Showing posts with label LIGA ILMU. Show all posts
Showing posts with label LIGA ILMU. Show all posts

Thursday, June 20, 2019

BICARA BUKU : READ & RILEX


Waktu begini... biasanya dah lelap. Tapi malam ni, masih cerah usai berbalas bicara dengan zauj tadi. 

Ya Allah, moga dengan setiap jerih penatnya mendapatkan rezeki yang halal buat keluarganya, Kau pandanglah dengan Ar-RahmanMu. 

Berkuatlah zauj...
InsyaALlah, zaujahmu masih tetap disisi mendoakan dan memberi sokongan. 

Syukur sebanyaknya..
Semalam sebenarnya, zauj agak tertekan dengan sikap seorang jemaah bakal haji yang telah setuju mendaftar dengannya. Setelah visa telah siap, enggan pula membuat bayaran! Allahu Rabbi.... Visa Haji bernilai 6-7K setiap satu! 

Di tambah pula kekalutan Umi yang memikirkan tentang Hari Terbuka kakak pada hari Khamis. Sedangkan pada hari Khamis juga Ayah perlu ke HQ Nilai untuk selesaikan passport para jemaah Haji.

Apa yang Umi mampu kongsikan dengan Ayah? Doa dan kata-kata semangat. Dorongan agar terus husnudzon.

Lepas Asar, ayah kongsikan... berita gembira. Syarikat ayah terpilih menjadi syarikat pengendali umrah di USIM!! Tabarakallah! 

Dan umi juga kongsikan dengan ayah rupanya Hari Terbuka sekolah kakak pada 27 Jun 2019, bukan 20 Jun 2019...Alhamdulillah. Dapatlah ayah fokus selesaikan kerjanya.

Untuk umi pula.....

Esok, kali kedua umi bakal beraksi di pentas perkongsian tentang buku yang ditulis. InsyaAllah. Moga semuanya berjalan lancar, dimudahkan urusan dan lisan, ramai penontonnya dan habis licin buku esok :) Bi iznillah 


Saturday, December 7, 2013

~21 Days Challenges~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Very short n sweet =)

Alhamdulillah, safely received this morning,
Dear me, your challenges start tomorrow!
Ganbatte! =) 

Friday, April 19, 2013

DEADLY MIST


Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang...

Alhamdulillah semakin banyak pembongkaran yang bakal dilakukan.. Semoga bermanfaat. Waktu rehat tadi berjalan di JJ Tmn U dengan adik kesayangan.. Cik Qah.. terjumpalah buku ni..
Terbitan PTS Islamika Sdn Bhd
Just nak share apa yang bakal berlaku hujung bulan ini juga... Pengarangnya akan berada di Malaysia.. untuk ini:

Ingin berada disitu untuk Ilmu itu juga.. Harapnya kesampaian & diizinkan.. Sedikit sinopsis buku yang dikongsikan di http://pts.com.my/buku/deadly-mist/ :

Kejahatan kerajaan Amerika Syarikat bukan lagi rahsia. Umat Islam di Iraq, Afghanistan, dan di Palestin dibantai. Sejak pembentukan negara Amerika, mereka melaksanakan program kawalan populasi penduduk dunia. Akibatnya, warganegaranya sendiri pun menjadi korban bahan ujian biologi dan kimia. Semua untuk satu alasan, keamanan nasional.
Pada Perang Dunia Kedua, secara rahsia, kerajaan Amerika berkolaborasi dengan Hitler, merancang bagi mencipta Pemerintahan Dunia Baru (New World Order), dengan mencipta senjata kimia dan biologi pemusnah massal.
Buku ini membongkar secara sistematik, sisi lain kejahatan kerajaan Amerika Syarikat yang membahayakan nyawa manusia seperti penghasilan zat-zat biologi dan kimia, sebagai contoh monosodium glutamate (MSG), aspartame (gula buatan) dan lain-lain. Bahkan penyakit selsema burung, SARS, AIDS dan penyakit-penyakit membawa maut lain adalah juga hasil ciptaan kerajaan Amerika Syarikat.

Pastinya buku ini termasuk dalam wishlist ummi bulan ini.. Moga dimudahkan..ameen! =)





KULIAH - MASJID INTAN ABU BAKAR, TAMAN SRI PULAI

Syukur.

Dikelilingi dengan taman-taman ILMU.. Semakin kita berilmu semakin kita HAUS untuk menyedutnya. Moga ILMU yang diperolehi dapat diamalkan & dimanfaatkan.

Terdekat dan dekat dgn teratak Syurga kita...


Sahabat-sahabat yang berkelapangan, jom le ramai2... Moga diizinkan kita semua untuk bersama dalam Majlis Ilmu ini.