Showing posts with label Bahan Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Rujukan. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

ADAT KEHIDUPAN : MAAFKANLAH BUAT DIRIMU

Dengan Nama ALlah Yang Maha Penyayang


Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lain adalah seperti memaafkan diri sendiri. Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marahkan itu.

Bahkan Allah mengingatkan hal ini menerusi firmanNya:- "Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumannya) antara perbuatan yang baik dengan perbuatan jahat. Tolaklah kejahatan yg ditujukan kepadamu) dengan cara lebih baik. Apabila kamu melakukan demikian, maka orang yang menaruh rasa permsuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib" (Surah Fussilat 41:34)

Kita Bukan Tuan atau Tuhan

Kita bukan Tuan apalagi Tuhan dalam kehidupan ini. Kita hanya hamba Allah. Sebagai hamba Allah, kita tidak wajar menjangka akan mendapat segala yang kita ingini dan jangkaan dalam hidup ini. Jangkaan-jangkaan itulah yang menyebabkan kekecewaan.

Untuk itu, ingatlah kebesaran Allah dan insaflah kelemahan diri sendiri. Insha Allah pada saat itulah ego akan terhenyak, lalu kita mampu memaafkan walaupun berkuasa untuk membalas!

Kesimpulannya, sikap tidak memaafkan beerti diri masih dikuasai rasa EGO, dipenuhi rasa marah dan sifat-sifat MAZMUMAH yang lain. Hati yang demikian masih tipis keimanannya.

Lalu tunggu apalagi? Bersegeralah kita memberi maaf. Maafkanlah kesalahan insan, agar dosa kita segera diampunkan AL-Rahman. Lebur kanlah sifat takbur. Sifat itulah yang selama ini menghalang kita memberi maaf.

(Petikan Ringkasan dari Majalah Solusi Isu No. 55 / 2013)

Tuesday, April 30, 2013

Bahang PRU13


Sibuk je ummi ni..org citer pasal PRU13 dia nak citer jugak.. heheh
oklah,,a simple note to everyone...




psst: org lain sibuk2, gi ngundi.. ummi ni ngundi ke tak??? (+._.+)

Friday, April 19, 2013

DEADLY MIST


Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang...

Alhamdulillah semakin banyak pembongkaran yang bakal dilakukan.. Semoga bermanfaat. Waktu rehat tadi berjalan di JJ Tmn U dengan adik kesayangan.. Cik Qah.. terjumpalah buku ni..
Terbitan PTS Islamika Sdn Bhd
Just nak share apa yang bakal berlaku hujung bulan ini juga... Pengarangnya akan berada di Malaysia.. untuk ini:

Ingin berada disitu untuk Ilmu itu juga.. Harapnya kesampaian & diizinkan.. Sedikit sinopsis buku yang dikongsikan di http://pts.com.my/buku/deadly-mist/ :

Kejahatan kerajaan Amerika Syarikat bukan lagi rahsia. Umat Islam di Iraq, Afghanistan, dan di Palestin dibantai. Sejak pembentukan negara Amerika, mereka melaksanakan program kawalan populasi penduduk dunia. Akibatnya, warganegaranya sendiri pun menjadi korban bahan ujian biologi dan kimia. Semua untuk satu alasan, keamanan nasional.
Pada Perang Dunia Kedua, secara rahsia, kerajaan Amerika berkolaborasi dengan Hitler, merancang bagi mencipta Pemerintahan Dunia Baru (New World Order), dengan mencipta senjata kimia dan biologi pemusnah massal.
Buku ini membongkar secara sistematik, sisi lain kejahatan kerajaan Amerika Syarikat yang membahayakan nyawa manusia seperti penghasilan zat-zat biologi dan kimia, sebagai contoh monosodium glutamate (MSG), aspartame (gula buatan) dan lain-lain. Bahkan penyakit selsema burung, SARS, AIDS dan penyakit-penyakit membawa maut lain adalah juga hasil ciptaan kerajaan Amerika Syarikat.

Pastinya buku ini termasuk dalam wishlist ummi bulan ini.. Moga dimudahkan..ameen! =)





Friday, August 3, 2012

Ana Muslim

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat sumer...

Alhamdulillah, sejak beberapa hari ni, aura menulis umi agak baik.. Umi rasa syukur sgt. Skurang-kurangnya, sangkar kita tidak terbiar sepi..biarpun jika kisah yg umi kongsikan ni mungkin agak klise/biasa2.

Alhamdulillah, syukur sgt2. Allah beri kemudahan utk umi selesaikan Gaji Buln 8 & Bonus staf seawal pagi lg. Pkul 9 dh selesai semuanya termasuklah kes2 khas. Alhamdulillah.. syukur2... Semalam mmg umi dh pening sgt bila semak ada beberapa maklumat yg tak betul di sistem. Kena lah semak bebetul. Umi jangka hari ini mesti kena mengadap hal gaji & bonus ni smpai lewat tghri nanti=itu perancangan manusia. Perancangan Allah lebih hebat, Allah mudahkan & dpt diselesaikan lebih awal. Alhamdulillah! Terima kasih banyak2 buat staf umi, aunty Zu yg byk bantu umi dlm siapkan hal gaji & bonus staf ni. Nanti kita upah diri kita sndiri ya... =)

Alhamdulillah pagi tadi juga, selesai membuat gaji & bonus,umi ke MSI utk menghadiri Liga Ilmu anjuran Masjid UTM & Pusat Islam... Alhamdulillah..rasa bersyukur tidak terhingga bila kita dikurniakan dengan orang-orang sekeliling dan juga tempat yg boleh mengajak ke arah kebaikan.
Minggu lepas sesi dgn Ustaz 'Handsome' (gelaran yg Ain bg)..minggu ni dgn Ustaz Zaharudin. Insya Allah, umi akan kongsikan pengisiannya nanti. 

Oh ya, disini juga umi nak kongsikan laman web ni: http://bukuonline2u.com Alhamdulillah juga, minggu lepas umi ada beli beberapa VCD dr sini khas buat anak2 umi tersayang. Dah terima & sejak ada VCD tu, anak2 akan buka setiap kali naik kereta... Takdelah lg Cd cerita2 dogeng yg kadang2 umi rasa membazirnya masa anak2 terbuang begitu shj. Sekurang2nya dgn adanya VCD tu, anak2 dpt dididik / ditarbiyah secara visual /interaktif. Pendidikan utk anak2 sekarang haruslah selari dgn perkembangan semasa so, tidaklah mereka tertinggal malah dengan perkembangan media elektronik sekarang sepatutnya kita tidak lagi boleh berkompromi untuk menghidangkan alat2 pendidikan yang terkini selaras dengan keperluan anak2. Yang penting kita harus bijak memilih, memantau apa yang anak2 lihat, dengar dan cakap. Betul tak? hihihi..umi sekadar berkongsi rasa/pengalaman. Sejak ada Cd tu jg anak2 dh boleh jg membaca doa2 Dhuha, selawat2.. Alhamdulillah..syukur. So, utk pembaca yg sedang mencari bahan pendidikan terkini utk anak2, rasanya baik juga cuba ikut kemampuan dan keperluan. Umi kongsikan sebahagian lagu yg ada dlm Cd yg kami baru miliki.

"Pengaruh persekitaran & buku yang kita baca mempengaruhi fikiran. Kepada para ibu, teliti kembali apa yg kita baca dan persekitaran anak-anak membesar. Kasihani anak-anak kita susah nak cari jalan ke syurga". (Prof. Muhaya)