Lama kamar ini terbiar sepi
Ku cuba membuka kembali
Mengintai memori yang pernah kita lakarkan
Perlahan ku cuba membersihkan debu yang berterbangan
Membuang sawang yang semakin tersimpul rahsia
Maafkan ku, semusim berlalu tanpa berita
Ku cuba melirik rentak lagu
Yang pernah kita dendangkan dahulu
Menjadi teman kala berduka
Sahabat tika gembira
Lenggok bahasa tetap disantuni
Masih molek mengalun melodi
Ayuh jemari teruskan berkarya
Mengilhami insipirasi melalui aksara
Melunas janji pada sang buana
Bahawa menyebar kebaikan tiada hujungnya
Selagi badan mengendong nyawa
Selama itu persoalan dakwah akan ditanya
Maka
Tulislah, bina bekalan untukmu keSana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Apa maksud Ghibah? Secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim , sedangkan ia tidak suk...
-
Alhamdulillah.. Jumaat lalu Mesyuarat Pertama AJK Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru berjaya dilaksanakan dengan jayanya! ...
-
Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat yang Indah lagi Barokah. Alhamdulillah, pagi ini dibekalkan ilham..dibukakan hati untuk ummi terus ...
No comments:
Post a Comment