Showing posts with label penulisan. Show all posts
Showing posts with label penulisan. Show all posts

Thursday, June 20, 2019

BICARA BUKU : READ & RILEX


Waktu begini... biasanya dah lelap. Tapi malam ni, masih cerah usai berbalas bicara dengan zauj tadi. 

Ya Allah, moga dengan setiap jerih penatnya mendapatkan rezeki yang halal buat keluarganya, Kau pandanglah dengan Ar-RahmanMu. 

Berkuatlah zauj...
InsyaALlah, zaujahmu masih tetap disisi mendoakan dan memberi sokongan. 

Syukur sebanyaknya..
Semalam sebenarnya, zauj agak tertekan dengan sikap seorang jemaah bakal haji yang telah setuju mendaftar dengannya. Setelah visa telah siap, enggan pula membuat bayaran! Allahu Rabbi.... Visa Haji bernilai 6-7K setiap satu! 

Di tambah pula kekalutan Umi yang memikirkan tentang Hari Terbuka kakak pada hari Khamis. Sedangkan pada hari Khamis juga Ayah perlu ke HQ Nilai untuk selesaikan passport para jemaah Haji.

Apa yang Umi mampu kongsikan dengan Ayah? Doa dan kata-kata semangat. Dorongan agar terus husnudzon.

Lepas Asar, ayah kongsikan... berita gembira. Syarikat ayah terpilih menjadi syarikat pengendali umrah di USIM!! Tabarakallah! 

Dan umi juga kongsikan dengan ayah rupanya Hari Terbuka sekolah kakak pada 27 Jun 2019, bukan 20 Jun 2019...Alhamdulillah. Dapatlah ayah fokus selesaikan kerjanya.

Untuk umi pula.....

Esok, kali kedua umi bakal beraksi di pentas perkongsian tentang buku yang ditulis. InsyaAllah. Moga semuanya berjalan lancar, dimudahkan urusan dan lisan, ramai penontonnya dan habis licin buku esok :) Bi iznillah 


Monday, June 17, 2019

MERISIK KHABAR

Lama kamar ini terbiar sepi
Ku cuba membuka kembali
Mengintai memori yang pernah kita lakarkan
Perlahan ku cuba membersihkan debu yang berterbangan
Membuang sawang yang semakin tersimpul rahsia
Maafkan ku, semusim berlalu tanpa berita

Ku cuba melirik rentak lagu
Yang pernah kita dendangkan dahulu
Menjadi teman kala berduka
Sahabat tika gembira
Lenggok bahasa tetap disantuni
Masih molek mengalun melodi

Ayuh jemari teruskan berkarya
Mengilhami insipirasi melalui aksara
Melunas janji pada sang buana
Bahawa menyebar kebaikan tiada hujungnya
Selagi badan mengendong nyawa
Selama itu persoalan dakwah akan ditanya

Maka
Tulislah, bina bekalan untukmu keSana





Tuesday, April 25, 2017

HANYA AKU

Aku tahu aku hina
Tapi jangan pernah siksa
Aku tahu aku lemah
Tapi jangan hujani tohmah
Aku tahu aku buntu
Tapi jangan buat seteru
Aku tahu aku lurus
Tapi jangan mudah rakus

Walau siapa aku
Tetap namanya manusia
Yang ingin hak yang sama
Punya hati dan rasa
Biar bersilih tangis dan duka
Ingin gembira dan bahagia

Walau siapa kamu
Tetap bernama hamba
Bertuhankan Allah Yang Esa
Menumpang atas dunia
Meminjam nikmatNya
Kelak pulang tinggal segala

Maka nikmat Allah mana lagi yang kamu dustakan?

~Ummu Nur~



Hasil cetusan idea sempena Bengkel Penulisan Kreatif | 25 April 2017 | 3.20pm | Masjid Sultan Ismail, UTM JB