Friday, October 7, 2016

HARI SUKAN, BONDA NOR DAN FAMILY DAY KAYANGAN

Untuk ke sekian kalinya...ayah tidak dapat turut serta  dalam Hari Sukan anak-anak. Hampir setiap tahun begitu. ALlah belum izinkan. Umi tetap positif. Pasti ada rencana terbaik yang sedang Dia susunkan buat kita. Ayah tidak dapat turut serta, namun doa Ayah tetap bersama kita. Paling manis, Embah, Tok dan Cik Qah ada bersama. Seperti biasa, bila umi sendiri yang perlu uruskan anak-anak, seawal pagi sarapan telah disiapkan. 3 acara yang bakal Nurin beraksi! Mujur 1 acara dah lepas dan 1 pingat Emas sudah dalam genggaman untuk acara Lompat Tinggi.

Malam sebelumnya, umi tidur agak lewat, jam 3 pagi kerana packing untuk ke Family Day Kayangan. Siapkan segala barang awal supaya tak keciciran. Sudahlah seharian di padang nanti, pasti tamatnya pun dah lewat.

Seawal 7 pagi dah keluar rumah hantar kakak Nurin dan Ain terlebih dahulu. Ain masuk perbarisan rumah sukan. Yang menariknya, puteri-puteri umi semuanya mewarisi rumah sukan umi juga, Rumah Hijau!


Dalam pada sibuk menemani anak-anak, sempat juga umi 'lari' ke Sri Putri sekejap. Demi ingin bertentang mata dengan penulis buku idola umi.. Bonda Nor. Satu kebetulan kami sedondon merah jambu. Berdebar rasa ketika menunggu Bonda Nor... Masya ALlah, seronok tak terkata...sempat juga Bonda Nor hadiahkan nota buat umi. Jazakallahu khoyr... Moga ukhwah yang terjalin kekal hingga ke Syurga. Peramah dan meriah peribadinya, hilang rasa kekok dan debar. 

Usai bertemu Bonda Nor dalam jam 11.45 pagi, bergegas semula ke sekolah. Alhamdulillah, 3 Emas 1 Perak! Well done my dear. Selesai hari sukan jam 2.30 petang, kami segera pulang ke rumah. Berehat seketika sebelum bertolak ke PD jam 5 petang.

Subhanallah! Tempat yang sangat indah....terasa cepat benar masa berlalu. Biarlah gambar berbicara tentang kegembiraan kami,



Pemandangan dari chalet kami jam 7 pagi. Ketika matahari baru terbit.
Wrap up!
Sempat juga umi dan ayah posing! 


No comments:

Post a Comment