Sunday, July 8, 2012

BICARA MALAM

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi...

Menjengah sudah hari baru..namun mata umi masih segar. Bicara malam antara umi & ayah.. tentang diri, kehidupan & masa depan... Panjang juga coletehnya.. Alhamdulillah, mudah2an segala yang dirancangkan dan ingin diusahakan menjadi kenyataan. Anak2 telah dibuai mimpi.... Letih barangkali setelah dihadiahkan 'meronggeng' mlm td. Syukur, anak2 semakin matang. Nurin semakin terserlah sifat kakak nya. Ain juga dh kurang rengek dlm seminggu ni, harapnya berterusan lah. Sajidah pula makin petah nak bercakap biarpun pelat namun kamus perkataan semakin hari semakin bijak. 
Syukur dapat berjemaah di Masjid UTM  Maghrib tadi...Subhanallah ramai sungguh muslimin & muslimat, sempena Konvensyen Fiqh pastinya. Walau umi & ayah tak dpt join sekali, namun aura nya terasa juga. Tak semena-mena ada mutiara kaca laju berderai ketika umi solat.. syahdu amat,tak pasti kenapa. Anak2 solat berjemaah bersama, tak kekok dan mudah shj urusannya. Usai solat, masing2 mengemas telekung sendiri.. umi hanya perhati sambil berdoa dalam hati..Syukur!

Alhamdulillah, Sebelah siang tadi ada sesi menjejak kasih juga dapat berkumpul gathering dengan sahabat-sahabat lama umi... Cik Han, Cik Fad & Cik Faraid.. tak semua yang dirancangkan dapat berkumpul 4 dari 9 kesemuanya.. masing2 dgn bala tentera sendiri... Tapi syukur, dapat juga berjumpa. 
"Sebagaimana kita menerima rahmat Allah setiap hari begitu juga kita harus memberi kepada orang lain dengan doa kita dan bukan mencari kesalahan atau kebencian. Jika kita beri kebencian itu yang akan kita dapat" -Prof Muhaya-
Duhai diri,, ingatlah selalu...  



Salam Ahad semua... Apa makanan Roh kita hari ini??? ;) 

No comments:

Post a Comment