Wednesday, December 7, 2022

Aku yang Kau Cari


    "Sayang, sibuk tak?" tanya si dia sambil mengusap kepalaku.
Aku yang dari tadi ralit menyunting manuskrip, berhenti dan terus memandang dia. 
    "Hmmm...agaklah. Tengah kejar 'deadline' yang dah 'dead' ni." Jawabku jujur sambil tersengih.
Dia memandang sambil ketawa. 
    "Kesiannya mucuk abang ni. Nasib dia tak dead sekali." Balasnya sambil menarik hidungku. 

Benar. Sejak menjaga mak dan Hanis di rumah, masa kerjaku amat terbatas. 
Aku hanya waktu malam sahaja untuk membuat kerja-kerja penyuntingan atau penulisan. 
Namun, aku tidak pernah menyesali. Sebaliknya sangat bersyukur kerana Allah izinkan aku untuk berbakti buat mak dan Hanis. 


Aku ingin menjadi perempuan yang membuatmu berhenti mencari. 

Kerana saat itu kau yakin, bahawa akulah selama ini kau perlukan. 
Akulah yang selama ini telah ditakdirkanNya untukmu. 

Aku ingin menjadi perempuan yang membuatmu berhenti mencari. 

Seperti sebuah rumah yang di dalamnya terdapat banyak kedamaian dan kehangatan. 
Seperti sebuah peluk saat hatimu sedang tak keruan. 
Seperti seseorang yang akan selalu menjadi tempatmu pulang. 

Pada satu titik hidupmu, izinkan aku menjadi satu-satunya. 
Bukan kerana kau sudah lelah dan habis upaya. 
Memang kau sudah merasa cukup sehingga kau tak perlu lagi mencari. 

Kerana kau punya aku, dan kita saling memiliki. 

No comments:

Post a Comment