Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, February 24, 2017

Nota lewat malam...

Tak dapat nak lelapkan mata malam ni..
Kebetulan ada dapat task dari zauji habibi.. so buatlah task tu, sementara free dari rutin membaca dan menulis, dengan anak-anak dan kerja rumah.
Alhamdulillah...dapat siapkan. Harapnya zauji habibi suka dan boleh manfaatkan. :)
I think since i read and write a lot...my writing skills also improved..hehehe.. keep moving dear!

Kita tahajjud sekejap sementara menanti Subuh..

Esok pun dah ada a few scheduled activities:
  • Brisk walk/slow jog with kids 
  • Meet Awie at stadium UTM
  • Weekend routine (house chores of coz!)
  • KSPSIJB Meeting at 3pm


Selamat Pagi.

Yes..i know and notice what you've done. But, it just I have more important things to be settled.

Sunday, December 4, 2016

NEW TOY

Assalamualaikum wbt...

ALhamdulillah...beberapa hari ini rasa ada kupu-kupu dalam perut ;)

Lain rasanya, bila Aura Bonda ada disisi, dapat menghabiskan masa bersama. Syukur kerana Allah masih pinjamkan insan bernama bonda. Kata-kata positif, motivasi dan semangat, sentiasa menyemarak kesabaran diri ini. Disebabkan kami terpisah dengan jarak, maka kesempatan sesekali bersama bonda sangat di tunggu-tunggu. 

Penuh padat rupanya aktiviti kami selama bonda ada di sini. Terima kasih bonda... dan terima kasih Ayahanda kerana memberi pinjam Bonda beberapa hari! 

Paling mengujakan bila dapat membeli 'New Toy' untuk Umi terus bermain...hihihi.. Perasaannya sama seperti ketika dapat mainan masa kecil-kecil dulu. Setiba di rumah, tak sabar nak demo 'mainan' baru. Maka, TARAAAAA... inilah hasilnya. 
Ayam Panggan ala Kenny Rogers!

Dalam proses...

Dessert of the day ;) My first attempt

 Alhamdulillah! Tercapai juga hasrat nak menyajikan santapan ala Kenny Rogers buat Zauji Habibi dan Bonda tersayang hasil air tangan sendiri.. Adinda Hanis pun memang suka makan... seronok! Anak-anak, lebih lagi.

Hasrat nak me'waffle' sendiri juga memang dah lama Umi simpan. Zauj dan anak-anak memang gemar betul makan waffle. Hampir setiap hari ajak Umi beli Waffle di hadapan pasaraya Halal Mart. Namun, tidaklah kerap Umi layankan permintaan anak-anak. Perlu batasannya. Maklumlah, makanan manis pula tu. Sejak itulah Umi berhasrat untuk memiliki mesin waffle sendiri. Mudah! Boleh buat dan makan bila mahu! Menariknya, Umi memang berimpian untuk memiliki mesin waffle yang 'multi-tasking'. Boleh digunakan buat sandwich / roti bakar dan waffle. Bonusnya, ada acuan grill juga.

Bila berimpian, dah dapat pasti Umi gunakan dan manfaatkan sebaiknya! Umi takkan beli sesuatu tanpa tujuan. Beli sesuatu hanya dek kerana mengikut 'trend' juga bukan Umi. Lebih-lebih lagi jika perkakasan yang beratus harganya. Tepuk dada tengok poket sendiri...hihihi. Contohnya trend Periuk Noxxa. Umi sedia maklum fungsinya dapat membantu mempercepatkan tempoh masakan. Tidak dinafikan ianya gajet yang membantu lebih-lebih lagi jika masak 'bone broth' atau sup tulang.. Namun, bila diteliti pandangan dari sahabat-sahabat yang telah memilikinya, Umi berpendapat, ianya tidak sesuai dengan naluri Umi yang lebih gemar cara 'typical malay' memasak, ianya seolah mengurangkan kepuasan. Jadi, tak rugi pun walau tidak memiliki periuk berkenaan. Masing-masing punya sebab tersendiri.

Multisnacker- Kenwood : Ada 3 pasang acuan pilihan. (RM 124.00 - SenQ AEON Bkt, Indah)

Electric Oven-Khind : Ada 5 pilihan pemanasan pilihan. (RM 332.50 - AEON Bkt Indah)
Electrin Oven ini dibeli baru rentetan Microwave Oven yang sedia ada dah rosak. Base nya pecah dan retak agak besar, Agak menyeramkan nak guna. Lepas ini, boleh lah kita sambung bisnes, setelah hampir 3 minggu terhenti. Tak sabar juga nak meroti.. Dah lama tak buat roti. Moga Electric Oven ini juga dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan Tuan Microwave Oven yang lalu...hihihi

Oh ya, untuk resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers dan Waffle, tunggguuuuu ya.. 

Hingga jumpa lagi... daaaa

Friday, October 7, 2016

HARI SUKAN, BONDA NOR DAN FAMILY DAY KAYANGAN

Untuk ke sekian kalinya...ayah tidak dapat turut serta  dalam Hari Sukan anak-anak. Hampir setiap tahun begitu. ALlah belum izinkan. Umi tetap positif. Pasti ada rencana terbaik yang sedang Dia susunkan buat kita. Ayah tidak dapat turut serta, namun doa Ayah tetap bersama kita. Paling manis, Embah, Tok dan Cik Qah ada bersama. Seperti biasa, bila umi sendiri yang perlu uruskan anak-anak, seawal pagi sarapan telah disiapkan. 3 acara yang bakal Nurin beraksi! Mujur 1 acara dah lepas dan 1 pingat Emas sudah dalam genggaman untuk acara Lompat Tinggi.

Malam sebelumnya, umi tidur agak lewat, jam 3 pagi kerana packing untuk ke Family Day Kayangan. Siapkan segala barang awal supaya tak keciciran. Sudahlah seharian di padang nanti, pasti tamatnya pun dah lewat.

Seawal 7 pagi dah keluar rumah hantar kakak Nurin dan Ain terlebih dahulu. Ain masuk perbarisan rumah sukan. Yang menariknya, puteri-puteri umi semuanya mewarisi rumah sukan umi juga, Rumah Hijau!


Dalam pada sibuk menemani anak-anak, sempat juga umi 'lari' ke Sri Putri sekejap. Demi ingin bertentang mata dengan penulis buku idola umi.. Bonda Nor. Satu kebetulan kami sedondon merah jambu. Berdebar rasa ketika menunggu Bonda Nor... Masya ALlah, seronok tak terkata...sempat juga Bonda Nor hadiahkan nota buat umi. Jazakallahu khoyr... Moga ukhwah yang terjalin kekal hingga ke Syurga. Peramah dan meriah peribadinya, hilang rasa kekok dan debar. 

Usai bertemu Bonda Nor dalam jam 11.45 pagi, bergegas semula ke sekolah. Alhamdulillah, 3 Emas 1 Perak! Well done my dear. Selesai hari sukan jam 2.30 petang, kami segera pulang ke rumah. Berehat seketika sebelum bertolak ke PD jam 5 petang.

Subhanallah! Tempat yang sangat indah....terasa cepat benar masa berlalu. Biarlah gambar berbicara tentang kegembiraan kami,



Pemandangan dari chalet kami jam 7 pagi. Ketika matahari baru terbit.
Wrap up!
Sempat juga umi dan ayah posing! 


Tuesday, January 12, 2016

Wrap Up of 2015!

Alhamdulillah... its a wrap up session!
Bersama suami, bonda, adinda dan anak2 syurga yang dikasihi
Sungguh... inilah nikmat terindah yang Allah swt telah beri
Apalagi yang ingin dipersoal selain kesyukuran yang tiada henti.
Yang penting kita yang melakar rasa hati
Dalam tiap peristiwa pasti terkandung hikmah tersendiri
Usah dipersalah menunding jari pada itu dan ini
Namun redhalah dalam fikrah bahawa segalanya takdir Ilahi
Seadanya kebersamaan ini..moga kekal hingga ke Firdausi.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Ar-Rahman)

Menutup tirai 2015..buka lembaran baru 2016 

Lama tidak berceloteh di sini... 
Rindu sebenarnya...rindu amat.
InshaAllah tahun ini akan berlaku perubahan yang lebih positif dalam keluarga comel ini

Mengimbas 2015, 
Pelbagai peristiwa manis dan pahit yang kita dah lalui bersama
Banyak perkara yang perlu disemak semula dan diperbaiki
Pasti, kita manusia yang tiada lepas dari melakukan kesilapan

So, tak perlu renung pintu semalam lama2....
Move ON! ;)




Wednesday, October 30, 2013

Hee Haa Projects | Jr Professor | Vietnam Trip


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

Alhamdulillah.. Syukur masih diberi nikmat kehidupan, kesihatan & kebahagiaan. 
Actually this is our last week story. Umi baru smpat nk share citernyer... hihihi

Our Hee Haa Projects.
Y? 
Coz ianya spontan.
Tghri tu, lepas siap lunch n kemas dapur, umi rehat jap. Pastu kepala ligat la memikir, nak minum ptg ape la ey.. Buka la peti. Tgk2 ada kulit popia, ada lebihan isi ayam masak tghri tadi, carrot pun ada sket. 
Ok la..bolh la wat popia!!!
Umi siapkan isi, nnti minta kakak2 yg gulung. 
Taraaa....

Alhamdulillah... menjadi. Dah boleh diharap anak2 umi. InshaAllah.
Banyak juga kami buat petang tu...goreng separuh. Separuh lagi frozenkan. 
Dapat la goreng buat breakfast hari isnin tu.. 

Lepas giliran umi... Giliran ayah pula bawa ktorang jalan2 usai minum petang.. 
Ala, jalan2 kat tasek UTM je. Ramainyer orang.. Mcm2 aktiviti yang dibuat. 
Ada yang berkelah, jogging, bagi itik makan, kejar itik, amik2 gambar macam2 lah.
Ktorang sekadar berjalan2. Penat, duduklah kejap tgk gelagat org pulak..hihihi.
Anak2 sibuk mengejar itik.. kesian juga kat itik2 tu. hahaha.


Aha.
Ini bakal profesor kami... InshaAllah. Nak jadi Dr Gigi katanya.. hahaha.
Tergelak sakan umi & ayah. Bukan ape, gigi sajidah tu dh la takde barisan depannya.
Takpelah.. Ameen. Mudah2an dimakbulkan cita2 murni Idah. Moga dpt memberi manfaat pd org lain. 
Jadi mcm Prof. Muhaya ye. Selain Medical Dr, dia juga motivator!
Awal2 umi ngandung haritu tak bagi panggil dia kakak. Kena panggil adik juga. 
Tapi now, Alhamdulillah... dia dh boleh terima. In fact, kalau umi/ayah tersilap panggil dia Adik, dia akan betulkan.. "kakak lah"...  =)
Herm.. dh nak masuk 4 tahun dah anak umi. Tahun depan jadi kakak..inshaAllah.
Tapi manjanyer.. bukan main. Malam ni ayah dh janji nak wat sumthing utk Kakak Idah. InshaAllah...
Kte wat yg simple2 je la. Skali kan doa selamat sempena ayah nk ke Vietnam juga.

Herm...
Awal bulan depan ayah nk ke Vietnam. Alhamdulillah, persiapan dh distandby sket2. Since dh tau aritu, kami dh bincang juga sket2 barang yg ayah rasekan perlu dibawa. Mcm biase.. Ayah akn serahkan urusan mempacking pd umi. 
"Abg tau isteri abg ni expert bab packing brg abg travel".. 
*blushing*
(=._.=)


Simple checklist utk ayah semak dah umi siapkan. Paling penting keperluan solat, bersuci, makanan, general medicine utk ayah. Takut2 kalau ayah sakit. Kalau ayah tak sakit, mungkin ada ahli rombongan ke yg sakit, at least ayah ada kemudahan utk bantu. Barang pun dh masuk dlm beg sket2. 
Doa umi agar segala urusan ayah dimudahkan.
So far, umi tenang sambil siapkan keperluan ayah.. tapi ayah yg sering menyuarakan kerisauan dia nak tinggalkan umi..
Aduhai...suamiku.
Terharu..
"Jgn risau abg..Allah sentiasa ada dgn kita.. Dia akan jaga kita semua. InshaAllah. Ayg ok".
"Abg tahu isteri abg ni kuat semangat...sebab tu Dia selalu hadiahkan ujian buat Ayg".. 
itulah juga acapkali ucapan ayah.
Terasa mcm mengandung anak sulung pula. Maybe coz dh lame tak pregnen kot. 
Terharu dengan layanan ayah. Hampir setiap hari ayah akan pegang perut dan bercakap2 dengan baby...
Syukran Zaujku.. Syukran Ya Allah!





Monday, September 30, 2013

# throwback # (Part I)

In The Name of Allah

Ada a few story nak share...tp gambar2 kenangan ni lebih menarik perhatian untuk di share...
Bila di tengok2 post lepas. Rupenye tk masuk lagi dlm ni... 

So, jadi la tajuknye #throwback#. Coz citer dh lepas..
But still..setiap satu gambar ni, menyentuh perasaan... 


Nurin Safiyah - Alhamdulillah.. Dalam usia 7 tahun dah lengkap solatnya. Kalau terlewat/tertinggal dia akan qada' tanpa disuruh. Surprisingly, Nurin dah tau 'masbuq and sujud sahwi juga.. Syukur. Moga jadi anak Solehah.

Menjalani rutin bersama anak2 di saat ayah tiada di sisi.. Cooking, Picnicking, Baking, Jogging, Arts..etc..etc
Manfaat & hargai waktu2 Bersama...
Selalu g vacation kite2 aje this time kte angkut Cik Mimi n Uncle Mat.
Mmg best @Pullman Putrajaya. Kebetulan umi dpt special rate time tu. =)

Mereka yang sering menceriakan... Ukhwah yang terbina, moga kekal hingga ke Syurga.
Adik2 KTC yang sentiasa dekat dihati.

Masa ni kat Klate.. Restoran Wau.. Mmg cantik tempatnya..mknn pun not bad..cuma service kureng sket..
Anyway, we really enjoy it! p/s: mana tah tiqah time ni
Old time pics... i love it!



Tuesday, May 21, 2013

LASAGNA & BREAD PUDING

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi...

Jam dh pukul 4pagi... Waktu tido dh berlalu. Ape saje yg umi buat ni?
Terapi Stress / Nerves.. =)

Umi wat projek dapur lagi. Kali dgn Cik Qah, 2 resepi lagi you...
Meh intai...

Lasagna & Bread Puding!
Hihi... sbnrnye.. nerves sket lately.. Ianya semakin hampir. Dan umi agak neves coz dh lama tk handle program.. This time bertaraf INTERNATIONAL. Esok byk perkara yg nak diperincikan menjelang event sbnr awal bulan 6... Moga diberi kemudahan utk sgla urusan..

Ada satu lagi yg buat umi neves juga... "Eh, you takde facebook ke? Kena add la.. I suka share mcm2 kt facebook. Senang nk tag...", ujar Boss umi tghri smlam..
"Ada Prof...cuma Prof belum add", jawab K. Liyana bg pihak...
"Kena add la...", tambah Prof.
(Dalam hati, "bukan taknak add, segan nak add boss",.. nampak gaya kena la add boss pasni... (=._.=)...)

Ok semua...nak solat sket n tido jap... oh, jgnla telajak...

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR BROTHER.. Fakhri Hafiz!!! Hihihi.. mehle, kakak dh wat mcm2 ni utk Besday Hafiz... Moga Dirahmati Allah & Bahagia Dunia Akhirat. Ameen



Sunday, April 28, 2013

VISIT MELAKA

Assalamualaikum wbt...

Umi janji nk share ttg trip kami ke Melaka kan? So disini umi tunaikan... Alhamdulillah.. Seronok sgt!
Awal pagi sumer dh bangun... Sambil bersiap tu, smpat pula auntie Nazirah hadiahkan buat umi baju kurung hitam..bermanik penuh.. Menawan sgt! Terima kasih auntie Nazirah. terharu sungguh.

Jam 9 pg sume dh bersedia nk bertolak. Auntie Nazirah tinggalkan kete kt Exit Ayer Itam...supaya balik nnt tk perlu umi masuk smpai ke rumah..
Kami sume pakai serba hijau.... Oh ya tujuan ke Melaka ni sbnrnya nk teman Auntie g kenduri kawin sepupu dia... Sambil tu, bolh la bwak anak2 jalan...

Lebih kurang 10.30 pg kami dh merangkak masuk Negeri Melaka.. Adoi, jammed tak yah cakap la.. hujan lebat jg time tu... Namun, keadaan masih terkawal.. Kira-kira 11.30pg kami baru dapat masuk Bandaraya Melaka.. sedia maklum juga, jammed..huhuhu. Sementara menunggu khabaran utk berkumpul utk 'menghantar pengantin'.. kami sempat berhenti kejap... Naik Beca.. (RM20/seround/beca -->mahal jga =(... Kami amik 2 beca... ) Tp ok, la anak2 seronok...mak anak2 pun seronok gak..lama dh tk naik beca. Dlu slalu naik kt Kelantan... Ktorang smpat la bgambar di beberapa tmpat bersejarah. Dsbbkan kami bekejar dgn masa... so amik gambar semata. tk smpat la nk bercerita dgn anak2...
"Amboi..naik beca.. bestnyer.. Kalau abg ada mesti lg best.. Nnt kta cari masa g sama..", sms dr ayah masuk sedang kami sibuk bergambar... Laporan semasa menjadi rutin bila kami berjauhan. Tersenyum sendiri ummi..ameen...disudut hati.



Jam 1ptg..kami dh berkumpul di hadapan hotel utk bergerak ke rumah pengantin, ada la dlm 6/7 buah kereta... Serba kuning pengantinnya.. Hujan masih renyai... Ain ikut Auntie Nazirah dulu.. Nurin teman umi, coz Sajidah tidur... Badannya pun dedar..mcm nk demam.. adui, nasib ada ubat. Cepat2 umi suapkan ubat bila Sajidah terjaga. Kami lunch di rumah pengantin. Lebih kurang jam 4 ptg, semua bersiap utk balik.. "Jom pi pekena coconut shake dlu", cadang K. Tah (kakak kpd Auntie Nazirah).. Sepakat utk pekena coconut shake tersedap in Melaka Town... (Excited juga umi coz ada suarakan pd ayah beberapa hari lepas... teringin nak minum coconut shake...-Alhamdulillah, bakal tercapai..) First impression.. SGT KAGUM!!! Bisnes coconut shake shj.. siap ada 'drive-tru' kaunter ok... masuk dalam sket baru la jmpe restoran dia.. Herm, sgt penuh dgn orang & sgt besar tmpatnya.. Ahh...umi malas nk citer pnjang..sila tgok je link ni yang menceritakan ttg kehabatan COCONUT SHAKE KLEBANG.



Alhamdulillah... dpt jg minum coconut shake... =). Ok, dh siap makan n minum.. Masa utk berangkat pulang.... Jam 6 ptg jg la kami bertolak... (Dlm hati, alamak kesiannya ayah.. umi masih kt melaka ni..)

Dalam perjalanan keluar Melaka, kami sempat jg singgah ke PC FAIR... sempat jg umi beli Power Bank.. Beli 1 free 1 lagi.. Rezeki.. Auntie Nazirah pula beli Tab.. Mmg berbaloi la.. kebetulan mlm akhir, byk yg tgh melelong barang..

Lebih kurang jam 11.30mlm baru kami selamat smpai rumah... Ayah dh menanti dgn sabar.. "Maaf abg, lewat. Jalan jammed n biasalah jalan ikut orang ni... ", ucapan pertama umi sebaik bersalaman dgn ayah..
"Takpe...abg faham..cuma risau ayg penat. esok nk keje...", terang ayah prihatin..
"Kan wonder woman...harapnya ok la...hihih =), balas umi masih smpat berseloroh..

Begitulah perjalanan kami.. Penat juga, jalan dgn anak2 yg mcm karenah.. tp seronok! Insha Allah ada kesempatan kta ronggeng lagi...

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR ADIK!!!

My Dear Adik... Afifah..

Having dinner with family kat Haza Bistro, KB.
HAPPY 16th BIRTHDAY TO YOU MY DEAR!!!
on 28th April 2013 
May Allah bless you always... 
Love you and always pray for the best
Good luck in everything you do.

Monday, March 4, 2013

Syukur!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani............

Selamat Mengingati Mati Istimewa untukku......
Kerana semakin bertambah usia 
Beerti semakin hampir hari Pertemuanku dengan Mu Ya Rabbku

Ya Allah 
Semoga dengan pertambahan usiaku
Seiring dengan pertambahan Amalku
Seiring dengan peningkatan Taqwaku
Seiring dengan peningkatan Prestasi & Kualiti Ibadahku
Semoga ada keberkatan dalam setiap pekerjaanku..

Sesungguhnya Hidup & Matiku hanya untukMu...



Buat kalian yang menghiasi ruang hidupku... Maafkan segala kekuranganku.. halalkan segalanya buatku.

Friday, March 1, 2013

BULAN KASIH SAYANG - MAC!

Dengan Nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

HAPPY BIRTHDAY NURIN SAFIYAH YG KE-7 TAHUN!


Cepat benar masa berlalu... tiba lagi Bulan Kasih Sayang Kami... MAC! Syukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu lagi... Pembuka kalender Mac diraikan dengan Harijadi Nurin.. Puteri Sulung umi yang Rajin, Bijak & Cumil.. Moga terus menjadi anak Soleh, Musleh & Cemerlang!

Biasanya umi akan cuba rancangkan sesuatu sempena Bulan Kasih Sayang ni.. Tak semestinya berjalan jauh / bercuti-cuti Malaysia - (walaupun penghujung Bulan Mac ni biasanya cuti sekolah). Cukup sekadar aktivti outdoor / indoor yg boleh kami sekeluarga ingat & kenang selalu... yg penting kena tengok keadaan... (waktu, kos & juga kesihatan).. Seperti tahun-tahun sebelum ni, umi tak berani menjanjikan apa2 untuk Cuti Sekolah kali ini.. tapi tetap akan rancangkan sesuatu untuk kita sekeluarga. Biasanya konsep yang umi & ayah tekankan:



Buat Syurga & Pari-pari Syurga,
Terima lah seadanya hadiah dari insan kerdil ini, istimewa buat kalian tahun 2013 ini...


Buat semua juga... 
Raikanlah setiap hari sebagai hari istimewa. Dugaan dan Ujian hidup pasti bertamu untuk mengukuhkan lagi dan menambahkan lagi kemanisan sesuatu perhubungan.. Namun, sentiasalah mencari waktu yang manis untuk dikenang bersama suatu hari nanti... Sayang Kamu Semua Juga!!!


Wednesday, November 7, 2012

:: Emak perlu Bijak ::

Assalamualaikum wbt & Salam Tengahari,



Pesan mak ummi masih terngiang-ngiang...
"Jadi Emak perlu Bijak.............." panjang lagi bebelan mak..Namun bebelan itu yg menjadi azimat kini.

Emak kena bijak atur masa utk kerja, rumahtangga, anak2 dn SUAMI pasti nya.
Emak kena bijak fikir menu..yg sihat, mudah dan jimat paling penting Suami dn anak2 suka makan.
Emak kena bijak rancang aktiviti harian, mingguan dan juga special occasion yg bagi manfaat walau msanya singkat.
Emak kena bijak bentang belanjawan dan juga buat kira2 utk keperluan keluarga.

oh..byknya yang Emak kena bijak.. (ummi sendiri masih belum menguasainya..masih dan akanterus belajar & berusaha).

Apepun, para emak2 sekalian itulah Indahnya Allah ciptakan diri kita. Mampu berfikir secara mencapah dan multitasking.. dengan kelebihan inilah kita manfaatkan untuk membantu Sang Suami/Ayah. Mudah2an segala yang dilakukan adalah ikhlas kerana Allah dan mendapat Keberkatan di akhirat nanti.

*********************************************************************************
~♥ Awal pagi pukul 6.15, sajidah dh bangun pastu minta nk makan pisang.. bila diberi, dia cuma nak kopek pisang jer..pastu taknak makan.. 2 biji pulak tu. Pisang pulak jenis pisang yang super montel.aduhai anak. Tergugat juga kesabaran ummi 
awal2 pagi..cepat2 selawat... Ting! ada hikmah juga Sajidah tk nak makan pisang, dptla ummi prepare jemput2 pisang utk bekpes.. Kakak2 dpt juga bawa bekal g skolah. Jadikan masalah sebagai peluang.. Insya Allah akan tenang. Jangan cepat nk melatah/marah. Pesanan buat diri sendiri serta ibu2 di rumah. Senyum-senyum selalu =) ♥~

Wednesday, October 10, 2012

Padanya ada Hikmah

Assalamualaikum wbt & Salam Petang semua...


Alhamdulillah petang yang dingin masih lagi berteleku di ofis.. cuba menyiapkan dan sisa tugasan yang telah ditinggalkan lewat 2 hari lalu...

Alhamdulillah, Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Pertamanya,
Ummi disahkan mengandung pada hari Khamis lepas. Syukur.. Sesuautu yang kami nantikan.. itulah rentetan posting ummi ttg ::Neves::. Agak gementar kerana seperti ada kelainan kali ini...

Keduanya,
Ummi juga disahkan gugur pada hari Jumaat nya (keesokkan harinya).. Seharian tak keruan di ofis-cuba gagahkan diri. Badan mmg sejuk sgt dan tak bermaya. Perut sakit, Allah shj yg tahu.. Bila dikhabarkan pada Ayah, segera ayah bawa ummi ke klinik. Klinik terus refer umi ke hospital.. Mujurlah sesi menunggu yg bermula jam 11.30 malam hingga hampir jam 3.00 pagi dilalui dengan ayah, "Syukur Ya Allah, dikurniakan suami yg begitu memahami & menyayangi".. Bukan sekadar menunggu, ayah meminjamkan tangan yg dilekapkan di perut ummi, malah badannya juga utk menampung ummi bersandar.ummi terharu. Tak berapa lama kemudian, ummi tak mampu nk bertahan, nyaris pitam di ruang menunggu, barulah ummi diminta baring di katil. Alhamdulillah.. Hasil pemeriksaan Dr, mmg janinnya dh 'turun'. Dr nasihatkan banyak berehat. "Jangan sedih ya sis.. orang terpilih shj yg melalui keadaan mcm ni.. Hikmahnya ada seseorang dh menanti kita di pintu Syurga nanti.."pujuk Dr muda/pelatih. "Terima kasih Dr. Insya Allah, mudah2an.." balas ummi lemah.
Sekilas teringat..benar, ummi pernah terfikir begitu bila dikhabarkan ada sahabat2 yg mengalami masalah keguguran. "bertuahnya insan ini ada insan kecil dan suci telah menanti di pintu Syurga, teringin juga seperti itu"..
<Penghargaan istimewa ummi khususkan buat ibu yg membantu menjaga Nurin, Ain & Sajidah sepeninggalan ummi dan ayah ke hospital. Terima kasih kakakku..Moga Allah membalas segalanya>

Ketiga,
Syukur Alhamdulillah.. ummi sempat menyiapkan dan melancarkan page biz yg dah agak lama ummi peram.. Pada mulanya biz yg ingin dilakukan bukanlah penjualan produk tapi lebih kepada servis namun atas beberapa kekangan, umi tangguhkan dulu biz servis yg ummi cadangkan pada Tok. So, ummi lancarkan biz produk dan servis percutian/umrah.. Jemputlah melawat page dan 'like'. Mudah2an dengan usaha yang kecil ini mampu menjadi batu loncatan untuk sesuatu yang lebih besar di masa hadapan.

https://www.facebook.com/MuslimahBeautyHouse?ref=hl

oklah...malam ni ada Perasmian Festival Konvo. Katanya ada Siti Nurhaliza.. owh, itu bukan niat utama ummi utk menerjah ke tapak pesta....paling utama nak berjumpa dengan adik2 ummi yg dah lama tak berjumpa... aduh, rinndduuunya pd kalian... harapnya dptlah kita berkumpul lagi... ;)

[Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tiadak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kisah yang tidak ada manisnya. MUngkin kita lupa, Tuhan itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manusia, Dia menyisipkan Kasih-Nya. Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama Hikmah!]

 New books for me n hubby-Padanya Ada Hikmah,for kids-Gabungan Cerita Jejak-jejak Rasul Pilihan.. Accidently bought but truely Worth! 

Friday, September 28, 2012

Masih Di sini!

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat yang Indah lagi Barokah.

Alhamdulillah, pagi ini dibekalkan ilham..dibukakan hati untuk ummi terus menulis di sangkar ini. Maaf kerana agak lama menyepi. Beberapa entri telah terkarang sebelum ini namun sudahnya menjadi draft semata.. Insya Allah namun ummi tak berani janji utk kongsikan. Bermula dengan perjalanan Akhir Ramadhan menuju Syawal 1433 yang cukup Indah.. (syukur padaMu).. Akhir Ramadhan cuba dimanfaatkan sebaik mungkin, kembara malam mencari Lailatul Qadr, Alhamdulillah dapat dilakukan. Dan Syawal seolah berlalu dengan begitu pantas. Perancangan yang disusun juga Alhamdulillah hampir semuanya terlaksana. Malah perancangan ad-hoc juga sempat dilakukan-perjalanan dari Kelantan ke Penang sempena meraikan kehadiran bakal mujahidah baru dalam keluarga besar kami.. Khadijah Amani bt Ahmad Zuhair. Tahniah buat Cik Da.. Yang pasti anak2 lah paling gembira, selain berjumpa embah, tok, dan makcik2 serta pakcik2 sedara dpt juga berjumpa sanak saudara yang lain.. Rutin Lebaran yang masih diamalkan.. 


Lil Sweetie - Khadijah Amani
(pipi labuh dan mulut tercongek tu mmg iras mamanya-Cik Da la tu..)

Aha... Syawal kali ini juga ummi berjaya membuat lagi satu rekod peribadi baru, yang ummi sendiri tidak menyangka... Ummi berjaya memasak untuk 400 org!!! sempena Rewang Raya kolej KTC.(hihi... tu la ada bijak pandai berkata, kita takkan tahu keupayaan diri kita sendiri sehingga kita mencabar diri utk melakukan sesuatu...) nyata ada benarnya. Ummi masak sup soto ayam & ayam masak merah.. Alhamdulillah.. licin sumenye.. tak cukup pula.. Kesian  tgk adik2 yg tak puas makan.. Specially AJK la, yg sanggup berkorban tak tido dan juga tak makan dulu..supaya kawan2 yg lain dpt makan. So, esoknya ummi jemputlah pula adik2 AJK ke rumah.. Sambung lagi satu sesi masak2 dan makan2.. Alhamdulillah.. Ummi seronok bila tengok adik2 seronok. 

Perkembangan anak2.. ALhamdulillah.. Ummi sangat2 bersyukur dengan kehidupan yang kita telah punyai-dikurniakan oleh Allah swt.. Melaluinya, kita sama2 mempelajari dan menyusuri kehidupan dengan lebih matang. 
Nurin: Dah semakin matang. Skill membaca juga semakin lancar. Syukur. Cikgu di sekolah sering puji Nurin kerana sikap 'cool' dia.. dan dah boleh diharap utk bantu ummi utk menjaga adik2. Sering juga Nurin bantu ummi mandikan hingga bedakkan muka adik. Ada ketika, Nurin jugalah yg buatkan susu adik2.. Nurin juga semakin prihatin, pantang kalau ummi kurang rehat, dia akan standby belakang ummi ketika memandu-utk urutkan ummi... ummi terharu. Alhamdulillah. 
Ain: Sikap cheeky nya selalu jadi penghibur ummi dan ayah. Badannya semakin 'sihat'.. mmg dah tak larat nk dukung. Orang yang tak kenal selalu ingt Ain la kakak bila melihat dr fizikalnya. Sekarang Ain dh boleh byk bertolak ansur.. cuma nak kena pujuk dgn berhikmah. Ain juga tukang basuh pinggan yang pro! dia akan basuh hingga kosong sinki & juga akan lap2 tepi sinki hingga kering... Syukur!
Sajidah: Dah semakin bijak becakap. kamus perkataan juga makin banyak cuma ada masa sukar utk difahami-maklumlah gigi depan takde. Sangat manja dengan Ayah. Kalau sesi menyidai baju, sajidah lah selalunya yg akan jadi volunteer ummi nak tolong. Alhamdulillah.
Syukur..syukur.. Alhamdulillah. anak2 semakin bijak & memahami. Selain itu, mereka jugalah yg membantu mengemas rumah saat ummi sibuk di dapur. Nurin kemas barang berepah, Ain biasanya menyapu.. Kalau dulu, mereka mengemas sekadarnya, namun kini mereka dah pandai utk mengemas agar rumah benar2 nampak kemas & bersih. Terima kasih Allah atas kurniaanMu.
Ummi & Ayah SAYANG kalian! Moga jadi anak yang Soleh, Musleh & Cemerlang! ameen.


Rasanya itu shj dulu.. ummi kongsikan ini buat semua.. Sesungguhnya kita adalah hambaNya dan seorang hamba selayaknya diUji. Maka BERATABAHLAH!. Sayang buat semua! ;p


Monday, June 11, 2012

MONOLOG MALAM SEPI

Bismillahirohmanirohim... Assalamualaikum wbt Sayang...

Minggu lepas dan hujung minggu lepas ada sesuatu yang sedikit menyentuh hati umi. Jumaat tu umi dah mula kena migrain. Terima kasih ayah kerana mengambil berat meski dari jauh. Umi tahu ayah begitu prihatin dan pasti ayah mendoakan keadaan umi kan?

"Ayang buat abang sgt sdih & risau" nada sayu disuara ayah.
"Insya Allah, ayang ok...Allah ada, jaga kami. Kan dah biasa mcm ni..jgn risau..anak2 akan tolong ayang nanti", pujuk umi cuba mengubah keadaan.
"Teruk abang kan? selalu buat ayang mcm ni?" ayah masih rasa bersalah.
"Takde apelah abang... Abg kan tunaikan tanggungjawab. Ayang sentiasa doakan abg semoga sentiasa dalam pelihara Allah swt.. Abg doakan ayg dgn yakin & sabar...bekal buat ayg & anak2.. Insya Allah, kami sentiasa dalam peliharaNya.. Alhamdulillah, byk hikmahnya.. anak2 semakin matang & dah bolh tolg ayang.. setakat basuh pinggan, buat susu ok lah tu... Ayang pun dh boleh jd Wonderwoman!!!" seloroh umi masih berusaha menukar situasi..
"Ye lah..yelah tu sayang... makin sayu abg dgr, kuat semangat ayang walau sendiri kan?"
"Abang ni...org taknak sedih2 la...ayang tak sendiri.. abang ada, anak2 ada paling penting Allah swt tu sentiasa ada dalam diri kita kan?"
"Alhamdulillah.... syukur..syukur.."..............

Sebahagian dari komunikasi melalui telefon antara umi & ayah di petang Jumaat yang syahdu. Ditambah pula beberapa peristiwa selepas itu, agak mencuit ketenangan umi. Bila terjadi keadaan seperti itu, seperti biasa umi akan senyap dan duduk bermonolog sendiri. Semak semula keadaan diri, "Apa dosa aku ya, dimana silap ku?" "Apa yang Allah sedang nyatakan padaku/tunjukkan padaku".. Bila duduk berfikir sendiri selalunya sukar utk temui jawapan di sebalik kejadian yang berlaku. Dan seperti biasa.. Umi akan menyendiri di malam hari.. bermonolog dengan Pencipta Yang Maha Agung.. dan pada umi inilah satu-satunya saluran yang paling tepat utk kita luahkan segala-galanya.. bukan di fb, blog, tweeter mahupun pd org2 disekeliling kita. Bukanlah pula tak boleh bercerita tapi, kita perlu fikirkan juga apa sebenarnya tujuan kita bercerita? Utk diri sendiri atau utk kebaikan bersama? Bila niat kita bukan utk diri kita.. Insya Allah pasti hikmah akan datang. Namun, jika tujuannya hanya untuk kepuasan sendiri, maka kita akan dpt juga kepuasan sendiri namun, akibat dari kepuasan itu juga akan datang sekali. (Ah, ngomelan fakir diri umi ini, hanya sebagai peringatan diri sendiri juga). Usai berteleku sendiri.. seperti biasa umi akan buka KalamNya. Buka je Al-Quran, Surah ini yang dihidangkan buat umi:



Alhamdulillah, terjawab segala persoalan. Jiwa tenang & hati senang... Insya Allah


Wednesday, April 4, 2012

PERJALANAN MAC2012

Assalamualaikum wbt & Salam Rindu..

Sekian lama umi menyepi...Sangkar kita terbiar sepi. Tanpa celoteh dan perkongsian cerita. Biarpun ianya sepi tanpa bicara, namun pelbagai peristiwa yang terjadi sepanjang tempoh itu. Ada suka ada juga dukanya..Asam garam kehidupan. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah swt. Masih diberi kudrat, kebahagiaan yang amat manis buat kami.

1 Mac 2012
Mac, berlalu begitu pantas. Bermula dengan sambuatan Hari Jadi Nurin & Ain. Umi rangkumkan pada hari yang sama. Celebrate di sekolah. Malam sebelumnya umi & ayah sakan siapkan goodies utk kawan2 sekolah Nurin & Ain, hingga lewat malam. Alhamdulillah... jarum jam mencecah angka 2pagi barulah semuanya selesai. Goodies disusun rapi dalam bekas untuk mudahkan angkut & agih esok. Selamat Hari Jadi Nurin Safiyah ku.. Moga menjadi srikandi solehah, bahagia dunia & akhirat. Doa umi & ayah sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.



4 Mac 2012
Sekali lagi sambutan Hari Jadi diadakan. Cadang mulanya nak buat antara kita2 je..1 family. Kehadiran Cik Ili & the lil ones sgt mengujakan... Thanx a lot utk hadiah2 yg bermacam2..siap dpt hamper lg... Thanx a million buat zauji habibi... pertama kali menghadiahkan sejambak fresh flowers buat umi...3 kuntum bunga ros. Kata ayah, "Tanda dh masuk 3 series..& nombor 3 yang misteri utk family kita!"... Thanx my dear! Ada lagi umi simpan...sayang bangat nk dibuang. Bukan senang tau ayah nk bg hadiah... Tapi, susah2 ayah pun..so far setiap kali bday umi tak pernah la miss utk bg something pd umi.

Esoknya, umi pakat dgn officemate umi yg kebetulan kami berkongsi tarikh besday yg sama...K. Rosnaiti. Belanja officemate besday kek.. ALhamdulillah, licin..habis!
Malamnya pula, kehadiran adik2 kesayangan mengujakan umi juga. Lama dah kami tak gathering n berjumpa.. So, umi ambil kesempatan ni utk wat mini gathering.. Alhamdulillah, misi tercapai.. Thanx a lot dgn hadiah dr adik2.





10 Mac 2012
Bersempena Cuti Sekolah IDB (Institut Bio Produk) UTM, anjurkan Kids Worksyop = 1 hari! Memang best & anak2 enjoy sgt. Umi pula ambil tapak Car Boot Sale...Alhamdulillah, hasil jualan tak menghampakan. Rasanya LA pun patut la buat aktiviti mcm ni... Seronok!







18 Mac 2012
Plan jalan-jalan umi sempena Cuti Sekolah kali ni mmg tak jauh. Kami ke Air Terjun Kota Tinggi! Sewala 5.30 pagi lagi umi dh bangun! Alhamdulillah, terlaksana hajat kami utk solat subuh berjemaah di Masjid Pulai Perdana berdua (ketika anak2 masih lena diulit mimpi, kami tinggalkan seketika 3 beradik di rumah). Usai solat, umi pun gigih siapkan bekalan, Nasi Lemak, Sandwiches & Air Milo. Ayah pulak tekun tolong umi sidai baju. Sambil siapkan nasi lemak, umi siapkan bahan2 utk buat sanwic. Bahan dah siap, ayah mula menyibuk kat dapur..nak tolong. Alhamdulillah sandwich kali ni adalah hasil air tangan ayah sebahagiannya. So, kerja di dapur selesai lebih cepat & umi packing barang2 dlm bakul. Siap 1 bahagian, kami bertukar ke bahagian lain pulak. Umi siapkan beg pakaian. (sure terliur nak mandi nanti...) Ayah pulak kemaskan kereta. Sambil2 siapkan barang2, princessia umi bangun. So, terus la naik kereta. Perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam, melewati lebuhraya Senai-Desaru. Tiba je di sana kami menjamu selera dulu. Masing2 dh kelaparan. Selesai makan, barulah kami masuk ke tempat air terjun. Agak mengejutkan bila tengok air terjun..dah tak seindah beberapa tahun lalu, waktu umi selalu ke situ. Airnya dh semakin cetek. Susah juga nk cari port yg sesuai..maklumlah hujung minggu. Tp Alhamdulillah, dpt juga satu tmpat yg ok. so kami bentanglah tikar & letak beg. Anak2 dh teruja & tak sabar nk main air. Umi biarkan ayah dengan princessia bermain air dulu.. Selang beberapa ketika, umi pergilah jenguk takut2 ayah hadapi kesukaran nk mengawal 3 org princessia. Sangkaan umi meleset..bukan main gumbira 4 beranak main air. Ayah berkali2 mengajak umi turun... sambil buat aksi2 yg sengaja nk suruh umi rasa terliur nk turun juga...Akhirnya umi cair, ayah mmg hebat dlm bab memujuk.. Seronoknya bila dapat duduk bersama, 5 beranak..atas batu sambil air menyimbah badan.. Sejuk, masih sejuk airnya...cuma tak sebanyak dulu... Hampir sejam kami bermain air.. Umi minta diri dulu, naik ke atas. Risau juga dgn barang yg ditinggalkan. Bila umi nk naik, anak2 pun sume nk naik..so kami semua naiklah juga bersama. Sambil umi menyiapkan anak2 tukar pakaian, sandwich ayah jadi santapan. Lapar semula setelah bermain air. Perkelehan berakhir lebih kurang jam 1ptg... Kami pun bergerak pulang.. Jelas riak gembira walau dalam kepenatan terbayang dimuka.. Alhamdulillah, hadiah buat anak2 yg berperangai baik & selesai siapkan homework. "Lain kali kita dtg lagi tmpat mcm ni ey umi.."ain mencelah tatkala umi & ayah rancak berbual dlm perjalanan pulang. "Insya Allah...", serentak umi & ayah balas... =0







21 Mac 2012
Selamat Hari Jadi Ain!!! Awal pagi lagi umi dh ucapkan buat Ain. "Ain dah besar, tak boleh merengek je lagi...tau" pesan umi sambil menyiapkan ke sekolah. Takde sebarang sambutan Hari Jadi yg dibuat pd hari ini. Tp umi buat ketika ke KL pada 24/3/2012 yg lalu. Kebetulan ayah ada kerja..so kta teman ayah ke KL. Dapat jugalah ziarah Nek Zan & Tok Mis... Biasalah, anak2 mmg seronok sakan bila dapat berkumpul ramai2.. Alhamdulillah, mission accomplished! Umi dapat temankan ayah realisasikan tugasnya untuk bertemu bakal mutawifnya walaupun dh agak lewat; jam 9malam kami baru bergerak membelah lebuhraya ke Ampang. Habis kerja pun, dah pukul 12 pagi.. Sampai Putrajaya dah pukul 1 pg lebih. Pukul 2 pagi baru kami bergerak balik dr KL-JB. Terima kasih tak terhingga untuk Nek Zan & Tok Mis.




28 Mac 2012
"Selamat Ulangtahun Perkahwinan Wahai Isteriku, Teman Dunia Akhiratku........................................"  panjang sms dari ayah. Sengaja dikirim sms juga walaupun dh ucap secara verbal. Katanya lebih manis.. "Boleh simpan. Nnti, kalu majok2 dgn abang, bacalah sms tu... harapnya boleh tenang semula", usik ayah di malam anniversary kami. Alhamdulillah, syukur yg amat padaMu Ya Allah, dikurniakan suami yg begitu penyayang, romantik, sopan santun, lemah lembut, membantu & sabar untuk kami bersama2 mengemudi hidup di dunia, mentarbiyah diri & hati agar mampu menjadi suami isteri & ayah umi yg Solehah...ameen.


31 Mac 2012
Sanah Helwa Ya Jamil Ya Zauji Habibi.... 39 tahun sudah umurmu. Walau tak dapat raikan bersama pada 31hb tu..kami dapat raikan juga bersama pada 1 April 2012.. bersama PIL di Simpang Renggam. Agak menyentuh hati juga bila Abah bacakan doa sebelum kek dipotong. Panjang lebar doanya. Begitulah pastinya harapan Abah buat Zauji. Doa diaminkan. Melihat scene ayah potong kek depan mak & ayahnya...  juga agak tersentuh. pasti ada sesuatu yg bermain di benak mak & abah.. Mudah2an doa mak & abah sentiasa bersama Ayah. Umi hadiahkan sebuah travelog buat ayah... mudah2an Ayah dapat kongsi catatan perjalanannya di Tanah Suci nnti. (Gambarnya dlm kamera...kameranya ayah dh bawa ke Tanah Suci, so nnti umi update kan).

4 April 2012
2 Pagi...ayah berangkat ke Tanah Suci.. 2 hari sebelum ayah berangkat.. kami habiskan masa bersama. Sebaik mungkin. Umi ajak ayah pulang ke Kg..berjumpa mak & abah, sempat jga raikan harijadi ayah, mohon restu & doa, ..agar perjalanannya dimudahkan & diredhai... Syahdu bila terkenangkan detik2 sebelum ayah berangkat. Hari-hari kami terasa begitu singkat..sedang waktu utk berpisah kian dekat...perbualan kami byk berkisar ttg nasihat...kata2 manis penuh hikmat...dari suami buat isteri yg dikasihi amat... agar sabar & kuat... meniti hari2 yg panjang tanpa suami yg sentiasa diingat...moga kepulanganmu nanti membawa seribu nikmat...Selamat Berkelana Suami Tercinta... Tak terluah rasa dihati, biar sahaja ia menjadi doa dimalam sepi..

"Terima kasih sayangku, hadir dlm hidup abg, menjadi penyeri, membawa sinar ketenangan. Moga perkahwinan kekal hingga ke Syurga..Abang sgt sayang ayg.." 
Gambar dirakam pada 2.25pg : 4 April 2012: Sebelum berangkat.