Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, July 17, 2017

Hidup ini antara Mati dan Sabar

Hidup ini tempat ujian.
Hidup ini penuh pilihan.
Hidup ini antara mati dan sabar.
Tak kira apapun kesalahan kita pada orang lain satu masa dahulu, mohonlah maaf dengan sifat kerendahan hati mengakui kesilapan kita seorang manusia yg lemah. Dan kita belajar daripadanya.
Tak kira apapun kesalahan orang lain kepada kita, maafkanlah dengan rasa penuh redha di atas apa yg telah berlaku itu kerana kita semua bukan insan sempurna. Pasti ada lebih kurangnya di mana mana.
Tidak kisahlah siapa yg memulakannya dulu. Siapa yg harus meminta maaf dulu. Inilah yg saya pelajari daripada Emak.
Memaafkan sesuatu yg indah buat masa hadapan walaupun ianya amat menyakitkan buat masa sekarang.
Nah, pilihlah antara mati atau sabar.
Kesabaran, amat mudah disebut namun amat payah dilakukan. Sabar itu tidak bermasa, tidak pula bertempoh. Sabar itu sebenarnya ilmu ikhlas. Di manakah kesabaran (baca : keikhlasan) kita yg sebenar jika kita mengiranya mengikut tahun, masa dan waktu?
Ikhlas datang daripada redha. Hati yg redha ke atas apa yg telah berlaku walaupun ianya sesuatu yg amat menyakitkan atau kesedihan yg paling dalam sekalipun pasti akan tenang.
Hidup ini hanyalah mengenai pencarian sebuah ketenangan.
Nah, pilihlah antara mati atau sabar.
Kerana akhirnya, sebelum orang yg menyakitkan kita itu pergi dijemput Ilahi buat selama lamanya, dia memerlukan ketenangan begitu juga diri kita sendiri yg lebih mendambakan ketenangan untuk meneruskan kehidupan dan bagi menghadapi saat kematian yg sama di masa akan datang kelak.
Hanya hati yg tenang sahaja yg akan dipanggil masuk dengan selamat dan sejahtera ke dalam syurga Allah yg Maha Menenangkan.
Semuanya bermula dengan satu kemaafan dan memaafi. Pasti akan bertemu kemanisannya dari sisi lain yg boleh kita kecapi.
Redhalah menelan segala kepahitan dan ketentuan yg sudah tertulis di dalam hidup ini. Pasti Allah akan meredhaimu kembali.
Apa yg sudah berlaku, biarlah berlaku. Jauh lebih penting apakah pengakhiran hidup ini.
Nah, pilihlah antara mati atau sabar.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ, ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (meredhai) lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku. (al-Fajr: 27-30)

Catatan berharga dari sahabat syurga : Khadijah Gani

Thursday, April 6, 2017

Ghibah?

Apa maksud Ghibah?

Secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim, sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, ahlaknya, bentuk lahiriyahnya dan sebagainya. Cara melakukan gibah juga bermacam-macam. Di antaranya dengan mengetengahkan keaibannya dan meniru tingkah-laku atau gerak-geri tertentu dengan bertujuan untuk memperolokkannya. 

Secara bahasa, ghibah bererti mengumpat. Namun ia tidak hanya menjurus kepada perbuatan mengumpat semata-mata. Ramai orang meremehkan permasalahan ghibah, padahal dalam pandangan Allah ia adalah sesuatu yang keji dan kotor. Hal itu dijelaskan dalam sabda hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. "Ertinya : Ghibah itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seseorang lelaki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan ghibah yang paling berat adalah mengumpat seorang lelaki atas kehormatan saudaranya". (As-Silsilah As-Shahihah,)




"Kekadang orang memalukan kita dengan cara yang paling halus.
Senyum. Tak perlu kata apa-apa"

Kita yakin,, kita ada Allah swt bukan?
Kita yakin.. Allah sebaik-baik dan seadil-adil memberi balasan bukan?
Kita yakin.. hidup dan mati adalah untuk Allah swt...

Doakan dan terus berbuat baik.. Moga hidayah Allah tiba padanya. Apa lagi yang kita mahukan? Tegar melihat saudara sendiri kesusahan di Sana nanti? Pasti lebih indah andai kita semua dapat bersama di Taman Firdausi.. kan? 

Moga kita beroleh khusnul khotimah... Kita sama-sama didik diri dan hati untuk menjauhi Ghibah. 

Ada tips yang boleh dikongsi?

1. Pasang dan Pasak niat sebaiknya dalam hati.

2. Dekati Al-Quran dan kerap lah Tahajjud. Mohon keampunan, petunjuk dan bantuan Allah swt.

3. Kenali dan ketahui aktiviti atau rutin yang digemari. Contohnya; Suka menulis? 
    Wujudkan blog untuk berkongsi hasil karya.. mana tahu, satu hari menjadi suntingan penerbit buku ;) Ramai penulis yang bermula dengan menulis di laman sosial kini telah menerbitkan pelbagai buku! Set kan agar aktiviti rutin ini dilakukan tanpa gangguan.. pasti berbaloi...

4. Kenali dan dampingi orang positif... yang mempunyai aura motivasi dan semangat diri yang kental. Tidak semestinya kita perlu meniru individu ini kesemuanya. Tapi, perhatikan cara berfikir dan tindakan mereka dalam berkongsi. Serap kata-kata penuh hikmah mereka.. Tiru jika berkeupayaan. atau lakukan penyesuaian..tidak semua orang sama situasi antara satu sama lain.

5. Basahkan lisan dengan Zikrullah.. Sentiasa fikirkan kesan apabila kita ingin berbicara. Tiada manfaat, DIAM sahaja!

6. Husnudzon... ;)

7. Beri hadiah/penghargaan kepada 'insan bertuah' itu. 
   Satu perkara yang umi amat gemar lakukan. Andai umi tahu ada insan yang 'Ghibah' mengenai umi, atau ahli keluarga umi..yang buat hati umi terusik, umi pastilah sedih. Tapi, tindakan yang umi akan lakukan adalah mendoakan buatnya.. dan umi akan beri hadiah. Biasanya umi akan hadiahkan buku atau masak, baking sesuatu untuk insan itu. Masak dan bake penuh kasih sayang... Moga hidayah dan aura positif kita sampai kepadanya.. selain therapy kesedihan, kita dapat tautkan / sebarkan kasih sayang... Insya Allah. So far, berkesan buat umi dan worth doing it! 


Thursday, February 23, 2017

Poligami dan Taqdir

Dua hari lepas semasa di dalam usrah, seorang sahabat saya berkongsi dengan teman-teman usrah yang lain tentang jalan cerita kisah poligami yang Allah hadirkan dalam hidup kami. Sahabat itu isteri kedua juga seperti saya.
Saya pernah meminta pandangan sahabat itu tentang situasi saya untuk menjadi isteri kedua. Sebagai sahabat yang baik, dia agak berat untuk menyokong atas sebab-sebab yang diberikan kepada saya.. lagi 2 sahabat rapat kami juga tidak bersetuju saya menerima bakal suami saya dan melangkah ke alam poligami atas pandangan masing - masing.
Saya sangat hormati dan hargai pandangan mereka itu, kerana kebimbangan mereka itulah yang menjadikan saya mencari ilmu poligami, serta menguatkan sandaran kepada Allah yang maha memberi kekuatan dan pertolongan. Saya tahu mereka turut mendoakan yang terbaik. Saya juga bimbang dan berdebar dengan keputusan menjadi isteri kedua.
Namun siapa menyangka, pengetahuan kita tentang masa depan sangat terbatas.
Dua orang sahabat saya itu yang monogami dulunya, kini juga telah berada di alam poligami sebagai isteri kedua. (Bercerai hidup dengan pasangan masing-masing kemudian bertemu jodoh lagi)
Moga Allah memberikan keberkahan berpanjangan pada keluarga poligami yang baru mereka bina <3
Poinnya ialah,
1. Kita akan perlu membuat keputusan besar dan penting dalam hidup seperti jodoh. Kita akan berfikir dan berdoa memohon petunjuk Allah. Kita akan membincangkan dengan orang yang amanah dan berilmu serta keluarga dan sahabat terdekat di hati. Rasa bimbang. Tidak yakin.
"Bagaimana kalau nanti...??" Kalau begitu. Kalau begini.
Macam -macam bermain di fikiran. Namun, bertekadlah dengan keputusan yang dibuat dan bertawakkal lah kepada Allah. Serahkan jiwa dan hidup seluruhnya kepada Tuhan, bismillah. Dan berkongsilah kehidupan dengan pasangan.
2. Apa yang ditakdirkan jadi dalam hidup kita, pasti akan terjadi. Allah's plan is always better than our dream. Seluruh takdir Allah adalah baik untuk kita walau dulunya sukar memahami.

Yelah.. ada yang cakap, " awak tak payah cakap pasal takdir kalau awak tak usaha carik yang bujang.." huhu dia ingat saya macam dia agaknya, bersusun lamaran datang untuk dia dari lelaki bujang sampai dia tak tahu nak pilih yang mana satu.. bukan semua orang diberi kemewahan *dilamar lelaki bujang*
Namun rupanya Allah memang nak bagi yang baik dan terbaik untuk saya. *mewah cara lain* Di alam poligami. Alhamdulillah.
Saya tak pernah tahu apa akan jadi di masa depan. Saya tak tahu dan langsung tak boleh jamin perkahwinan poligami saya ini akan bertahan sampai bila, seperti mana 2 sahabat saya tadi yang dah memilih yang terbaik sewaktu berkahwin kali pertama namun Allah uji dengan perpisahan.
Saya syukuri tahun tahun penuh kebaikan dan cabaran yang telah berlalu, hari ini datang lagi untuk perbaiki diri dan moga Allah merahmati suami dan madu saya atas perkongsian hidup ini - moga berpanjangan selamanya <3
Sangat benar, takdir Allah bukan untuk melemahkan diri ini, bukan untuk duduk pasrah tanpa usaha namun takdir Allah yang indah itu adalah untuk menguatkan jiwa agar saya berusaha yang terbaik dan menyerahkan seluruh pengharapan pada Tuhan yang amat menyayangi diri ini dan kita semua.
Tiada yang mustahil di sisi Allah, maka usah lah kita terlalu gembira dengan nikmat hari ini dan usah terlalu sedih kerana duka dan bahagia pasti Allah silih gantikan dalam hidup sementara ini.. (rujuk ayat Quran di bawah )
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang hilang dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu…” (Surah Al Hadid: 22-23 )


Perkongsian yang baik dari ukhti Nurul Adni... Jazakillah.. 

Monday, May 16, 2016

MAKE ME STRONG

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works

Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Wednesday, December 30, 2015

KEMBALI TANPA HATI

KEMBALI TANPA HATI
Engkau kalau sudah pandai cemburu, berpada-pada.
Jangan sampai berburuk sangka
Jangan sampai yang tak ada kau kata ada
Jangan sampai menambah-nambah cerita
Jangan terlalu berlagak mangsa.
Engkau kalau sudah tahu cemburu
Kawal rasa itu
Jangan sampai dia jemu lalu dia pilih membisu
Jangan sampai memberontak hatinya menafikan tuduhan itu.
Bila engkau sudah terlalu cemburu
Jangan melulu!
Bertenang dahulu
Cari Tuhanmu
Dia yang seharusnya kau temu
Pada-Nya yang harus kau mengadu dan merayu
Bermohonlah apa pun yang engkau mahu
Pintalah apa yang engkau perlu
Biar terlerai kekusutan itu
Biar cemburumu sejuk
Biar terpujuk hatimu yang merajuk.
Andai basah lidahmu saat cemburu
Biarlah kerana meratib zikir
Bukan kerana sindir menyindir
Bukan seperti tidak percaya kepada takdir.
Jangan kau lupa serangkai kata-kata
Lidah itu lebih tajam dari mata pedang
Lalu saat kau buat hatinya terluka
Jiwanya terbang mencari tenang
Lalu engkau bagaimana nanti?
Sanggupkah ditinggal pergi?
Dengarlah
Bersungguh aku menitip pesan
Berpada-padalah melayan perasaan
Semakin engkau melayan cemburu,
Semakin jauh dia darimu
Kemarahanmu bagai menuding pintu
Bagai menyuruhnya pergi
Dan aku bimbang dia benar-benar pergi
Kemudian kembali dengan hati yang bukan milikmu lagi.

-Bonda

Sunday, January 26, 2014

~Cerita Kita~





Saya bertemu dan berkenal-kenalan dengan beberapa orang sahabat baik. Masing-masing punya cerita tersendiri.

Umpamanya, saya sendiri pernah menjadi satu-satunya isteri, dan kini saya merupakan isteri kedua kepada suami kesayangan saya.

Moga Allah memberi kebaikan dunia dan akhirat untuk pelbagai ujian pahit manis hidup kita.

Setiap dari kita yang bernikah tentunya berusaha dan berharap agar perkahwinan kekal ke hujung nyawa, malah ke syurga.

Tetapi ketetapan Allah melangkaui harapan dan impian manusia. Di sana sini, ada pernikahan yang telah pun berakhir dengan ujian masing masing.

Sesungguhnya Allah tidak lah mentakdirkan sesuatu melainkan pasti ada hikmah dan kebaikan dariNya.

Yang pasti, hati ini dan kehidupan kita ini jangan diserahkan kepada suami, kepada anak anak, kepada kawan, kepada harta, kepada dunia kerana mereka juga lemah seperti kita.

Serahkanlah seluruh jiwa raga kita kepada Allah, agar tika Allah menguji dengan perpisahan dan kehilangan- hati kita tidak hancur berderai. Kita masih punya Allah, tempat bergantung yang teguh dan tidak pernah hilang.

Allah tidak pernah tinggalkan kita namun kitalah yang selalu meninggalkan Allah.

Dari setiap episod hidup dan setiap insan yang kita temui, ada banyak perkara yang kita telah belajar. Dan episod atau insan yang telah berlalu itu sedang mempersiapkan peribadi diri kita menghadapi episod dan insan lain di masa depan...

Tidak ada episod hidup yang sia-sia. 

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

"Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu." [Ath-Thalaaq 65 : 12]


Kuatlah duhai hati untuk menuju Redha Ilahi... 


Monday, January 20, 2014

~Merotan & Memukul Anak, Wajarkah kita?~



Memukul atau merotan merupakan hukuman fizikal. Ibubapa yang menggunakan hukuman fizikal bertujuan menghentikan kerenah anak yang tidak baik. Walaupun terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa hukuman fizikal ini kurang berkesan malah mendatangkan implikasi yang negatif, tapi bagi saya, masih ada situasi tertentu di mana ibubapa perlu jugak merotan anak sebagai hukuman, terutamanya dalam perkara yang membabitkan hukum syari’ah. Dalam solat misalnya, Nabi Muhamad (saw) pernah berpesan supaya mengajar anak bersolat ketika berusia 7 tahun dan merotan(memukul) anak yang tidak bersolat ketika mereka berusia 10 tahun. 3 tahun ialah jarak masa yang diambil untuk mendidik anak bersolat melalui tunjuk ajar dan nasihat yang baik. Dalam masa 3 tahun ini sepatutnya sikap anak boleh dibentuk secara positif. Sekiranya mereka masih berdegil, maka ibubapa boleh merotan sebagai usaha terakhir dalam mendidik mereka menunaikan kewajipan terhadap Allah. Ketika anak-anak berusia 10 tahun, mereka telah mencapai tahap mumayyiz yakni boleh membezakan di antara perkara yang baik dan tidak baik. Mereka boleh memahami bahawa hukuman rotan yang diterima adalah di atas sikap degil dan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun begitu, sekiranya ibubapa mempunyai cara yang lebih efektif, elakkan dari mengenakan hukuman fizikal terhadap anak-anak.

Adakah cara selamat untuk merotan atau memukul?

Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan yang buruk jika dilakukan oleh ibubapa yang “authoritative” dibandingkan dengan ibubapa yang “autoritarian”. Hukuman fizikal yang dilakukan sekali sekala oleh “authoritative parents” tidak menjejaskan hubungan rapat di antara ibubapa dan anak-anak. Sebaliknya, jika hukuman fizikal itu dilakukan oleh ibubapa yang autoritarian, ia boleh menjadi batu penghalang kepada hubungan rapat antara ibubapa dan anak-anak yang mengakibatkan semakin sukar bagi ibubapa untuk mengenali dan mendidik anak-anak mereka.

Sebelum mengenakan hukuman fizikal ini, ibubapa wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap anak-anak. Ibubapa juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka dengan anak-anak.Sekiranya anak-anak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibubapa (closed bonding), maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak-anak.Sebaliknya jika ibubapa tidak begitu rapat dengan anak-anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak-anak terganggu seperti menyimpan dendam, marah dan sebagainya.

Ibubapa perlu meneliti, samada hukuman fizikal itu dilakukan secara reflex atau secara terancang. Hukuman fizikal yang terancang ialah ibubapa mempunyai peraturan yang tertentu misalnya anak-anak wajib menunaikan solat lima waktu, andainya anak-anak tidak mengikut peraturan tersebut maka mereka dikenakan hukuman fizikal. Pastikan anak-anak memahami peraturan dan tahu akibat dari kedegilan mereka, mereka akan menerima hukuman fizikal. Di sini, anak-anak diberi pilihan samada mengikut peraturan atau menerima hukuman. Manakala hukuman fizikal secara reflex pula ialah yang berlawanan dengan hukuman fizikal terancang, tidak ada peraturan yang dibuat, asal anak buat kerenah saja, ibubapa terus mengenakan hukuman fizikal. Istilah yang biasa kita gunakan ialah ringan tangan. Ringan tangan di sini bukan bermakna rajin tapi cepat sangat menampar anak. Pantang silap sikit, anak-anak mesti kena, mungkin kena penampar, mungkin kena cubit dan sebagainya. Inilah cara pendidikan yang kurang berkesan kerana anak-anak kerap akan mengulangi kerenah yang sama. Setiap kali ibubapa mengenakan hukuman fizikal, pastikan kita memberi penerangan kepada anak-anak kenapa mereka dipukul dan sebagainya. “Highlight” kan kelakuan anak-anak yang tidak dapat kita terima. Buat peraturan tentang perkara itu dan beritahu anak-anak, mereka akan menerima hukuman yang sama setiap kali mereka berkelakuan begitu.

Ibubapa juga harus memastikan bahawa mereka tidak dalam keadaan marah ketika hukuman fizikal dilakukan. Sekiranya kita merotan atau memukul dalam keadaan yang marah, mungkinterjadi kes penderaan. Orang yang dalam keadaan marah tidak dapat mengawal emosi dengan baik, dan melepaskan ledakan emosi kepada anak-anak melalui hukuman fizikal. Sekiranya disedari bahawa hati kita tengah panas, eloklah kita elakkan diri daripada anak-anak sehingga kemarahan kita reda.

Ibubapa seharusnya tahu bagaimana cara merotan yang selamat dan tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak. Merotan anak-anak di tempat yang kurang sensitive seperti tapak tangan. Jangan sesekali memukul dibahagian muka atau di tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya seperti di kepala atau perut. Pukulan yang diberikan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi pengajaran kepada anak-anak agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Sama seperti kita menjaga anak-anak daripada kecederaan fizikal ketika merotan atau memukul, begitulah juga kita harus menjaga anak-anak daripada kecederaan emosi. Jangan merotan di khalayak ramai atau di depan kawan-kawan sehingga memalukan mereka terutama pada anak-anak remaja.


Sebagai kesimpulan, selain dari hukuman fizikal, masih terdapat banyak bentuk disiplin yang lebih positif dan efektif. Hukuman fizikal mungkin sebagai langkah terakhir apabila cara-cara disiplin yang lain tidak berkesan dan hendaklah dilakukan dengan cara yang paling selamatagar tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak baik dari segi fizikal atau pun emosi.

Credit : http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2012/06/merotan-anak.html

Friday, December 20, 2013

~Ingatan Buatku Bernama Isteri~

Bismillahirohmanirohim...

Andai sekian posting umi sebelum ini berkisar mengenai diri ini dan anak2, kali ini umi cuba mengingatkan diri sendiri dan menyelami hati Ayah... 

Buatmu, Suamiku..



Ketika suamimu itu menikahi dirimu, apakah yang dirinya harapkan...? Dia berdoa, berharap dan bermimpi dikurnia teman yang akan menemani kehidupannya dalam susah dan senang. Ketika dia membuat keputusan untuk menikahimu, dia berjanji dalam hati mahu menjadi suami yang baik dan membahagiakanmu bersama anak-anak yang bakal dianugerahkan ALLAH. 

Dan sebaik bermula perjalanan pernikahan, janji-janjinya direntangkan ALLAH ujian yang pelbagai... Hidup ini menuntutnya bekerja keras. Bekerja keras di luar rumah,mengharung cabarang hidup. Bekerja keras dengan sikapnya, perasaaan dan dalaman yang punya banyak kelemahan. Bekerja keras untuk tetap mencintaimu seorang isteri dan zuriatnya yang dikurnia ALLAH.

Namun, hati seorang suami itu kabur memahami tika dalam diam si isteri sebenarnya merasa sepi, sedih dan jauh dari menganyam kebahagiaan dengan suami. Isteri merasa tertinggalkan dan terasing dari suami yang melalui kehidupannya sendiri.

Dalam hiruk pikuk dan kepantasan dunia, suami dan isteri tidak sempat saling berbicara ke sudut hati, apakah kita ini bahagia dalam kehidupan bersama? Dalam tinggal serumah, tidur sekatil, ada tubuh-tubuh suami isteri yang kelihatannya dekat namun tidak ada rasa selamat dan tidak tenang untuk saling mencurah perasaan.

Ada rasa yang tertahankan. Ada kemesraan yang tak terpamerkan. Ada bisikan yang bergema sekadar dalam hati. Memandang wajah terasa tida seri. Meneruskan hidup atas nama suami isteri, namun hati tidak saling mengerti. Saling mengasihi, mencintai dan merindui...? Itu telah lama pergi, pernikahan ini nampak hidup hanya kerana anak-anak yang berhati suci memandang dan menagih kasih ibu sayang saban hari...

Wahai isteri, tika sudi dinikahi, yang dirimu inginkan sebenarnya menjadi isteri penuh cinta lagi membahagiakan suami. Galilah semua niat itu, bekerjalah menghidupkannya. Dan luruskan tujuan kerana ALLAH. Sekalipun suami seolah menyalahimu, mengasarimu, mengabaikan dirimu, bangunkanlah kelembutan dan sifat penuh pengertian untuk dirimu terus berdamping dengan suami. Untuk terus berbuat baik dengan suami sekalipun dirimu 'tidak merasa kebaikannya' lagi. Berterima kasih pada ALLAH atas kurnia suami dengan cara menjadi teman yang mendorong, menenangkan dan membantu suami dalam urusan dunia dan keimanannya.

Wahai isteri, setiap hari sedia masa untuk merenung ayat ayat ALLAH dan hadis titipan Rasulullah SAW, itu kunci utama perjalanan menjadi isteri yang bahagia.

Setiap hari, teruskan berkenalan dengan suami, senyum padanya, bersahabatlah dengan suami dengan bertanya khabar, mengambil berat dan berkomunikasi tentang keperluaanmu dengan penuh baik, dalam penuh hormat dengan bahasa yang difahami suami. Suami sangat perlukan kalian bernama isteri sebagai teman yang menghibur dan memerhatikan kehidupannya.

Isilah hati suami dengan penghormatan dan cinta agar dia tidak merasa untuk mendapatkannya dari perempuan lain yang bukan bernama isteri. kata-kata terima kasih, pujian, dan penghargaan adalah batu-batu kecil membangunkan mahligai rumahtangga yang bahagia.

Suamimu perlu dorongan dan kritikan. Perlukan nasihat dan arah untuk membahagiakan dirimu. Tunjukkan dengan hormat. Dia ingin menjadi pemimpinmu, jadilah isteri yang membangun kepimpinannya.

Setiap kebaikanmu kepada suami adalah sedekah. Kata-kata baikmu adalah sedekah. Isteri yang baik dan mulia lagi penuh pengertian, mana suami yang tak ingin membahagiakan?

Mulakan dengan dirimu, menjadi isteri yang membahagiakan. Mohonlah kekuatan dari Tuhan.


Terima kasih adikku, Catatan dari seorang isteri- Nurul Adni

Monday, September 23, 2013

Saya BUKAN Wanita Sempurna


Dengan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Benar
Saya bukan Wanita Sempurna dari dahulu hingga kini..
Ada masa saya juga terlupa & terlalai... pernah lakukan kesilapan
Namun, keinginan & usaha untuk menjadi Wanita Solehah
takkan mungkin pernah padam.
Setiap hari juga mengharap belas Ilahi moga setiap kesilapan & kelalaian lalu
Diampunkan & bukanlah hijab saat mata tertutup rapat menemuiNya Rabbul Izzaati.

Diri ini hanya insan kecil
Isteri kepada seorang suami yang begitu mengasihi & sentiasa berusaha yang terbaik untuk keluarganya
Anak kepada kedua orang tua yang begitu mendorong & stidak pernah putus asa memberi nasihat
Ummi kepada anak2 comel yang sedang membesar & dahagakan kasih sayang
Sahabat kepada teman-teman yang begitu mengerti & memahami

Namun mengapa kisah hidup ini
Sering dicari cacat celanya
Digali dan dicari hanya untuk dijadikan bahan cerita
Sedang diri ini tetap jua seperti ini..menjalani rutin seperti insan lain jua

"Cukuplah bersedih" pujuk sang suami seakan dapat mendalami diri ini
"Berhentilah menangis anakku" kata sang bonda dari kejauhan
"Biar kami sapu airmata ummi" telah anak2 kecilku
"Senyumlah selalu, Allah sedang menaikkan darjahmu" inspirasi dari teman

Syukur & Redha!!!

Kerana diri ini masih punya kekuatan untuk terus berada di sini & bangun hadapi segalanya.

Wahai diri..
adakah kamu lupa bahawa Allah telah menceritakan segala dalam Qalamnya..
Sirah Wanita-wanita Pejuang malah Nabi & KekasihNya lebih & Maha Hebatnya..
Bukan sekadar dicaci maki atau dicerca..malah difitnah & diugut bunuh...

Dirimu sekadar dijadi bahan cerita...
Tak perlulah bersedih.. Allah Maha Adil & Lebih Mengetahui..

Harapkanlah PenghakimanNya diSana nanti..



PESANAN - Suhaimi Inteam


Kau dengarkan tiap pesan Rasulullah
Jadikan pedoman agar tak kesesatan
Berselawatlah walau di mana berada
Sebagai tanda kau mengasihinya

Bila kau berselawat
Memuji Rasulullah
Allah pun turut selawat padamu

Jika hartamu dimusnah 
Ingat Allah yang memberi 
Jika engkau dizalimi 
Tenang dan tabah hadapi
Allah Maha Mengasihi
Mendengar rintihan hambaNya

Usah dikejar dunia yang sementara
Bertaubat sentiasa bersihkanlah jiwa

Kau jagalah solatmu
Bersyukurlah selalu
Itu tanda redha segalanya


Thursday, April 4, 2013

TIGHT!



Assalamualaikum wbt & Morning olls..

Betul..agak TIGHT!! Nanti update lagi..byk citer umi nak share...

Apepun rindu semua jugak! Simple notes tp sgt beerti:

Peringatan buat diri sendiri... Jom lebih bayak memberi... Kenapa memberi? Kerana bila memberi itulah bahagian kita..pahala kita..