Sunday, February 26, 2017

KELAB SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU JOHOR BAHRU

Alhamdulillah..

Jumaat lalu Mesyuarat Pertama AJK Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru berjaya dilaksanakan dengan jayanya!

Tarikh : 24 Februari 2017 (Jumaat)
Masa   : 3.30 petang
Tempat : KFC Mutiara Rini

Semenjak umi terlibat secara aktif dengan kelab sokongan bermula 2014 dulu... beginilah 'style' meeting ibu-ibu bersama anak-anak! Tempat meeting haruslah yang 'kids friendly' kerana majoriti dari kami akan membawa anak-anak bersama. Dan kerana faktor inilah yang membuatkan umi jatuh hati untuk terus terlibat secara aktif, selain kerana matlamat utama kelab yang ingin membantu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan penyusuan susu ibu (dan juga Kelab Menggendong anak - Selat Tebrau Babywearers). Benar, semenjak dibangku sekolah lagi, umi aktif dengan aktiviti atau gerak kerja sosial dan dek kerana itu, umi teruskan sehingga kini dan disinilah kepuasan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata apabila kita berjaya membantu orang lain!

Sedikit perkongsian sesi mesyuarat kami

Kehadiran AJK : Dari 13 orang, 9 hadir secara fizikal, 4 secara maya hanya 3 orang yang tidak dapat hadir disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan. See, how flexible we are!

Kita makan dahulu, sebelum nak isi makanan minda..kenala isi makanan perut dulu...
Makanan tajaan Puan Presiden, Dr. Nadzira - Terima kasih Madame Pressie
Anak-anak pun begitu, kita bagi tenaga dulu sebelum mereka aktif bermain di 'playground' sebelah tu, Barulah tenang nak mesyuarat.

Cik Jah kita sedang setting 'hangouts' untuk ahli mesyuarat maya yang tak dapat bersama...

Nampak tak..sambil nak mesyaurat..ada anak dan makanan bersama...
Everything possible if we want it happen
Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan sangat lancar dan jayanya! Banyak usul yang berjaya dibincangkan. Tambah berseri dengan kehadiran Dr Hairin Anisa selaku Penaung/Penasihat kelab. Pelbagai idea dan aktiviti bagi meneruskan perjalanan kelab untuk tempoh 2 tahun akan datang. Semoga titik tolak mesyuarat pada hari ini menjadi pencetus untuk kejayaan kelab. InsyaAllah, Ameen.

Di sini umi kongsikan aktiviti terdekat yang bakal berlangsung.


👩 Anda seorang ibu yang belum berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya & ingin menambah ilmu buat anak anak di masa akan datang?
👩 Anda seorang ibu yang telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu & berhasrat membantu ibu ibu lain dengan ilmu yang sahih lagi tepat fakta?
👩 Anda seorang bakal ibu yang mahu mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan demi cahayamata yang bakal dilahirkan & mahu berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan?
💟 Mari bergabung tenaga & sertai kami untuk menjadi sukarelawan rakan pembimbing penyusuan susu ibu (Breastfeeding Peer Counselor)!
💟 Tenaga pengajar & sijil pengiktirafan daripada Pusat Laktasi Kebangsaan Malaysia (NLC).
💟 Pilihan untuk menyertai Group PC & LC Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) di bawah satu bumbung.
💟 Syarat wajib untuk menjadi Lactation Counselor (LC) adalah bermula daripada pengambilan Kursus Peer Counselor (PC) ini yang memerlukan 20 jam kredit pembelajaran secara teori & amali.
Jangan terlambat. Daftarlah hari ini!
♻ Terhad 20 orang peserta sahaja.
✏ Tarikh : 11 & 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
✏ Masa : 8 pagi – 6 petang
✏ Tempat : Hotel Grand Paragon JB
✏ Yuran penyertaan : RM 420/seorang
Maklumat lanjut, hubungi :
👉 SN Jannah  013-354 5398
👉 Madam Lorraine  016-773 9114
👉 Puan Khadijah  011-2899 0736
⚠ Tarikh tutup pendaftaran : 5 Mac 2017
♻ Pendaftaran secara online di > http://goo.gl/uHQydo
Siapa cepat, konfem tempat!👍
Kursus ini umi pernah hadiri pada Oktober 2014. Kursus pensijilan yang membolehkan seseorang ditauliahkan boleh membantu secara formal ibu-ibu yang memerlukan sokongan penyusuan susu ibu. Peranannya seperti Pembimbingan Rakan Sebaya di sekolah. Bezanya, kami dikehendaki menghadiri kursus selama 20 jam terlebih dahulu. Diberi pendedahan secara khusus dari pengenalan tentang Penyusuan Susu Ibu sehingga beberapa isu/masalah yang sering dihadapi oleh oleh para ibu dalam menjayakan Penyusuan Susu Ibu. Kursus ini juga dikenali 'Kursus 20 jam' untuk menjadi Peer Counselor (PC)

Selain dari kursus ini, ada satu lagi kursus yang lebih 'advance' iaitu 'Kursus 40 jam' khusus untuk menjadi Lactation Counselor (LC). LC pula adalah individu yang mempunyai pengetahuan dan latihan yang lebih lanjut, Bukan sekadar skill selaku pembimbing, malah dari segi diet, ilmu kesihatan ibu dan bayi. 

Kedua-dua pensijilan ini dijalankan dan di bawah seliaan 


Begitulah serba seidikit perkongsian umi kali ini. Moga bermanfaat :)


2 comments:

  1. alaaaa..lupa la akak nak snap picture masa meeting hangout..rugi betul..

    ReplyDelete
  2. ala....nanti kita meeting online lagi ey...hihiih

    ReplyDelete