Wednesday, August 1, 2012

JARIAH DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum wbt & Selamat Tengahari Semua...
Alhamdulillah, Ramadhan kali ini umi ditemukan dengan seorang aunty.. namanya Aunty Rohaya Ismail. Detik pertemuan kami bermula bila ummi join seminar yg beliau anjurkan Seminar Transformasi Mukmin Profesional dari Mata ke Hati, Mei lalu. Tak sangka ukhwah yang terjalin secara tak sengaja tu, mengundang pertemuan demi pertemuan yang tidak disangka. Beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan, ada terdetik dihati umi, puasa tahun ni teringin nak jadi sukarelawan utk bantu orang yang kurang bernasib baik. Cemburu bila tengok orang lain berpeluang jadi sukarelawan. "Orang lain boleh, takkan aku tak boleh? Masa dan kewangan bukan alasan..mudah2an puasa kali ni Allah lorongkan", detik umi sendiri dalam hati bila tengok iklan di TV. 
Alhamdulillah, benar..niat yang baik tu, pasti Allah bantu & lorongkan. Selang beberapa hari sebaik Ramadhan menjelma..sms dr Aunty Rohaya, umi terima. Membaca smsnya, umi rasa terharu.. Syukur. Hati dah berbunga-bunga...ada perancangan yg perlu diatur. Umi tak terus balas smsm Aunty Rohaya, umi rangkakan perancangan dahulu. Setelah dimaklumkan, barulah umi hubungi A. Rohaya dan minta dia emelkan kpd umi maklumat lengkap/lanjut. Dapat emel, terus umi kongsikan dengan sahabat-sahabat di Jabatan umi, di fb umi.. Kalau pun tak banyak hasilnya nanti, sekurang-kurangnya ini adalah permulaan yang baik buat umi. Ameen. 
So inilah dia... kempen yang sedang umi jalankan. 
Buat pembaca sangkar umi semua.. kalau ada yang berminat untuk menyumbang, bolehlah maklumkan pd umi. Nanti umi akan pergi collect dan serahkan pd Aunty Rohaya.. Hajat dihati nak join juga Road Tour Penyerahan..Tapi, tgk kesesuaian. Mudah2an diizinkanNya.
Sumbangan adalah seperti yang dinyatakan. Pakaian atau Makanan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” HR At-Tirmidzi

Dikesempatan ini juga umi nak promosikan KEK KUKUS BUAH yang SGT MURAH & SEDAP! Kek ini juga adalah dari Aunty Rohaya... So, umi panjangkan sahaja untuk dikongsikan. Kala-kalau ada yang nak buat persiapan Raya, tengah cari-cari Kek Kukus Buah ke.. Memang Kek ni sedap (coz umi punya dah habis satu bekas) dan bila Aunty Rohaya cakap harganya, umi terkejut coz murah sgt. Hasil jualan kek ini juga bakal disumbangkan kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan. Insya Allah. 
Now dah ada kira-kira 10 tempahan untuk kek ni dalam masa 1 hari umi hebahkan. Alhamdulillah.. 
So, sesiapa yg berhajatkan Kek ni bolehlah komen/emel.. 

Begitulah sedikit sebanyak pengisian & aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Selain aktiviti bertadarus di pejabat. Alhamdulillah, meskipun disebalik ketiadaan suara/sakit tekak umi, dapat juga umi join dan teruskan. Tinggal beberapa helai shj lagi kami akan tamat/khatam. Syukur..Syukur..Alhamdulillah..

Selepas ini, ada juga beberapa aktiviti yg umi dh rancangkan untuk princessia umi sekalian, terutama Nurin yang masih betahan puasa tanpa tinggal. Alhamdulillah, meski umi tidak menjanjikan sesuatu yg jelas dalam bentuk fizikal tp Nurin tetap ingin berpuasa atas kesedarannya. Alhamdulillah. Ain, meski tak berpuasa tapi dia rajin solat. Walaupun solat sendirian. "umi, ain nak solat. Solat ape skrg umi?".. "Solat Isyak (solat yg paling rajin Ain kerjakan)", jawab umi ringkas.. "Empat rakaat ey umi",tanya Ain minta kepastian. "Betul, sayang...",jawab umi syukur. Sajidah pula sekarang rajin pakai tudung. Bila nak keluar, sibuk minta tudung.. Alhamdulillah..mudah-mudahan anak2 umi bakal jadi insan2 solehah...ameen.



2 comments:

  1. Alhamdulillah kin, sama-samalah kita bersedekah di bulan yang penuh barakah ini. InsyaAllah, jika kita ikhlas membantu orang, Allah swt akan bantu kita pula tanpa kita sangka..=) Kin, kongsila skit tips nak ajar anak berpuasa. Bagus tu nurin dapat puasa penuh, tahniah nurin! Semoga kita dikurniakan anak yang soleh/solehah. Ameen.

    ReplyDelete
  2. Thanx anis...Insya Allah, ini salah satu pembaharuan utk aku buat puasa kali ni..harapnya dpt terus istiqomah slpas ini... Mudah jika kita didampingi dgn org2 yg sealiran... actually, aku buat jadual utk buln pose ni... ade satu jadual yg aku copy n print dr fb..nnti aku tag. buat utk nurin n ain. tp nurin mudah cakap sket. event kalu aku terlupa 'color' bhagian yg dia dh pose/solat..dia tak kisah.dia ingtkan aku n buat juga. jadual yg sama utk ain..supaya dia ada rasa nk bertanding.. tp bila aku upah kt nurin, tk upah kt ain..mula la dia meragam...adui..sudahnye kena la blikan jg utk dia.. so dia rasa, dia tk buat pun dia dpt hadiah.. so aku cakap kt nurin..hadiah nurin umi bg masa raya nnt depan ain. tp dia wat dunno je..huhuhu.. Selagi Ramadhan belum berlalu aku tetap & terus berusaha..spy ain akn pose jg..biarlah pd 29 Ramadhan pun.. (mcm tu lah peranan seorang umi/emak..jgn putus asa dgn anak2..kena slalu kuat sabar.kan??)

    ReplyDelete

Popular Posts