Thursday, March 31, 2016

Sharing Positive Vibes

Beberapa minggu kebelakangan ini adalah hari-hari yang agak mencabar perasaan, fizikal dan mental (mungkin hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat tahu).. namum ia adalah satu perkara biasa bagi setiap manusia kan? Masing-masing punya masalah dan ujian yang dihadapi. Tapi, bagaimana kita menangani masalah itu adalah fokus utama.

Dan setiap kali ujian berlaku dalam hidup saya...saya akan pegang kata-kata yang memberi inspirasi kepada saya untuk sentiasa kekal bertenang dan terus teguh mendepani masalah 



"Sentiasa fikirkan masalah sebagai peluang. Lihat sisi lain masalah..ianya adalah HADIAH dari Allah swt"(Datuk Maznah Hamid, 1999) di UUM, Sintok Kedah ketika dipilih sebagai satu-satunya syarikat mewakili Negeri Johor dalam Program Usahawan Muda peringkat kebangsaan.


Jatuh terjelepuk, menangis kesedihan, duduk terpaku... ianya pasti berlaku tapi ingat... Allah sentiasa ada, Dia dekat. Maka kembali padanya. 

Semaklah kekurangan diri bukan terus menyalahi. 
Renunglah hubunganmu dengan Rabbul Izzati bukan hanya menunding kesilapan. 
Betulkan ibadat bukan menjaja umpat.

Bila kekal dalam kesabaran walau tsunami mendatang, InshaAllah... imbalan manis bakal bertandang... Janji Allah itu pasti bukan? Justeru, teruslah tersenyum walau hakikatnya engkau sedang lelah berjuang... 

Nota : Nah, hadiah sempena anniversary katanya..tiba pada hari lahir tuan suami, siapa tak happy kan? Nanti kita cari masa dating ya zauji habibi

No comments:

Post a Comment