Showing posts with label Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Rujukan. Show all posts

Monday, January 20, 2014

~Merotan & Memukul Anak, Wajarkah kita?~



Memukul atau merotan merupakan hukuman fizikal. Ibubapa yang menggunakan hukuman fizikal bertujuan menghentikan kerenah anak yang tidak baik. Walaupun terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa hukuman fizikal ini kurang berkesan malah mendatangkan implikasi yang negatif, tapi bagi saya, masih ada situasi tertentu di mana ibubapa perlu jugak merotan anak sebagai hukuman, terutamanya dalam perkara yang membabitkan hukum syari’ah. Dalam solat misalnya, Nabi Muhamad (saw) pernah berpesan supaya mengajar anak bersolat ketika berusia 7 tahun dan merotan(memukul) anak yang tidak bersolat ketika mereka berusia 10 tahun. 3 tahun ialah jarak masa yang diambil untuk mendidik anak bersolat melalui tunjuk ajar dan nasihat yang baik. Dalam masa 3 tahun ini sepatutnya sikap anak boleh dibentuk secara positif. Sekiranya mereka masih berdegil, maka ibubapa boleh merotan sebagai usaha terakhir dalam mendidik mereka menunaikan kewajipan terhadap Allah. Ketika anak-anak berusia 10 tahun, mereka telah mencapai tahap mumayyiz yakni boleh membezakan di antara perkara yang baik dan tidak baik. Mereka boleh memahami bahawa hukuman rotan yang diterima adalah di atas sikap degil dan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun begitu, sekiranya ibubapa mempunyai cara yang lebih efektif, elakkan dari mengenakan hukuman fizikal terhadap anak-anak.

Adakah cara selamat untuk merotan atau memukul?

Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan yang buruk jika dilakukan oleh ibubapa yang “authoritative” dibandingkan dengan ibubapa yang “autoritarian”. Hukuman fizikal yang dilakukan sekali sekala oleh “authoritative parents” tidak menjejaskan hubungan rapat di antara ibubapa dan anak-anak. Sebaliknya, jika hukuman fizikal itu dilakukan oleh ibubapa yang autoritarian, ia boleh menjadi batu penghalang kepada hubungan rapat antara ibubapa dan anak-anak yang mengakibatkan semakin sukar bagi ibubapa untuk mengenali dan mendidik anak-anak mereka.

Sebelum mengenakan hukuman fizikal ini, ibubapa wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap anak-anak. Ibubapa juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka dengan anak-anak.Sekiranya anak-anak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibubapa (closed bonding), maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak-anak.Sebaliknya jika ibubapa tidak begitu rapat dengan anak-anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak-anak terganggu seperti menyimpan dendam, marah dan sebagainya.

Ibubapa perlu meneliti, samada hukuman fizikal itu dilakukan secara reflex atau secara terancang. Hukuman fizikal yang terancang ialah ibubapa mempunyai peraturan yang tertentu misalnya anak-anak wajib menunaikan solat lima waktu, andainya anak-anak tidak mengikut peraturan tersebut maka mereka dikenakan hukuman fizikal. Pastikan anak-anak memahami peraturan dan tahu akibat dari kedegilan mereka, mereka akan menerima hukuman fizikal. Di sini, anak-anak diberi pilihan samada mengikut peraturan atau menerima hukuman. Manakala hukuman fizikal secara reflex pula ialah yang berlawanan dengan hukuman fizikal terancang, tidak ada peraturan yang dibuat, asal anak buat kerenah saja, ibubapa terus mengenakan hukuman fizikal. Istilah yang biasa kita gunakan ialah ringan tangan. Ringan tangan di sini bukan bermakna rajin tapi cepat sangat menampar anak. Pantang silap sikit, anak-anak mesti kena, mungkin kena penampar, mungkin kena cubit dan sebagainya. Inilah cara pendidikan yang kurang berkesan kerana anak-anak kerap akan mengulangi kerenah yang sama. Setiap kali ibubapa mengenakan hukuman fizikal, pastikan kita memberi penerangan kepada anak-anak kenapa mereka dipukul dan sebagainya. “Highlight” kan kelakuan anak-anak yang tidak dapat kita terima. Buat peraturan tentang perkara itu dan beritahu anak-anak, mereka akan menerima hukuman yang sama setiap kali mereka berkelakuan begitu.

Ibubapa juga harus memastikan bahawa mereka tidak dalam keadaan marah ketika hukuman fizikal dilakukan. Sekiranya kita merotan atau memukul dalam keadaan yang marah, mungkinterjadi kes penderaan. Orang yang dalam keadaan marah tidak dapat mengawal emosi dengan baik, dan melepaskan ledakan emosi kepada anak-anak melalui hukuman fizikal. Sekiranya disedari bahawa hati kita tengah panas, eloklah kita elakkan diri daripada anak-anak sehingga kemarahan kita reda.

Ibubapa seharusnya tahu bagaimana cara merotan yang selamat dan tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak. Merotan anak-anak di tempat yang kurang sensitive seperti tapak tangan. Jangan sesekali memukul dibahagian muka atau di tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya seperti di kepala atau perut. Pukulan yang diberikan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi pengajaran kepada anak-anak agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Sama seperti kita menjaga anak-anak daripada kecederaan fizikal ketika merotan atau memukul, begitulah juga kita harus menjaga anak-anak daripada kecederaan emosi. Jangan merotan di khalayak ramai atau di depan kawan-kawan sehingga memalukan mereka terutama pada anak-anak remaja.


Sebagai kesimpulan, selain dari hukuman fizikal, masih terdapat banyak bentuk disiplin yang lebih positif dan efektif. Hukuman fizikal mungkin sebagai langkah terakhir apabila cara-cara disiplin yang lain tidak berkesan dan hendaklah dilakukan dengan cara yang paling selamatagar tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak baik dari segi fizikal atau pun emosi.

Credit : http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2012/06/merotan-anak.html

Tuesday, May 21, 2013

LASAGNA & BREAD PUDING

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi...

Jam dh pukul 4pagi... Waktu tido dh berlalu. Ape saje yg umi buat ni?
Terapi Stress / Nerves.. =)

Umi wat projek dapur lagi. Kali dgn Cik Qah, 2 resepi lagi you...
Meh intai...

Lasagna & Bread Puding!
Hihi... sbnrnye.. nerves sket lately.. Ianya semakin hampir. Dan umi agak neves coz dh lama tk handle program.. This time bertaraf INTERNATIONAL. Esok byk perkara yg nak diperincikan menjelang event sbnr awal bulan 6... Moga diberi kemudahan utk sgla urusan..

Ada satu lagi yg buat umi neves juga... "Eh, you takde facebook ke? Kena add la.. I suka share mcm2 kt facebook. Senang nk tag...", ujar Boss umi tghri smlam..
"Ada Prof...cuma Prof belum add", jawab K. Liyana bg pihak...
"Kena add la...", tambah Prof.
(Dalam hati, "bukan taknak add, segan nak add boss",.. nampak gaya kena la add boss pasni... (=._.=)...)

Ok semua...nak solat sket n tido jap... oh, jgnla telajak...

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR BROTHER.. Fakhri Hafiz!!! Hihihi.. mehle, kakak dh wat mcm2 ni utk Besday Hafiz... Moga Dirahmati Allah & Bahagia Dunia Akhirat. Ameen



Sunday, April 28, 2013

Travel With Kids Again : Some Good info

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih...

|Sabtu |
Awal pagi umi dh bangun. Siapkan Nurin ke sekolah. Ada sekolah ganti. Adik-adik masih tidur.
Balik dari hntar Nurin. Cik Qah dh bersiap nk ke tempat kerja. Hntar la Cik Qah pula. Balik hntar Cik Qah, adik2 dh bangun. Siapkan semuanya dn hntar pula Ain & Sajidah ke nursery. 
Lepas tu, ummi balik ke rumah lagi-masukkan kain baju dlm mesin basuh & sidai baju sementara tunggu temujanji dgn K.Sha (tukang urut) jam 10.30 pg. Tepat 10.30, umi dh terpacak dpn kedai utk berurut-lama dh tak urut/aerobic/bekam.. badannya jd berat dn agak bisa2. K. Sha belum smpai, so umi ke kedai dpan cuci mata tgk tudung dn dress baru2.. Tak lama lepas tu, dpt msg dr K. Sha "Nurul, akak dh samapai..meh le"... Usai berurut, ummi ke ofis sekejap, tgk kontraktor yg sedang renovate ofis. 
Tak lama, dh pukul 1, terus ambil Cik Qah. Terus ke nursery ambil anak2. Tiba rumah, sambung mengemas lagi.. 
Nak tinggal rumah, ummi akan pastikan (azimat Tok menjadi pegangan):


  • tiada kain baju lembap yg tidak bersidai.. 
  • tiada sisa makanan dlm periuk / atas dapur, 
  • tiada pinggan mangkuk periuk kotor yg belum basuh
  • tiada sampah yg belum dibuang. paling penting ni tong sampah mesti kosong.
  • walau satu hari nk tinggal rumah, tetap umi pastikan semua tu selesai. 
  • Disebabkan balik nnt dh hari ahad, so umi siapkan terus baju2 sekolah & beg2 sekolah anak2.

ALhamdulillah..selesai...baju2 pu dh siap di packing.
Jam 4.40 ptg, usai solat Asar, umi & anak2 bersemangat memecah kesibukan lebuh raya utara selatan menghala ke Kluang. Singgah kedai beli bekalan makanan. Jalan sgt jammed sblm tol Skudai. Singgah Petronas, topup 'touch n go' - dgn niat moga urusan lebih dimudahkan. 
Jam 5.45ptg baru lepas tol Skudai. Hujan lebat juga di awal perjalanan.. Alhamdulillah, semakin redup dipertengahannya dan reda bila umi tiba di persimpangan exit Simpang Renggam.
Lebih kurang jam 7.15 mlm kami selamat tiba di rumah auntie Nazirah yg begitu teruja menunggu kehadiran kami,,, 

Sedikit tips utk emak berjalan jauh dgn anak2 shj:



  • Pastikan kenderaan dalam keadaan yg baik. (perkara asas yg perlu disemak: tayar, muatan barang-tidak berlebihan, air coolen, tempreture, minyak keter).
  • Mulakan pemanduan/perjalanan dengan doa. Minta anak bacakan doa & diaminkan ramai2..
  • Pastikan anak2 kenyang sblm mula perjalanan. Standby kan juga sedikit bekalan makanan yg agak2 cukup utk smpai ke destinasi.
  • Pastikan keadaan tempat duduk yg selesa. Seelok2nya posisi tmpat duduk berbaring agar mereka mudah tidur.
  • Pastikan duit yg cukup ada dalam beg duit sblm masuk highway/mulakan perjalanan. (elakkan ambil duit di pertengahan jalan).
  • Makesure juga bekalan ubat yg asas dibawa bersama.. Nurin asthmatic so ubat yg mesti ada; demam, selsema, batuk, asthma. kalau anak jenis mudah muntah, bawa skali ubat tahan mabuk.
  • Pastikan hp mempunyai kredit sekurang-kurangnya RM10 atau line telefon tidak dipotong - utk yg menggunakan line = hp boleh guna kalau berlaku sebarang kecemasan dan boleh maklumkan berita perjalanan dari masa ke semasa.
  • Kalau ada kemudahan cd player, elok sediakn beberapa cd utk mereka tonton. Seeloknya cd yg membina - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=408005662640567&set=pb.254389641335504.-2207520000.1367083780.&type=3&theater
  • Usahakan agar ruang duduk anak2 tidak begitu sempit.
  • Elakkan anak2 kecil (kurang 10 tahun) duduk di sebelah pemandu - co driver. Ini bagi mengelak sebarang pergaduhan atau perebutan yg boleh menimbulkan kekecohan.
  • Usahakan agar anak2 memakai pakaian yg bersesuaian. Kalau sejuk, standby sweater.
  • Pastikan anak2 yg kecil dh dipakaikan pampers. Dn pampers spare juga ada diluar-tmpat yg mudah utk dicapai.
  • Pastikan juga 'wet tissue' cukup spnjang perjalanan. Wet tissue ni sgt berguna utk lap tangan slps mkn, bersihkan anak2 kecil yg masih guna pampers, bersihkan makanan/air yg tumpah.
  • Bekalan makanan/minuman/hp/beg duit/brg utk membuat susu (bg anak2 yg masih menyusu botol) diletakkan di tmpat yg mudah dicapai namun selamat.
  • Jangan sekali-kali berhenti di lorong kecemasan kecuali sangat perlu. Andai perlu berhenti utk membuat susu contohnya, berhenti dan buat susu dlm kereta. Elakkan dari keluar kereta. (make sure barang2 spt bekas air, bkas air panas, susu di tmpat yg boleh dicapai. biasanya umi letak dlm bakul dn ditmpat letak kaki co-driver. dlm ni juga mcm2 makanan stdby ada.. hihihi =)
  • Andai perlu keluar kereta, usahakan agar berhenti di RnR yg ramai org dan kwsn cerah. 
  • Kalau berhenti utk bersolat, Pastikan anak2 juga dibawa bersama. 
  • Jangan sekali-kali tinggalkan anak2 dalam kereta sendirian samada kereta dalam keadaan hidup atau mati.
Begitu serba sedikit, kalau sahabat ada nak tambah, bole komen.

Berkejar juga ummi mandi & solat.. 
Usai solat, Auntie Nazirah dh prepare dinner.. Sedappnyer!!! Tomyam ayam, ayam masak kicap & telur dadar.. Bertambah2 anak2 ummi makan.. Makan nasi putih panas2 pulak.. Alhamdulillah... 
Selesai kemas dapur sama2, kami layan Masterchef celebrity.. 
Bila anak2 dh tido ummi & auntie nazirah berbual2 sambil semakkan income tax ummi.
Jam 12.40: Auntie Nazirah masuk tidur.. Kesian auntie, batuknya teruk.. Ummi buatkan penawar batuk yg pernah ummi aplikasikan: madu + limau..  




Esok, akan bermula satu lagi pengembaraan buat kami.. Melaka here we come! =) Nnt ummi share ya!

Moral : Penting ada Redha suami... Pasti Allah mudahkan semua urusan... Alhamdulillah.. =)

Friday, April 19, 2013

SET AL-FURQAN


Assalamualaikum & Salam Petang...

2 minggu lepas ummi ada belikan set Al-Furqan buat anak2 melalui laman ini.
kiddie funtime
https://www.facebook.com/KiddieFuntime
Actually adalah hadiah dari Tok. Tok yang beria mnta ummi belikan hadiah buat anak2 sempena Birthday bulan Mac lalu.. Puas ummi fikirkan, akhirnya ummi decide beli sesuatu yang boleh mana hadiahnya untuk Tok juga dikembali.

Alhamdulillah...reaksi positif dari anak2.. Mereka suka sangat. Terutama Sajidah yang saban hari akan membuat Buku Aktiviti Al-Furqan tu.. Lagu-lagu dalam Al-Furqan juga sangat menarik minat anak2. Dah 2 minggu ni, nampak ada perkembangan yang sangat positif! Ain & Nurin dah semakin lancar membaca tulisan bersambung Hijaiyah.. Syukur!

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat juga inilah juga medium yang telah digunakan oleh ummi Darwisy & Darwisya  mengenali Huruf Hijaiyah.. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan dalam usaha untuk mendidik anak2 menjadi seorang yang celik Jawi / Al-Quran.. Ameen.

Ummi kongsikan emel yang diterima oleh Puan Lina - ummi adik Darwisy & Darwisya.

Promosi Set Permulaan Mengajar Huruf Hijaiyah
Beli Set Al Furqan dan PERCUMA Colourful Puzzle
Set yang mengandungi VCD Al Furqan dengan Animasi huruf-huruf hijaiyah yang dilagukan oleh suara kanak-kanak. Boleh dipasangkan di TV untuk dipertontonkan pada anak-anak kita yang belum mengenal huruf. Huruf yang diperkenalkan adalah yang bertanda. Huruf di TV yang mereka lihat beserta beberapa gambar, akan diulang di buku Al Furqan dan juga di Flashcard Al Furqan dalam set ini.
VCD Al Furqan ini adalah beserta dengan Buku Mewarna Huruf Hijaiyah dengan gambar gambar dari VCD yang diulang di buku ini untuk aktiviti bersama dengan anak.
Didalam Set Buku Al Furqan pula, ada satu lagi VCD Panduan Mengajar untuk ibubapa menyebut sebutan huruf-huruf dengan betul dengan bantuan Ustaz sebelum memulakan mengajarnya kepada anak anda.
**Terhad Selagi Stok Masih Ada
Set Al Furqan ini mengandungi 4 produk iaitu:
1) VCD Al-Furqan
2) Muqaddam Al-Furqan
3) Flashcard Al-Furqan
4) Set Buku Al-Furqan
Untuk produk 
bantuan belajar
yang lain
Jika berminat, sila buat pembayaran ke Maybank 562133001200 atau CIMB Bank 12570000410050 atas nama Mazlina Karim. Penghantaran produk adalah dengan menggunakan poslaju dan cajnya adalah RM9.00 sahaja (Semenanjung Malaysia) tidak kira berapa kuantiti atau berat produk yang dibeli . Untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak RM15.00. Sila emelkan bukti pembayaran ke ipnevent@gmail.com beserta butir-butir dibawah:
1. Nama
2. Alamat
3. Nombor Telefon
4. Produk yg dibayar



Friday, September 9, 2011

:: Dhuha ::

Assalamualaikum wbt Princessia,

Alhamdulillah ketemu lagi di Jumaat yg Berokah ini.. Alhamdulillah juga pagi tadi Early Sem Briefing & Jamuan Hari Raya utk staf Akademi Bahasa telah berjalan dengan jayanya.. Banyak juga pot luck yg disumbangkan oleh staf. Ada bermacam jenis kek, kek lapis (plg dicari kek lapis Cadbury!! dr K. Faridah), ada biskut raya (ada biskut pebret umi - mazola!), dessert. Main course - Nasi Tomato..pun settappp!! Kehadiran staf sedikit keciwa coz ramai juga yg tak dtg..end up, mknn byk lebih n sesi tapau lah kan. Alhamdulillah, umi yg amat jarang menapau, pun tapau juga sket.. Niatnya utk santapan Ayah lepas balik Solat Jumaat nnt. Alhamdulillah, habis juga semua makanan. Tiada pembaziran yg penting..barulah ada keberkatan.

Sebelum pulang...

Dr. Aireen : Nurul, i have sumthing for you.
Umi           : Ye ke.. ape tu??
Dr. Aireen : This is for you... teringatkan your kids...
Umi           : Really? Thank you very much!. alamk Dr. Aireen, terharu amat ni.. Thank you..
Dr. Aireen : ala..xde ape lah... try la pasang kt anak..
Umi           : Sy memang tgh cari CD seumpama ni. Thank You!

Alhamdulillah..rezeki buat anak2 lagi.. Umi dah dengar sebahagian lagu2 nya..Memang menarik & best! Menyanyi dgn Sajidah dalam kereta.. Sajidah yg Tomey & Gud Girl itu ikut uminya menyanyi2.. walapun tak berbutir apa yg dinyanyikan tapi..at least we enjoy!. Inilah CD yang dimaksudkan :