Monday, February 25, 2013

:: Mahrajan Cinta Rasul ::

Dengan Nam Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Tercinta Nabi Muhammad SAW..


Lama tidak mencorat-coret.. Banyak juga peristiwa yang ingin dikongsikan.. Cuma masa agak mencemburui untuk menulis.. Insya Allah andai diizinkanNya,,pasti ummi kongsikan juga nanti.

Alhamdulillah..Syukur ke HadratMu Ya Allah...

Perancangan ummi cuba aturkan..Allah izinkan ianya terlaksana. Sedikit dugaan Allah kirimkan buat kami. Jumaat, puteri umi Nurin & Sajidah tidak sihat. Nurin Asthma, Sajidah demam. Tanpa berlengah umi beri Mineral Coffee & sapukan Bio-Ever... Alhamdulillah, hari Sabtu tu, anak2 dah sihat & kembali aktif! Ayah pula Demam agak panas hari Sabtu lepas..agak kritikal. Umi sedaya & semampunya menjaga Ayah pula.. Anak2 pun bagi bantuan & sokongan.. Ummi berikan Habatussauda dan banyakkan minum air masak. Tak lupa minum Mineral Coffee & sapukan Bio-Ever pada ayah... Dalam masa yang sama berdoa agar kami semua dikurniakan kesihatan & kemudahan agar hasrat untuk menyertai Majlis Ilmu esok terealisasi.

Alhamdulillah, Ahad.. semua bangun awal dn dapat jemaah Subuh bersama.. Umi sediakan Nasi Goreng + Cinnamon Bread.. (bantat sket coz dh lame sgt tk wat..tp sedap kata ayah & anak2). Siap semuanya kami tke DSI.. Syukur ayah dh beransur baik. Nampak Ayah pun bersemangat nk g... Subhanallah..ramainya manusia... melimpah-limpah.. Allah izinkan kami tmpat duduk juga dlm kekalutan tu..Syukur. Indah sekali kupasan 3 panelis : Ustaz Don Daniyal, IM Asyraf & Brother Shah Kirit. Pengisian yg sarat dgn ilmu... Mudah2an dpt kami ambil utk dijadikan amalan...
Usai Forum, ada Hafiz Hamidun...lunak mengalunkan zikir-zikir munajat sbg halwa telinga setelah seharian berdiskusi. Kami tak tunggu lama, krn ptg tu Ayah perlu menyambut kepulangan jemaahnya di Senai. So terus balik rumah, mkn tghri & berehat.
Mlmnya, ummi & ayah dh janji dgn anak2 utk ke DSI lagi... ada Habi Ali Zainal Abidin... (umi sgt suka mdengar beliau bercerita ttg Sirah Nabi Muhammad saw).. & paling seronok ada Qasidah Ya Hanana.... Excited anak2 ummi tatkala bergema qasidah Ya Hanana... Agak lewat kami baransur pulang namun semua puas & terhibur.. Syukur segala perancangan terlaksana moga bermanfaat utk bekalan kami masa hadapan.

Begitulah serba ringkas perkongsian kami sekeluarga. In sha Allah hujung minggu ini kita rancangkan agenda lagi.. Ya Allah, bantulah kami.. permudahkan urusan kami...





No comments:

Post a Comment

Popular Posts