Tuesday, December 20, 2016

Cerita Anak-Puteri Sulung

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang

Sebelum 2016 berlabuh...umi ingin sekali berkongsi kisah anak-anak dalam 2016 yang pastinya menjadi pemangkin umi untuk terus berusaha, kekal positif dan bersemangat!

Nurin Safiyah

Syukur Ya Allah....
Dalam usianya yang baru 10 tahun, dah boleh diharap untuk membantu umi. Lelebih lagi dalam menjaga adik-adik. Cekap menguruskan adik bongsunya. Ada ketika, umi terpaksa ke kelas dan kursus, maka dengan hati terbuka, Kakak akan menawarkan diri untuk bantu umi menjaga adik-adik di rumah. Maka tinggallah 4 beradik sendirian menjalani rutin. Dan setiap kali umi perlu meninggalkan anak-anak sendirian, umi pasti akan tinggalkan 'to do list' buat Nurin, Ain dan Sajidah. Alhamdulillah, anak-anak biasanya dapat selesaikan 'to do list' mereka.
Kakak jugalah yang sering bertindak sebagai problem solver saat umi gusar... terlebih lagi bila keadaan ekonomi keluarga tidak mengizinkan. Ada sahaja idea bernas yang membantu. Paling menggembirakan bila kakak dapat naik ke kelas pertama tahun hadapan! Teruja rasa nya... umi percaya, ini semua berkat lapang dada kakak dalam membantu umi, maka Allah balas dengan kemudahan untuk kakak dalam peperiksaan, selain solat hajat, doa dan usaha yang kakak lakukan. Mabruk kakak! Moga terus solehah dan muslehah...menjadi inspirasi buat adik-adik satu hari nanti. Tahun ini, umi dapat lihat keseimbangan kakak dalam sukan, koko dan pelajaran baik di sek kebangsaan mahupun di sekolah agama serta peranan kakak di rumah. Kakak juga dah khatam Al-Quran pada umur 9 tahun hasil bimbingan Mak Ngah dan Pak Ngah di rumah kuning. Kini, umi giat untuk mantapkan tajwid dan bacaan kakak. Selain itu, kecenderungan kakak dalam melukis dan mewarna umi cuba bagi sokongan sewajarnya agar terus berkembang. Syukur Ya Allah. Teruskan ya sayang.

Pelajaran : No 4/35 dalam kelas. Dapat naik kelas pertama - 5 Cekap (2017).
Sukan : No 3 Lompat tinggi peringkat daerah.
Pencapaian : 3 Emas, 1 Perak hari sukan sekolah.

Kakak discover new hobby : Lukis doodle!
Koko : No 2 Pertandingan Mewarna sempena Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat SKSPP.


No comments:

Post a Comment