Wednesday, April 4, 2012

PERJALANAN MAC2012

Assalamualaikum wbt & Salam Rindu..

Sekian lama umi menyepi...Sangkar kita terbiar sepi. Tanpa celoteh dan perkongsian cerita. Biarpun ianya sepi tanpa bicara, namun pelbagai peristiwa yang terjadi sepanjang tempoh itu. Ada suka ada juga dukanya..Asam garam kehidupan. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah swt. Masih diberi kudrat, kebahagiaan yang amat manis buat kami.

1 Mac 2012
Mac, berlalu begitu pantas. Bermula dengan sambuatan Hari Jadi Nurin & Ain. Umi rangkumkan pada hari yang sama. Celebrate di sekolah. Malam sebelumnya umi & ayah sakan siapkan goodies utk kawan2 sekolah Nurin & Ain, hingga lewat malam. Alhamdulillah... jarum jam mencecah angka 2pagi barulah semuanya selesai. Goodies disusun rapi dalam bekas untuk mudahkan angkut & agih esok. Selamat Hari Jadi Nurin Safiyah ku.. Moga menjadi srikandi solehah, bahagia dunia & akhirat. Doa umi & ayah sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.



4 Mac 2012
Sekali lagi sambutan Hari Jadi diadakan. Cadang mulanya nak buat antara kita2 je..1 family. Kehadiran Cik Ili & the lil ones sgt mengujakan... Thanx a lot utk hadiah2 yg bermacam2..siap dpt hamper lg... Thanx a million buat zauji habibi... pertama kali menghadiahkan sejambak fresh flowers buat umi...3 kuntum bunga ros. Kata ayah, "Tanda dh masuk 3 series..& nombor 3 yang misteri utk family kita!"... Thanx my dear! Ada lagi umi simpan...sayang bangat nk dibuang. Bukan senang tau ayah nk bg hadiah... Tapi, susah2 ayah pun..so far setiap kali bday umi tak pernah la miss utk bg something pd umi.

Esoknya, umi pakat dgn officemate umi yg kebetulan kami berkongsi tarikh besday yg sama...K. Rosnaiti. Belanja officemate besday kek.. ALhamdulillah, licin..habis!
Malamnya pula, kehadiran adik2 kesayangan mengujakan umi juga. Lama dah kami tak gathering n berjumpa.. So, umi ambil kesempatan ni utk wat mini gathering.. Alhamdulillah, misi tercapai.. Thanx a lot dgn hadiah dr adik2.





10 Mac 2012
Bersempena Cuti Sekolah IDB (Institut Bio Produk) UTM, anjurkan Kids Worksyop = 1 hari! Memang best & anak2 enjoy sgt. Umi pula ambil tapak Car Boot Sale...Alhamdulillah, hasil jualan tak menghampakan. Rasanya LA pun patut la buat aktiviti mcm ni... Seronok!







18 Mac 2012
Plan jalan-jalan umi sempena Cuti Sekolah kali ni mmg tak jauh. Kami ke Air Terjun Kota Tinggi! Sewala 5.30 pagi lagi umi dh bangun! Alhamdulillah, terlaksana hajat kami utk solat subuh berjemaah di Masjid Pulai Perdana berdua (ketika anak2 masih lena diulit mimpi, kami tinggalkan seketika 3 beradik di rumah). Usai solat, umi pun gigih siapkan bekalan, Nasi Lemak, Sandwiches & Air Milo. Ayah pulak tekun tolong umi sidai baju. Sambil siapkan nasi lemak, umi siapkan bahan2 utk buat sanwic. Bahan dah siap, ayah mula menyibuk kat dapur..nak tolong. Alhamdulillah sandwich kali ni adalah hasil air tangan ayah sebahagiannya. So, kerja di dapur selesai lebih cepat & umi packing barang2 dlm bakul. Siap 1 bahagian, kami bertukar ke bahagian lain pulak. Umi siapkan beg pakaian. (sure terliur nak mandi nanti...) Ayah pulak kemaskan kereta. Sambil2 siapkan barang2, princessia umi bangun. So, terus la naik kereta. Perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam, melewati lebuhraya Senai-Desaru. Tiba je di sana kami menjamu selera dulu. Masing2 dh kelaparan. Selesai makan, barulah kami masuk ke tempat air terjun. Agak mengejutkan bila tengok air terjun..dah tak seindah beberapa tahun lalu, waktu umi selalu ke situ. Airnya dh semakin cetek. Susah juga nk cari port yg sesuai..maklumlah hujung minggu. Tp Alhamdulillah, dpt juga satu tmpat yg ok. so kami bentanglah tikar & letak beg. Anak2 dh teruja & tak sabar nk main air. Umi biarkan ayah dengan princessia bermain air dulu.. Selang beberapa ketika, umi pergilah jenguk takut2 ayah hadapi kesukaran nk mengawal 3 org princessia. Sangkaan umi meleset..bukan main gumbira 4 beranak main air. Ayah berkali2 mengajak umi turun... sambil buat aksi2 yg sengaja nk suruh umi rasa terliur nk turun juga...Akhirnya umi cair, ayah mmg hebat dlm bab memujuk.. Seronoknya bila dapat duduk bersama, 5 beranak..atas batu sambil air menyimbah badan.. Sejuk, masih sejuk airnya...cuma tak sebanyak dulu... Hampir sejam kami bermain air.. Umi minta diri dulu, naik ke atas. Risau juga dgn barang yg ditinggalkan. Bila umi nk naik, anak2 pun sume nk naik..so kami semua naiklah juga bersama. Sambil umi menyiapkan anak2 tukar pakaian, sandwich ayah jadi santapan. Lapar semula setelah bermain air. Perkelehan berakhir lebih kurang jam 1ptg... Kami pun bergerak pulang.. Jelas riak gembira walau dalam kepenatan terbayang dimuka.. Alhamdulillah, hadiah buat anak2 yg berperangai baik & selesai siapkan homework. "Lain kali kita dtg lagi tmpat mcm ni ey umi.."ain mencelah tatkala umi & ayah rancak berbual dlm perjalanan pulang. "Insya Allah...", serentak umi & ayah balas... =0







21 Mac 2012
Selamat Hari Jadi Ain!!! Awal pagi lagi umi dh ucapkan buat Ain. "Ain dah besar, tak boleh merengek je lagi...tau" pesan umi sambil menyiapkan ke sekolah. Takde sebarang sambutan Hari Jadi yg dibuat pd hari ini. Tp umi buat ketika ke KL pada 24/3/2012 yg lalu. Kebetulan ayah ada kerja..so kta teman ayah ke KL. Dapat jugalah ziarah Nek Zan & Tok Mis... Biasalah, anak2 mmg seronok sakan bila dapat berkumpul ramai2.. Alhamdulillah, mission accomplished! Umi dapat temankan ayah realisasikan tugasnya untuk bertemu bakal mutawifnya walaupun dh agak lewat; jam 9malam kami baru bergerak membelah lebuhraya ke Ampang. Habis kerja pun, dah pukul 12 pagi.. Sampai Putrajaya dah pukul 1 pg lebih. Pukul 2 pagi baru kami bergerak balik dr KL-JB. Terima kasih tak terhingga untuk Nek Zan & Tok Mis.




28 Mac 2012
"Selamat Ulangtahun Perkahwinan Wahai Isteriku, Teman Dunia Akhiratku........................................"  panjang sms dari ayah. Sengaja dikirim sms juga walaupun dh ucap secara verbal. Katanya lebih manis.. "Boleh simpan. Nnti, kalu majok2 dgn abang, bacalah sms tu... harapnya boleh tenang semula", usik ayah di malam anniversary kami. Alhamdulillah, syukur yg amat padaMu Ya Allah, dikurniakan suami yg begitu penyayang, romantik, sopan santun, lemah lembut, membantu & sabar untuk kami bersama2 mengemudi hidup di dunia, mentarbiyah diri & hati agar mampu menjadi suami isteri & ayah umi yg Solehah...ameen.


31 Mac 2012
Sanah Helwa Ya Jamil Ya Zauji Habibi.... 39 tahun sudah umurmu. Walau tak dapat raikan bersama pada 31hb tu..kami dapat raikan juga bersama pada 1 April 2012.. bersama PIL di Simpang Renggam. Agak menyentuh hati juga bila Abah bacakan doa sebelum kek dipotong. Panjang lebar doanya. Begitulah pastinya harapan Abah buat Zauji. Doa diaminkan. Melihat scene ayah potong kek depan mak & ayahnya...  juga agak tersentuh. pasti ada sesuatu yg bermain di benak mak & abah.. Mudah2an doa mak & abah sentiasa bersama Ayah. Umi hadiahkan sebuah travelog buat ayah... mudah2an Ayah dapat kongsi catatan perjalanannya di Tanah Suci nnti. (Gambarnya dlm kamera...kameranya ayah dh bawa ke Tanah Suci, so nnti umi update kan).

4 April 2012
2 Pagi...ayah berangkat ke Tanah Suci.. 2 hari sebelum ayah berangkat.. kami habiskan masa bersama. Sebaik mungkin. Umi ajak ayah pulang ke Kg..berjumpa mak & abah, sempat jga raikan harijadi ayah, mohon restu & doa, ..agar perjalanannya dimudahkan & diredhai... Syahdu bila terkenangkan detik2 sebelum ayah berangkat. Hari-hari kami terasa begitu singkat..sedang waktu utk berpisah kian dekat...perbualan kami byk berkisar ttg nasihat...kata2 manis penuh hikmat...dari suami buat isteri yg dikasihi amat... agar sabar & kuat... meniti hari2 yg panjang tanpa suami yg sentiasa diingat...moga kepulanganmu nanti membawa seribu nikmat...Selamat Berkelana Suami Tercinta... Tak terluah rasa dihati, biar sahaja ia menjadi doa dimalam sepi..

"Terima kasih sayangku, hadir dlm hidup abg, menjadi penyeri, membawa sinar ketenangan. Moga perkahwinan kekal hingga ke Syurga..Abang sgt sayang ayg.." 
Gambar dirakam pada 2.25pg : 4 April 2012: Sebelum berangkat.





2 comments:

  1. Yang..happy belated birthday..sorry sangat kin, aku busy bulan lepas..banyak sangat peristiwa sedih berlaku..Aku doakan semoga ko sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan serta ketabahan untuk mengharungi kehidupan..selalu ingat kin, tujuan hidup kita adalah untuk mendapat redha Ilahi dan hopefully pengakhiran hidup kita berakhir dgn baik..khusnul khatimah..take care dear..=)

    ReplyDelete
  2. Thanx buddy.. aku faham. Its ok. You too..be strong n husnudzon always.. Insya Allah. u too, takecare!

    ReplyDelete

Popular Posts