Sunday, January 11, 2015

Masih Di Sini

Dengan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, Syukur!~

Setahun lamanya umi berdiam tanpa bicara...
Setahun kita menyulam rindu untuk bersua di alam maya...

Sungguh, 
Perjalanan setahun itu penuh warna warni
Pelayaran yang penuh misteri
Perjuangan yang penuh ranjau berduri disulam wangi

Terima kasih Allah atas segala kurniaanMu...

Mengimbas secara ringkas 2014 kami...

Februari
Kehadiran bidadari syurga pada 5 Februari mengharum sarang kami
Nur Sayyidah bt. Mohd. Faidzal nama diberi.. 
Cetusan dari Ayahanda sendiri lambang perjuangan seorang pemimpin diabadikan buat sang bidadari

Mac
Bulan yang penuh warna buat kami saban tahun...
Berturut menyambut hari kelahiran dan ulangtahun
Dalam berpantang masih diberi kudrat untuk merealisasikan sambutan hari jadi si kakak2 kesayangan
MH370 menjadi bualan bila penerbangan hilang dari menara kawalan
Sejarah dilakar juga bila umi hadiri seminar di bawah Hai-O bersama anak si cilik sebaik habis tempoh 44hr di kayangan

April
Seminar seterusnya bersama bidadari syurga, Middle Brain Programming sblm umi naik cuti
Sempat juga menyertai staf Scholars Inn untuk Annual Dinner 
Oh..umi dah naik kerja...mulalah rutin mengepam dan menyimpan stok titisan emas buat bekalan kekasih hati

Mei
Bulan yang penuh dengan bengkel dan kursus buat umi
Sempat juga meraikan Hari Sukan Kakak Idah di Stadium UTM pada 10 Mei
Alhamdulillah.. dapat juga realisasikan hajat, Tuan Guru Habib Zainal Abidin memegang dan mendoakan anak syurga kami
Meraikan Birthday Kakak Fatin di Baiti Jannati ini

Jun
Bulan penuh catatan manis
Umi dinobat sebagai salah seorang penerima APC 2014
Bersama Cik Ili, sahabat sebantal, se'makan', senasib dan sekelas
Mula hadiri SGM pertama Kelan Sokongan Susu Ibu Johor yg BEST
Memulakan rutin Ramadhan yang cukup mencabar namun kepuasan berbekas

Julai
Catatan sejarah lagi diukir saat Anak Syurga Nurin terpilih ke Saringan Permata Pintar
Permulaan yang hebat buat sang kakak walau penuh gentar
MH17 pula ditembak megorbankan kesemua penumpang & anak kapal
Meraikan Aidilfitri penuh memori disisi zauj dan keluarga besar

Ogos
Menyambut ahli baru Cik Marlyn Aisyah dalam The Ngadiso yang happening
A humble journey of Babywearing begin
Alhamdulillah, An Exclusive Breast feeding for 6 months journey-mission 1 accomplished.


September
Anak-anak Syurga pula semakin sibuk menyertai program ilmiah
Hampir setiap hujung minggu terisi dengan aktiviti insaniah
Walau sibuk sentiasa ditemani si cilik Sayyidah

Oktober
Mula kemuncak kesibukan ayah,umi dan anak-anak juga
Meet up saban minggu, kesempatan berjumpa in person pengasas babywearing gear sangat menguja
Bengkel Babywearing paling berjaya
Bengkel Penyusuan sebagai Peer Counselor menyusul pula
Bagai tidak bernafas, hujung bulan tiba

November
Bermula dengan Bengkel Asas Kuda untuk memantapkan pengetahuan diminda
Tautan kasih ukhwah bermula bersama Ummi Nisa
Penulis Buku muda berjiwa waja
Saat Cuti sekolah bermula, umi sudah merancang sebaiknya
Sesi pentarbiyahan dan membentuk jati diri agar berdikari cuba dipupuk dalam jiwa
Kem Huffaz Cilik pembuka tirai aktiviti anak syurga

Disember
Bengkel Kemahiran HOTs pula menyusul diawal bulan
Diikuti Oh My Fatihah bersama Ustaz Elleyeen
Sesi persiapan sekolah pula dipertengahan 
Kg Sg Melayu - memberi episod baru dalam keenakan santapan
Disulami dengan penutup akhir tahun ke Avillion Port Dickson yg menawan
Bah besar melanda rumah keluarga di Kelantan
Diikuti penerbangan QZ8501 pula terhempas dilautan
Namun persiapan naik persekolahan tetap diteruskan

Syukur...syukur...syukur...
Penuh warna warni
Kadang suram kadang berseri
Walau suram cuba ceria kembali
Andai berseri ianya yang hakiki tanpa ada lakonan atau edit fotografi

Maka benarlah...

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
(Ar-Rahman)




























No comments:

Post a Comment

Popular Posts