Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Thursday, October 19, 2017

Roda Alam


Di balik kelam awan hitam semalam
Hadir embun dalam dingin pagi syahdu
Titis-titisnya membawa pergi duka
Lalu
Dedaun dan bunga kembali segar
Meniti hari baru
Sang suria turut tersenyum menyinar 
Menambah ceria

Ya, begitulah...
Seputar kisah Alam
Mirip rentak hidup sang khalifah
Andai semalam kau bersedih
Rebah dipukul ombak ujian
Jangan kau ratap dan terus terdampar
Bangun dan terus berjalan
Walau dalam kalut 
Kau tetap punya doa untuk berpaut
Dan bumi untuk terus bersujud

Menangislah!
Biar teriakmu hanya Dia yang tahu
Mengadulah,
Biar bebanmu hanya Dia yang pikul
Meratiblah,
Hanya pada Dia yang Satu

Begitulah...
Tangisan di keheningan pagi
Umpama embun dingin
Titisnya membawa pergi duka
Dan hatimu kembali tenang 
Saat kau balut dengan mujahadah diam
Dan kau rawat dengan tahajjud malam
Mentari pasti bersinar meraikan kemenangan
Sungguh
Dalam tiap peristiwa ada rahsia
Hikmah mahupun musibah
Tetaplah berpegang dengan janji Allah
Bahawa 
Pada setiap kesulitan ada kemudahan
Pada setiap kesulitan ada kemudahan


Jazakallahu khoyr zauji habibi dan anak-anak...  💋💘💞💝💑












Monday, February 27, 2017

Catatan Perjalananku : Episod 1

Assalamualaikum wbt & Salam Awal Fajar...

Subhanallah, Allah izinkan umi terbangun pada tepat jam 4.00 pagi. Sebaik bangun, terlintas suatu idea... tajuk baru untuk penulisan umi...
Selama lebih 2 bulan umi 'frozen' dengan tajuk yang telah pun diluluskan ketika "Progress Report Presentation" tahun lalu... Ketika itu, syukur sangat kerana tajuk umi lulus tanpa banyak persoalan oleh penilai. Sedangkan rata-rata sahabat seperjuangan umi ramai yang diminta menukar topik.

Insya Allah, perjumpaan dengan penyelia telah di atur. Tak sabar rasanya umi nak bentangkan idea baru yang pastinya nampak sangat menarik. Semoga diterima penyelia, penilai dan seterusnya mudah juga urusan selepas itu sehingga akhirnya!

Sebenarnya, dalam masa sebulan lalu memang umi agak risau memikirkan gerak kerja perjalanan yang telah dimulakan ni. Tiba-tiba tepu kepala bagaimana nak teruskan. Alhamdulillah, awal pagi semalam, salah seorang #gengbahu umi berkongsi cerita gembiranya... 3 journalnya dalam proses penerimaan Scopus!!! Wah, sungguh..ianya merupakan sesuatu yang sangat membanggakan jika diterima. Scopus... bukan calang-calang journal yang diterima untuk diterbitkan. Ketepikan dulu berapa faktor impak nya. Penerbitan dalam Scopus suatu pencapaian yang besar bagi seorang penulis akademik pastinya.


Kita mulakan semula dengan semangat baru! 


#MyPhDJourney
#TeleworkingAndSupportGroup
#gengbahu
#BuatApaYangKitaSuka

Wednesday, September 14, 2016

BAHAGIA BUKAN GEMBIRA

"Jika engkau hadapi dunia ini dengan jiwa yang lapang, engkau akan memperolehi banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah dan meluas. Dukacita akan semakin mengecil dan menyempit. Dan kau harus tahu, apabila duniamu semakin terasa sempit, jiwamulah yang sempit. Bukan dunia ini!"
(Al-Rafi')

Alhamdulillah...setinggi syukur kehadrat Allah swt.

AidilAdha ini mempertemukan kembali..

Rindu pastinya dengan aktiviti menulis. Harapnya selepas ini akan lebih kerap menulis. Insha Allah...

Serasa panjang yang ingin dikongsikan. Maklumlah, lama tak bersiaran kan. Tapi, kita simpan lah dulu.. Insha Allah, andai diberi keizinan dalam ruang-ruang yang akan datang. Tentang rutin baru kami, kehidupan kami dan paling seronok bisnes yang tidak dirancang! Ya, Allah Maha Pemberi. Kita usahakan sahaja dengan yakin.

Syukur Aidiladha dapat berkumpul lagi sekeluarga. Tapi, kurang korumnya... Hafiz tak dapat bersama, maka tak dapat lah lagi bertentang mata dengan Faheem. Yakin rancangan Allah adalah yang terbaik. Pasti ditemukan jua pada saat yang manis nanti. InshaAllah..

Sedikit corat coret perjalanan kami dari JB-KL-JB.. Pasti yang paling teruja adalah anak-anak. Tapi seronoknya perjalanan kali ini.. kerana ianya mendekatkan lagi hubungan kami. Berkesempatan berbicara dari hati ke hati saat anak-anak telah dibuai mimpi. Disulami pula dengan dendangan lagu kegemaran kami dari corong radio, bukan dari cd atau port usb. Oh, suatu kesempatan indah yang tidak dirancang. Segalanya atas izin Allah swt...air mata syukur gugur, menginsafi ruang yang Allah berikan. Dengan izinNya juga perjalanan kami sampai lebih cepat dalam catatan rekod pemanduan tuan suami! Tepat 3 jam pemanduan dari Skudai-Shah Alam. Alhamdulillah..


Okey, tangguh dulu.. nak bersiap ke kelas. Nanti kita sambung lagi.

Wassalam wbt.

Wednesday, August 24, 2016

HIJRAH

Tarikh keramat sebuah PENGHIJRAHAN

InshaAllah bermulalah episod 36 bulan yang bakal penuh dengan warna warni.

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Mengasihi
Kurniakanlah Rahmat & Rahim Mu
Dalam pengembaraan ku seterusnya

Ya Allah,
Engkau Yang Maha Mengetahui
Kurniakanlah untukku kekuatan dan ketabahan
Dalam meraih keredhaanMu

Ya Allah
Engkau Yang Maha Berkuasa
Kurniakanlah kesabaran buat insan-insan sekelilingku
Zauji wa Bunaya
Untuk kita meraih Kejora bersama satu hari nanti

Jazakallahu khoyr Kathiro....

Hanya Allah swt yang mampu membalas segala bantuan dan pengorbanan kalian.



Monday, May 16, 2016

MAKE ME STRONG

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works

Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Thursday, February 5, 2015

SANAH HELWA YA BUNAYYA HABIBI : NUR SAYYIDAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah..



Terima kasih Ya Allah atas pinjaman Anugerah Terindah ini.

Nur Sayyidah - Cahaya Pemimpin Wanita.

Diilhamkan oleh Ayahanda setelah genap 7 hr kelahiranmu.

Salam Hari Lahir.. moga dirimu sentiasa dirahmati Allah swt untuk menjadi insan solehah dan muslehah...cemerlang dunia dan akhirat.

Mudah sekali melalui proses mengandungkan, melahirkan dan berpantang bersamamu..meski pelbagai dugaan yang hadir.

Mengenangkan kembali detik kelahiran setahun yang lalu..

Umi mulai rasa sesuatu yang lain sebaik bangun tidur pada 5 Februari 2015.. saat itu ayah sedang tunggu sedia untuk ke KL. Jam 12.30 tengahari, ayah bertolak ke KL. Sayu dihati.. namun kata-kata semangat dari ayah menguatkan umi.

Kira-kira jam 4.30 petang tika masih di pejabat, umi mula merasakan rasa pergerakan yang agak tidak menyenangkan... sebaik dengar azan Asar, umi terus tunaikan dan mohon doa agar dimudahkan segala urusan. Berkali-kali cuba menelefon ayah untuk memaklumkan keadaan..namun hampa. Jam 5.00 petang barulah ayah menelefon umi semula... setelah bercerita sambil dalam keadaan bertahan, ayah mohon agar umi terus bersabar dan banyakkan selawat.

Jam 5.15 ptg, sakit semakin terasa... kekerapan 10 minit sekali. Umi mohon diri kepada semua dan mohon maaf untuk segala kesilapan. Umi pulang ke rumah dengan membawa kereta sendiri dalam keadaan kontraksi semakin kerap.

Tiba di rumah, ayah telefon lagi. umi maklumkan kontraksi dah semakin kerap dan umi sendirian di rumah menyiapkan beg pakaian anak2 yg bakal ditinggalkan dan beg pakaian umi. Mujur beg baby dan keperluan lainnya telah terlebih awal umi siapkan maka tinggal capai dan bawa. dalam menahan kesakitan dan keterbatasan untuk bergerak menyiapkan barang2..air mata jatuh berguguran... sayu mengenangkan keadaan itu.. Moga diri ini tidak melahirkan di rumah saat ini sendirian. Jam 6.30 petang, Cikgu Ina- babysitter .. tiba di rumah dan bantu bawa umi ke Hospital Kulai.. Syukur Ya Allah.. perjalanan yang selalunya sesak waktu itu... tidak berlaku pada hari berkenaan, lampu trafik semuanya hijau dan perjalanan amat mudah. Jam 6.50petang sudah tiba di Hospital Kulai dan terus dibawa ke bilik saringan. Terkejut misi yang bertugas kerana jalan dah buka 10cm! Terus dibawa masuk ke bilik bersalin pada jam 7.10mlm. Waktu itu umi mengalami sedikit kesukaran untuk meneran bayi untuk keluar krn kekurangan tenaga.. umi tk bermaya dek kerana tak sempat jamah sebarang makanan dari jam 10 pagi! Allahu Akbar..hanya Allah yang tahu betapa lemahnya umi saat itu..tanpa sokongan sesiapa disisi hanya ada misi yang memberi kata semangat.

Tepat jam 7.43mlm, lahirlah puteri yang comel dan sihat..dengan berat 3.2kg. Alhamdulillah.. sempat menghantar sms kpd ayah... dan dibalas ayah.. "Allahu Akbar! Dah keluar? Nape tak sempat tunggu ayah.. Waktu sms ayg hntr, waktu tu abg tgh berdoa agaknya, lps solat maghrib td... Alhamdulillah, tunggu abg ya sayang... abg terus ke hospital nnt".

Sambil misi menyudahkan urusan seterusnya, sempat juga bercerita...
"Syukur Alhamdulillah, walaupun tanpa suami disisi...mudah sgt proses kelahirannya. Dari pengalaman akk, kalau mudah tu, maknanya hubungan suami isteri nya baik... maknanya awk redha suami terpaksa ke KL dalam keadaan awk sarat ni... Ye lah, bukan kita nk mnta bersalin sendiri kan.. Maknanya awk ni mmg kuat orgnya.. dah biasa berdikari ya? Keluarga pun jauh kt Kelantan"

"Ya kak... jadi emak ni kena belajarlah berdikari walaupun sukar mulanya..." jawab umi dalam keadaan kurg bermaya..

"Kalau susah tu biasanya mesti ada yang tak kena... selalunya ada lah yg isteri buat tak kena.suami tak redha. akk pernah attend bbrapa kali. Bila susah sgt nk bersalin, mmg akk suruh suaminya duduk sebelah isteri...cakap maafkan dan ampunkan isteri... tp pernah sekali dekat 12jam dah..bersalin anak ketiga..jalan dah buka tp baby susah nk keluar, tanya sorg bidan lama tu katanya suami kena langkah isteri baru bolh bersalin... terpaksalah suami tu langkah si isteri, barulah bayi keluar!"

"Sampai begitu sekali?"

"Ye dik...syurga isteri pada suami... Suami mesti redha dgn apa yg kita buat... dan isteri jg mesti belajar utk redha dgn apa yg suami buat... Insha Allah, semua dimudahkn..."

Sedikit cerita perkongsian pengalaman sang misi. Buat pedoman umi...

Kira-kira jam 10.00 mlm, ayah tiba di hospital.. Barulah puteri comel dapat bertemu dgn ayahandanya.. Dan disempurnakan iqamat dan tahniknya... Alhamdulillah..

"Comelllnya, putih gebu... mcm siapa la ni?", kata ayah sebaik menatap sang puteri. Umi didakap erat... "Maafkan abang tak dpt bersama ayg..", kata ayah lagi...

Umi hanya mampu tersenyum... badan masih tak bermaya akibat pitam sebelumnya.. Ayah keluar semula dan belikan umi makan utk bagi tenaga... Alhamdulillah...

Kenangan setahun lalu masih manis diingatan. Kini genap setahun usiamu puteri pilihan.. Moga dirimu sentiasa dalam Rahmat & Kasih Sayang Allah swt.. Mendapat kejayaan dunia & akhirat.

Banyak ilmu baru yang amat berharga sepanjang setahun umi bersamamu. Terima kasih sayang!

Terima kasih kerana masih sudi menyusu umi lagi
Terima kasih kerana masih sudi dikendong umi lagi
Terima kasih kerana masih sudi diulit umi dan ayah lagi... =)





Monday, May 5, 2014

Arms -Christina Perri


~Buat zauji habibi...imam dunia akhiratku~

I never thought that you
Would be the one to hold my heart
But you came around
And you knocked me off the ground from the start

You put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go
You put your arms around me and I'm home

How many times will you let me
Change my mind and turn around?
I can't decide if I'll let you save my life
Or if I'll drown

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close
You put your arms around me and I'm home

The world is coming down on me
And I can't find a reason to be loved
I never wanna leave you
But I can't make you bleed if I'm alone

You put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go...

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close...
You put your arms around me and I'm home...

I try my best to never let you in
To see the truth
And I've never opened up
I've never truly loved till you

Put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go...

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close...
You put your arms around me and I'm home...
You put your arms around me and I'm home.






Tuesday, December 31, 2013

~Tirai 2013, Lembaran 2014~


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Syukur kerana masih lagi diberi nikmat pada hari ini. 
Bercerita mengenai 2013, jika disingkap satu persatu mmg agak panjang.
Namun mmg ada umi abadikan dalam diari umi.
Secara individu, ibadah, keluarga, kewangan dan kerjaya. 


Paling mengujakan impian untuk menambah ahli. =)
InshaAllah... 

Lucunya di saat umi sarat ini.. TRIPLE PREPARATION yang perlu dilunaskan!

  • Persiapan Persekolahan Nurin, Ain yang bakal masuk Darjah 1 (excited sungguh Ain. Siap dah plan dgn kakaknya time nak rehat n balik tunggu kat mana..) dan Sajidah yang bakal Masuk Tadika Iman! (Alhamdulillah, tercapai juga impian umi nk hntar anak ke Tadika Iman) pastinya comey lote Sajidah berpakaian serba Oren-Kuning nnt. Jenuhla cikgu-cikgu nk melayan pertanyaan dan cerita Idah... Dh makin cerdik dan semakin boleh diharap. Lelebih lagi bila tolong umi lipat kain baju.


  • Persiapan menyambut Ahli baru keluarga kita... 

Betul dah anak keempat. Tapi dsbbkan lama 'gap' = hampir 5 tahun tu,
byk juga keperluan yang diperlukan. Specially mentally la.. 
Physically, ada beberapa perkara je yg nak disediakan baru. 
Selebihnya masih bolh gunakan yang lama.
Alhamdulillah, pregnant kali ni tak byk ragam & karenah. 
Lebih tenang dan byk perkara yg dimudahkan. Alhamdulillah..
Cuma problem darah umi masih tk solve.. kadang2 ada juga rasa nk pitam. 
Tapi, dh boleh overcome, ayah n anak2 juga sentiasa membantu.
Syukur!

  • Persiapan serahan kerja kepada staf untuk cuti 3 Bulan!!!! 

Whoaaa... i'm looking forward for it! 
Take it easy Nurul... the time will come. 
Quite long list to be done. But Alhamdulillah,
Syukur dikurniakan staf yang sangat2 membantu. 
Diharapkan saya dpt berpantang dengan tenang for at least a month or two.. 
lpas tu nk kacau baru boleh.... hihihih =)

2014
~Melabuhkan tirai 2013 yang penuh kenangan. Buka lembaran 2014 dengan 
harapan. Tinggalkan segala sejarah sebagai hamparan pedoman. Teruskan impian dengan semangat penghijrahan!~

Ya Allah, 
Sesungguhnya aku bermohon padaMu ya Allah yang hatiku berada dalam tanganMu.. kurniakanlah hatiku kekuatan, ketabahan, ketenangan untuk menghadapi cubaan dan ujian ini sebagai hambaMu yang bersyukur. 
Sungguh ya Allah... tidak sekali-kali akan aku berpatah balik kerana aku sekali-kali tidak mahu tergolong dalam golongan yang dimurkaiMu. Inilah ujianMu.. dugaanMu buat aku...buat diri menilai kembali sejauh mana keimananku kepadaMu. Akan aku hadapi bersamanya ya Allah...berilah kekuatan kepada hati-hati kami. Sesungguhnya hati-hati ini milikMu... nauzubillah ya Rabb... janganlah kau jadikan kami dari kelompok manusia yang ragu-ragu dan golongan manusia yang lemah keimanannya.
Sungguh ya Allah tidak akan aku berpatah balik... aku bermohon ketetapan hati ya Allah untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri ini ya Allah. Hatiku goyah ya Allah... imanku tipis. Kurniakanlah hati ini kekuatan... Kurniakanlah ketabahan buat ku... ketenangan dan kedamaian, kurniakanlah hati-hati kami secebis kedamaian dari taman-taman syurgaMu ya Rabb. Berilah kekuatan buat diri kami untuk berjihad bermula dalam diri sendiri, juga berjihad untuk Deen mu ya Rabbi. Sungguh ya Allah benar kata kekasihmu "jihad yang paling besar adalah jihad melawan diri..melawan hawa nafsu dan perasaan".

Semoga engkau memberi kekuatan dan ketabahan untuk ku melepasi ujian ini ya Allah... ampunilah hambaMu atas dosa-dosa ku... ampunilah ku atas kealpaan ku... ampunilah ku atas janji-janji ku kepadaMu yang aku mungkiri... golongkanlah aku dalam golongan hambaMu yang sebenar-benar beriman. Sesungguhnya sangat singkat umur ku di dunia ini ya Allah. Aku sekali-kali tidak menginginkan syurga di dunia melainkan syurga di akhirat... tapi kadangkala aku tertipu oleh dunia... dunia yang melalaikan. aku sedar semuanya keseronokan sementara.

Duhai tuhan yang pengasih lagi penyayang...duhai pemilik hati-hati yang kerdil...dengarlah rintahan hati hambamu ini ya Allah. Kurniakanlah kekuatan buat diriku untuk meneruskan perjalanan ku ini ya Allah.. semoga aku beroleh Nur Mu disepanjang perjalanan ku ini...

Ya Allah...
Dengan RahmatMu aku mohon pertolongan dariMu.
Perelokan segala urusan dunia akhiratku.
Ameen..Ameen..Ameen.


Tuesday, December 24, 2013

Ages & Stages: What Many Children Can Do - 5 Year Olds

~Good Info to share, Credit to http://amuslimchildisborn.blogspot.com/

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Five-year-olds are cheerful, energetic, and enthusiastic. They enjoy planning, and spend a great deal of time discussing who will do what. They especially enjoy dramatic play, usually with other children. Five-year-olds are more sensitive to the needs and feelings of others around them. It is less difficult for them to wait for a turn or to share toys and material. "Best friends" become very important.

Many 5-year-olds will be going to kindergarten. Be sensitive to the needs of a 5-year-old returning from school. She may want to rest, play by herself, be free for a while from adult-directed activity, or catch up with the group happenings. Pace afternoon kindergarten children during the day with a balance of rest and activity. All-day kindergarten children need to be given every consideration when they return to your home as they may be tired, talkative, hungry, or wanting to share the day's happenings.
SOCIAL AND EMOTIONAL DEVELOPMENT
  • invents games with simple rules
  • organizes other children and toys for pretend play
  • still confuses fantasy with reality sometimes
  • often fears loud noises, the dark, animals, and some people
  • can take turns and share, but doesn't always want to
  • expresses anger and jealousy physically
  • likes to test muscular strength and motor skills, but is not emotionally ready for competition
  • carries on conversations with other children and adults
  • often excludes other children in play - best friends only
  • [may] use swear words or "bathroom words" to get attention
  • sometimes can be very bossy
  • likes to try new things and take risks
  • likes to make own decisions
  • notices when another child is angry or sad - more sensitive to feelings of others
  • prefers company of 1 or 2 children at a time; may become bossy or sulky when others join in
  • likes to feel grown up; boasts about self to younger, less capable children
  • begins to have a very basic understanding of right and wrong
  • plays contentedly and independently without constant supervision
  • takes turns and shares (sometimes)
  • understands and respects rules - often asks permission
  • understands and enjoys both giving and receiving
  • enjoys collecting things
  • sometimes needs to get away and be alone
  • can understand relationships among people and similarities and differences in other families
  • seeks adult approval
  • sometimes critical of other children and embarrassed by own mistakes
  • less fearful of the world than toddlers because understands the world better
  • has a good sense of humor, and enjoys sharing jokes and laughter with adults
PHYSICAL DEVELOPMENT
  • weight: 31-57 pounds
  • height: 39-48 inches
  • requires approximately 1,700 calories daily
  • sleeps 10-11 hours at night
  • may begin to loose baby teeth
  • able to dress self with little assistance
  • learns to skip
  • throws ball overhead
  • catches bounced balls
  • rides a tricycle skillfully; may show interest in riding a bicycle with training wheels
  • balances on either foot for 5-10 seconds
  • uses a fork and knife well
  • cuts on a line with scissors
  • left or right hand dominance is established
  • walks down stairs, alternating feet without using a handrail
  • jumps over low objects
  • can run, gallop, and tumble
  • can skip and run on tiptoe
  • can jump rope
  • interested in performing tricks like standing on head, performing dance steps
  • capable of learning complex body coordination skills like swimming, ice or roller skating, and riding bicycles
  • may be able to tie shoelaces
  • may be able to copy simple designs and shapes
INTELLECTUAL DEVELOPMENT
  • understands about 13,000 words
  • uses 5-8 words in a sentence
  • likes to argue and reason; use words like "because"
  • knows basic colors like red, yellow, blue, green, orange
  • able to memorize address and phone number
  • understands that stories have a beginning, middle, and end
  • able to remember stories and repeat them
  • enjoys creating and telling stories
  • understands that books are read from left to right, top to bottom
  • draws pictures that represent animals, people, and objects
  • enjoys tracing or copying letters
  • can place objects in order from shortest to tallest
  • can understand and use comparative terms like big, bigger, or biggest
  • sorts objects by size
  • identifies some letters of the alphabet and a few numbers (if taught)
  • understands "more," "less," and "same"
  • counts up to 10 objects
  • recognizes categories ("These are all animals; these are all toys.")
  • understands before and after, above, and below
  • block and dramatic play is much more elaborate and complex
  • has good attention span and can concentrate well
  • is project minded - plans buildings, play scenarios, and drawings
  • interested in cause and effect
  • can understand time concepts like yesterday, today, and tomorrow
IDEAS FOR CAREGIVERS
· Encourage body coordination and sense of balance by playing "Follow the Leader" with skipping, galloping, and hopping.
· Teach sack-walking and "twist-em," or "freeze" games to provide an outlet for their drive for physical activity.
· Play games that can teach right and left directions
· Help children learn to use a pair of scissors by letting them cut out coupons.
· Provide a plastic needle, thread, and beads to encourage small muscle development.
· Provide carpentry, take-apart, and put-together experiences with junk clocks and old small appliances.
· Show children how to repair toys and books.
· Add drama to your reading sessions each day by using different voices for different characters. While reading a familiar story, stop before the end and ask children to add their own end to the story.
· Ask 5-year-olds to tell you a story. Write it down and post it on the wall or refrigerator.
· Ask "what if" questions. What if there were 5 little [ducks] instead of 3?
· Involve children in writing "thank-you" notes, cards, and letters. If a 5-year-old enjoys copying letters, let him dictate a short message to you and copy it from your writing. Old typewriters are favorite writing tools.
· Give 5-year-olds opportunities to sort, group, match, count, and sequence with real life situations such as setting the table, counting the number of turns, sorting out socks, and matching fabric swatches.
· Help children learn to make rules and play simple games by providing opportunities for them to play in small groups.
· Help children understand and cope with strong feelings by giving them words to use when they are angry. "I can see you are SAD about going home, ANGRY at your friend ...."
· Observe how a child plays with other children. Teach him to request, bargain, negotiate, and apologize.
· Take questions seriously. Talk to children about what happens and why. Give answers they can understand.
· Specific praise helps children understand the true value of their actions. Say "Stacking those toys on the shelf that way really helped – [jazakallaahu khayr]!" rather than "You did a good job!"
· Provide a comfortable place to be alone. A large cardboard box makes a wonderful hideaway.
· Take fears seriously. Reassure children that you will make sure that nothing bad will happen to them.
· Allow 5-year-olds some privacy in the toilet. Remind them to wash their hands until it becomes a habit.
· Be patient with the untidiness and clutter. Allow plenty of time to clean up. It helps to store and organize materials on low, open shelves so that they can be found and put away easily.
· Five-year-olds will show an increasing interest in numbers. Encourage them to count anything of interest - cups, leaves, drums, number of children absent, meters, etc.

 Reprinted with permission from National Network for Child Care - NNCC. Oesterreich, L. (1995). Ages & stages - five-year-olds. In L. Oesterreich, B. Holt, & S. Karas, Iowa family child care handbook [Pm 1541] (pp. 207-210). Ames, IA: Iowa State University Extension.

Friday, December 20, 2013

~Ingatan Buatku Bernama Isteri~

Bismillahirohmanirohim...

Andai sekian posting umi sebelum ini berkisar mengenai diri ini dan anak2, kali ini umi cuba mengingatkan diri sendiri dan menyelami hati Ayah... 

Buatmu, Suamiku..



Ketika suamimu itu menikahi dirimu, apakah yang dirinya harapkan...? Dia berdoa, berharap dan bermimpi dikurnia teman yang akan menemani kehidupannya dalam susah dan senang. Ketika dia membuat keputusan untuk menikahimu, dia berjanji dalam hati mahu menjadi suami yang baik dan membahagiakanmu bersama anak-anak yang bakal dianugerahkan ALLAH. 

Dan sebaik bermula perjalanan pernikahan, janji-janjinya direntangkan ALLAH ujian yang pelbagai... Hidup ini menuntutnya bekerja keras. Bekerja keras di luar rumah,mengharung cabarang hidup. Bekerja keras dengan sikapnya, perasaaan dan dalaman yang punya banyak kelemahan. Bekerja keras untuk tetap mencintaimu seorang isteri dan zuriatnya yang dikurnia ALLAH.

Namun, hati seorang suami itu kabur memahami tika dalam diam si isteri sebenarnya merasa sepi, sedih dan jauh dari menganyam kebahagiaan dengan suami. Isteri merasa tertinggalkan dan terasing dari suami yang melalui kehidupannya sendiri.

Dalam hiruk pikuk dan kepantasan dunia, suami dan isteri tidak sempat saling berbicara ke sudut hati, apakah kita ini bahagia dalam kehidupan bersama? Dalam tinggal serumah, tidur sekatil, ada tubuh-tubuh suami isteri yang kelihatannya dekat namun tidak ada rasa selamat dan tidak tenang untuk saling mencurah perasaan.

Ada rasa yang tertahankan. Ada kemesraan yang tak terpamerkan. Ada bisikan yang bergema sekadar dalam hati. Memandang wajah terasa tida seri. Meneruskan hidup atas nama suami isteri, namun hati tidak saling mengerti. Saling mengasihi, mencintai dan merindui...? Itu telah lama pergi, pernikahan ini nampak hidup hanya kerana anak-anak yang berhati suci memandang dan menagih kasih ibu sayang saban hari...

Wahai isteri, tika sudi dinikahi, yang dirimu inginkan sebenarnya menjadi isteri penuh cinta lagi membahagiakan suami. Galilah semua niat itu, bekerjalah menghidupkannya. Dan luruskan tujuan kerana ALLAH. Sekalipun suami seolah menyalahimu, mengasarimu, mengabaikan dirimu, bangunkanlah kelembutan dan sifat penuh pengertian untuk dirimu terus berdamping dengan suami. Untuk terus berbuat baik dengan suami sekalipun dirimu 'tidak merasa kebaikannya' lagi. Berterima kasih pada ALLAH atas kurnia suami dengan cara menjadi teman yang mendorong, menenangkan dan membantu suami dalam urusan dunia dan keimanannya.

Wahai isteri, setiap hari sedia masa untuk merenung ayat ayat ALLAH dan hadis titipan Rasulullah SAW, itu kunci utama perjalanan menjadi isteri yang bahagia.

Setiap hari, teruskan berkenalan dengan suami, senyum padanya, bersahabatlah dengan suami dengan bertanya khabar, mengambil berat dan berkomunikasi tentang keperluaanmu dengan penuh baik, dalam penuh hormat dengan bahasa yang difahami suami. Suami sangat perlukan kalian bernama isteri sebagai teman yang menghibur dan memerhatikan kehidupannya.

Isilah hati suami dengan penghormatan dan cinta agar dia tidak merasa untuk mendapatkannya dari perempuan lain yang bukan bernama isteri. kata-kata terima kasih, pujian, dan penghargaan adalah batu-batu kecil membangunkan mahligai rumahtangga yang bahagia.

Suamimu perlu dorongan dan kritikan. Perlukan nasihat dan arah untuk membahagiakan dirimu. Tunjukkan dengan hormat. Dia ingin menjadi pemimpinmu, jadilah isteri yang membangun kepimpinannya.

Setiap kebaikanmu kepada suami adalah sedekah. Kata-kata baikmu adalah sedekah. Isteri yang baik dan mulia lagi penuh pengertian, mana suami yang tak ingin membahagiakan?

Mulakan dengan dirimu, menjadi isteri yang membahagiakan. Mohonlah kekuatan dari Tuhan.


Terima kasih adikku, Catatan dari seorang isteri- Nurul Adni

Thursday, December 19, 2013

~Motivation~



~Bismillahirohmanirohim~




Betul-betul 50 days more to go... 
Dag..dig..dug..
Berdebar amat. Hari ni nak g check-up lagi. Harapnye ade la improvement HB darah umi.


Saturday, December 7, 2013

~21 Days Challenges~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Very short n sweet =)

Alhamdulillah, safely received this morning,
Dear me, your challenges start tomorrow!
Ganbatte! =) 

Friday, October 11, 2013

IJHS 2013 - another throwback story (Part II)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

aha.
Maybe umi akan buat beberapa siri throwback..
Rase mcm tk best kalu tk kongsi kan...

IJHS2013 - International Johor Horse Show 2013

Fuh..
Dengar je dh cukup seram jg coz bertaraf International
Byk juga penyertaan dari luar negara... Australia, Filipina, Singapura dn beberapa negara lain.
Dan inilah Program Sulung yg umi diberikan 'Amanah' selaku Pengerusi untuk Jawatankuasa Karnival, Aktiviti & Bisnes... =)
Umi tk berniat nk kongsi perjalanan program coz itu semua cerita kerja. Alhamdulillah, pelbagai suka duka yg kami pelajari sepanjang mengendalikan Program bertaraf Antarabangsa ni.. Syukur semuanya berjalan dengan baik dan terancang biar pelbagai juga dugaan & ujian. Alhamdulillah dikurniakan team yg hebat walaupun kami semua baru dlm bidang ini. Tp keinginan untuk belajar dan bersama2 membuatkan hari2 yg dilalui amat bermakna! Thank you guys!

Sebahagian aktiviti yg berlangsung
Paling bermakna adalah Pengorbanan, Sumbangan & Kefahaman teman hidup yg bernama Suami & Anak2.

Saat umi kekalutan, syukur dikurniakan Ayah disisi.. Mengambil alih sebahagian tugasan di rumah. Waktu umi terpaksa meninggalkan rumah seawal 7 pagi dan pulang di malam sdg merangkak ke pagi.. Ayah masih setia menanti selain membantu menyiapkan permata hati mandi, makan dan kerja rumah.. Malah pakaian sekolah juga! Saat kaki melangkah masuk, Ayah menghadiahkan senyuman jujur dan pelukan ikhlas memberi semangat. Penat terubat, lelah pun kurang. Ohhh. Terima kasih Allah mengurniakan seorang Super Hero buat ku.

Syukur.. ada ketika ayah tiada di sisi dan dengan penuh kefahaman anak2 akan umi bawa bersama menyelami kesibukan kerja di tapak karnival dan mereka akan umi tinggalkan bersama kerja2 lukisan yang perlu disiapkan agar tidak berkeliaran bebas atau mengganggu. Nama pun anak2, ada ketika tingkah mereka mudah dibentuk, ada waktu yang lain agak menduga juga... Mujurlah ada sahabat2 yang memahami tolong menjaga anak2 saat umi perlu menyelia acara2 yang berlangsung... Syukur.

Namun agak tragis juga bila ada waktunya umi terpaksa tinggalkan sahaja puteri2 kesayangan ini di rumah sendirian. Namun umi akan tinggalkan bila sahaja anak2 sudah siap mandi & makan. Titipkan sedikit tugasan, agar tidak menonton tv semata. Sebaik pintu rumah dikunci, hati tidak lepas berbisik

"Aku pasti & yakin dgnMu Ya Allah, Peliharalah anak2ku & ahli keluargaku.. Mudah2an inilah jalan terbaik buat kami". Sayu benar rasanya..

Namun, harus akur jg dgn ketentuanNya. Amanah di rumah satu keutamaan namun amanah kerja juga satu tuntutan.. Syukur kerana melalui ujian dan dugaan ini, Allah hadiahkan hikmah. Anak2 ternyata pandai menjaga diri. Saat umi pulang ke rumah, semua dah tertidur. Elok ditempat tidur masing2, TV tertutup, tugasan siap.. Tersisip nota ringkas pula buat umi yg kepenatan.......

"Umi, Nurin Ain Sajidah sayang Umi. Umi jangan tidur lambat".......
aduh..berjurai airmata.
"Terima kasih anak2ku kerana memahami" bisik hatiku penuh kesyukuran.

Terima kasih Ya Allah...

5 hari kejadian berlangsung, pelbagai acara menarik dapat kami laksanakan. Syukur dapat juga umi bawa anak2 meraikan bersama. Bukan sahaja anak2 umi.. Anak2 ibu juga! Waktu itu kebetulan hari terakhir program berlangsung. Dikejutkan dengan berita kematian kekanda ibu... Selesai urusan penyerahan tugas awal pagi itu sebaik mengetahui berita itu, umi bergegas dengan ayah ke Rumah Nenek di JB. Kami disana sehingga selesai urusan jenazah disolatkan. Lewat 2hr lalu umi merasakan keadaan badan umi lain dari biasa.. Dalam hati terdetik jg, mungkin kah umi mengandung.. So umi pun tak teruskan niat utk ke tanah perkuburan menghantar jenazah. Umi faham ibu pasti masih kebingungan dengan berita kematian ini. Maka umi mengajak anak2 untuk gembirakan mereka selain memberikan waktu pada ibu untuk berehat.

"Abg, ayg rasa badan lain macam..maybe mengandung tak?" detik umi pd ayah sebelum meninggalkan rumah nenek.
"Ye ke? Abg tgk pun ayg lain mcm je penatnye.. Mungkin jg.. Alhamdulillah.. Tp boleh ke ni nk layan anak2?" ujar ayah gembira bercampur risau.
"Insha Allah.. asal saja anak2 gembira.. Ada upin & ipin ptg ni. Harapnye derg smpat jmpe", balas umi tenang.
"Baik2 lah sayang... Abg faham niat ayg. Terima kasih sayang", balas ayah berharap.

Alhamdulillah... ternyata anak2 gembira. Seronok dapat bertemu Upin & Ipin dan bermain Game Air. Malah gembira & seronok juga kerana dapat berkumpul setelah sekian lama. Sempat juga umi menjamu fried chicken & piza melihatkan anak2 yg mungkin kelaparan & kepenatan. Moga kita sentiasa dalam Redha Allah.


Bersama anak2 tersayang!


Malamnya, adalah Majlis Penutup. Benar, umi tak dpt mengelak dan menyerahkan tugas pd org lain kerana perlu buat closing acct juga malam tu selain berjumpa dengan penggerai2 dan AJK luar yg telah membantu kami.
"Takpe, anak2 abg jaga"... pujuk ayah berkali2 dengan penuh pengertian.
"Betul ke takpe abg? Maaf ayg tk dpt bersama Kenduri Arwah mlm ni..", sayu umi balas.
"Boleh sayang... Ayg kerja baik2... Habis nnt bgtau abg", balas ayah.
"Terima kasih abg....", kelu tk mampu utk menolak. Saat ini terasa ingin shj membelah diri kepada 2.


Potret 2 puteri umi sering mengundang perhatian! Sweet.
Alhamdulillah IJHS2013 melabuhkan tirai pada 9 Jun 2013 dengan jayanya.. Jayanya kerana bukan diri ini.. Jayanya dengan Izin Yang Maha Esa.. dengan kehadiran insan2 yang membantu... Syukur!