Saturday, August 14, 2021

Membelai Rindu

 Assalamualaikum wbt

Lama sungguh sarang kita terbiar sepi.

Sesekali ada umi datang menjengah dan bersihkan sawang.

Cuma tak sempat nak menatap lama dan menulis sesuatu di sini.

Terima kasih kerana masih setia.


Lebih Dua tahun.

Rasa macam tak begitu lama. 

Tapi, Alhamdulillah. 

Terlalu banyak yang terjadi dalam kehidupan kita

Terlalu banyak titik perubahan yang membentuk kita hari ini.
.
.
.

Allahu.
Moga Allah izin untuk umi abadikan kisah kita nanti.
.
.
Hari ini, 

Air mata tumpah. 

Sempena penghulu hari, 

Dua hadiah pemberian insan istimewa umi terima. 

.

.

Lewat tengah hari,

Sebuah bungkusan tiba di depan rumah kiriman 'runner' yang diutuskan khas dari Setia Tropika. 

Gandingan mantap sepasang Perskindol! 
Kakak, kamu buat aku menangis dan amat terharu. 


Lewat petang pula, tiba sebuah kereta menurunkan sebuah bungkusan besar.

"Siapa punya?" tanya umi pada Ain yang menerima bungkusan.
"Rasa umi takde beli apa-apa kat Shopee. Semua dah terima." sambung umi lagi.

"Umi punya lah!" jawab Ain selamba.
"Ala, umi kan ramai peminat. Ada je lah." tambah Ain lagi sambil gigih mengangkat masuk bungkusan. 

Masuk sahaja dalam rumah, semua teruja nak membuka dan mengambil tahu pemberinya.

Sambil Ain pasang barangnya, fikiran umi dah menerawang merata.
Memikirkan siapa gerangan penghantar bungkusan besar ini. 

Terima kasih kanda yang sentiasa dihati dan disisi. Kakak yang dah kuanggap seperti kakak sendiri. 

Sebuah kerusi gamers yang cukup selesa! Allahu Akbar. 
Tak dapat ditahan rasa sebak dan terharu.

Sememangnya aku ada menyimpan hasrat untuk memiliki kerusi ini memandangkan keadaan diri yang sering sakit belakang dan otot belakang kepala. Namun, kekangan kewangan yang memerlukan mendahului pembelian lain, menutup sementara hajat itu. 

Allahul musta'an. 

Dia juga yang berkehendak menggerakkan insan-insan hebat dan baik budi ini menitipkan ubat dan kerusi azimat.

Alhamdulillah
Wa syukurillah. 






No comments:

Post a Comment