Monday, January 26, 2015

Diam & Senyap



Ada bicara yang tersimpan 
Ada sesuatu yang terpendam

Biar... biar ia menjadi rahsia
Antara aku & Dia sang Pencipta

Sehingga tiba saat yang diizinkanNya
Pasti terluah dan ditunjukkan segalanya

Biar kita diam 
Biar kita senyap

Kerana diam & senyap itu bukanlah beerti kesalahan atau kesilapan
Kerana dalam diam & senyap itu aku mengumpul kekuatan
Kerana melalui diam & senyap itu aku belajar tentang kehidupan
Kerana dengan diam & senyap itu aku sedar bahawa kehidupan hanya sementara

Duhai Yang Maha Agung..
Syukur kerana petunjukMu

Aku semakin mengerti hakikat hidup ini
Bahawa dalam diam & senyap itu punya hikmah yang cukup Indah



No comments:

Post a Comment