadaan risau dia akan cakap "Rilex la bro..."..hahaha terus tergelak semua. Sajidah juga dh rajin bantu umi dan ayah. Seronoknya, dia rajin mengaji dan pandai baca bacaan dalam solat walaupun agak pelat. Alhamdulillah syukur!


Pada umi, inilah antara kemudahan yang Allah anugerahkan buat kami setelah Ujian Kesukaran yg dilalui.. Syukur!!!

xoxoxox

Diakhirnya... sedikit perkongsian buat diri umi, ayah dan semua...

Kadang emosi kita tertekan dan bercelaru. Serabut, marah, sedih dan geram tiada kesudahan..lantas menyalahkan suami atau orang lain- merasakan mereka lah dalang di sebalik keserabutan kita.

Sedangkan, syaitan satu-satunya musuh yang nyata, dalang sebenar. Geng syaitan Bersumpah untuk memecah belah dan memporak perandakan kehidupan manusia, keluarga mereka dan agama mereka.

Mohonlah perlindungan dan ketenangan dari ALLAH pemilik sebenar. Hanya ALLAH.
_____

Dalam surah Yasin yang lazim dibaca, terdapat sebuah ayat dimana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,
supaya kamu jangan menyembah syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”

[Yasin 36:60]

Hakikat syaitan sebagai musuh manusia diulangi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala beberapa kali di dalam al-Qur’an. Semuanya bagi memperingatkan kita tentang musuh yang nyata ini:

Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-Baqarah 2:208]


Permusuhan syaitan kepada kita, manusia, bukanlah sesuatu yang berlaku secara sekali sekala. Ia adalah sesuatu yang berterusan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ...

Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan…[1]


Maka permusuhan syaitan ditujukan kepada kita dalam semua suasana dan perbuatan seperti tidur, mandi, makan, perbualan, pemandangan, pendengaran, pekerjaan, gerak hati, pemikiran, wudhu’, solat, puasa, haji dan pelbagai lagi. Bahkan ketika saya sedang menulis buku ini dan ketika anda sedang membaca buku ini, syaitan ada bersama untuk mengganggu tumpuan atau menabur keraguan.

Dipetik dari buku 7 Tipudaya Syaitan - Hafiz Firdaus Abdullah


Wassalam, Moga bermanfaat!


No comments:

Post a Comment