Showing posts with label Syukur. Show all posts
Showing posts with label Syukur. Show all posts

Thursday, October 19, 2017

Roda Alam


Di balik kelam awan hitam semalam
Hadir embun dalam dingin pagi syahdu
Titis-titisnya membawa pergi duka
Lalu
Dedaun dan bunga kembali segar
Meniti hari baru
Sang suria turut tersenyum menyinar 
Menambah ceria

Ya, begitulah...
Seputar kisah Alam
Mirip rentak hidup sang khalifah
Andai semalam kau bersedih
Rebah dipukul ombak ujian
Jangan kau ratap dan terus terdampar
Bangun dan terus berjalan
Walau dalam kalut 
Kau tetap punya doa untuk berpaut
Dan bumi untuk terus bersujud

Menangislah!
Biar teriakmu hanya Dia yang tahu
Mengadulah,
Biar bebanmu hanya Dia yang pikul
Meratiblah,
Hanya pada Dia yang Satu

Begitulah...
Tangisan di keheningan pagi
Umpama embun dingin
Titisnya membawa pergi duka
Dan hatimu kembali tenang 
Saat kau balut dengan mujahadah diam
Dan kau rawat dengan tahajjud malam
Mentari pasti bersinar meraikan kemenangan
Sungguh
Dalam tiap peristiwa ada rahsia
Hikmah mahupun musibah
Tetaplah berpegang dengan janji Allah
Bahawa 
Pada setiap kesulitan ada kemudahan
Pada setiap kesulitan ada kemudahan


Jazakallahu khoyr zauji habibi dan anak-anak...  💋💘💞💝💑












Sunday, August 6, 2017

Waktu Ini

Assalamualaikum wbt dan Salam Lewat Malam,

ALhamdulillah, terealisasikan juga hasrat umi untuk mengemaskini blog yang semakin bersawang ni. Ya Allah, rindu sangat nak bebel kat sini :)

Saat semua sedang enak dibuai mimpi, umi gagahkan untuk kemaskini catatan di sini.

Oklah, kita warm up je dulu hari ni. Insya ALlah, dalam perancangan akan ada penambah baikan blog ini pada masa terdekat. Dah dirangka perancangan kasarnya. Mudah-mudahan terlaksana ya. Doakan!

Nak tahu kisahnya? 28 Julai lalu... Allah dah janji kan, andai kita buat baik dengan orang seikhlasnya.. pasti Allah pandang dan dibalas kebaikan..
Apa kisah buat baik nya tu? Biarlah rahsia antara umi dan Allah swt.. Tak layak rasanya diri ini untuk bercerita di sini, kita hanya hamba yang berusaha untuk terus mengikut perintahNya.

Cerita balasan baik itu, umi abadikan di sini.. kisahnya begini..

Seawal pagi 28 Julai 2017 - Jumaat yang barokah, usai selesai menyediakan sarapan dan kemas tempat tidur, umi pun bukalah FB, eh, pagi-pagi dah banyak notification? Penuh pula orang tag nama umi... konfius kejap. Bila umi buka..........................................

Alhamdulillah..rezeki di Jumaat yang Barokah. Masuk kali ni, rasanya dah kali ke5 umi menang giveaway melalui FB. Gara-gara pengaruh rakan tak sebaya lah ni, #gengbahu yang selalu tag umi asalnya. Niat nak menyantuni sahabat-sahabat, jadi rezeki buat kita. Alhamdulillah. Masih belum redeem lagi Dinner Table for 2 ni. Tengah mencari masa dan waktu yang sesuai. Bila umi khabarkan pada ayah... "Alhamdulillah...isteri abg memang selalu bertuah, dari zaman bank dulu asyik menang cabutan bertuah! Nanti kita cari masa ya sayang.." Tengah-tengah berkira-kira juga kalau dapat di realisasikan sempena cuti sekolah nanti.. menarik juga kan... InsyaALlah, moga ALlah izinkan. Ada sahabat #gengbahu umi terus meraikan hadiah dengan memujuk umi, "Kak, ingat kisah akak kongsikan dengan kitorang tentang raya.. sungguh, berkat kesabaran Allah bagi balasan buat akak dan suami. Ku pula yang terharu.." ada yang lain, "Nurul kalau nak gi dinner tu, hantarlah anak pada akak..boleh je jagakan.." Allah, terharu dengan sahabat-sahabat yang cukup memahami. Moga Allah jaga dan pelihara ukhwah ini dan kurniakan kebaikan dunia akhirat buat sahabat-sahabat manis umi ini.

Pada 29hb pula umi diberi peluang untuk mengikuti Beauty Class. Alhamdulillah, lama dah teringin nak join. Bukanlah beria nak bermake-up sangat, cukup sekadar boleh bersolek nipis untuk tatapan ayah..heeee.. Terima kasih ayah, izinkan dan sudi jagakan anak-anak sepeninggalan umi. Balik tu, masing-masing kata umi nampak comel lah..nampak muda lah..ada-ada je anak-anak ni. Gambar solek tu, biarlah umi simpan untuk tatapan peribadi sahaja. Pernah suatu ketika... umi ambil gambar selfie kemudian terus send pada ayah. Ketika tu, umi sebelah ayah je dalam kereta. Ayah tanya, "kenapa send kat abg?" "Habis, nak send kat sapa?" tanya umi. "Ingat nak letak profile picture" kata ayah lagi. "Ish, insyaAllah..ayg kalau boleh taknak lah letak gambar selfie yang clear sangat muka ayg..mestilah tak nak letak gambar yang comot kan..kita nak letak yg cantik. Muka wanita ni bukan aurat, tp ayg takut jadi fitnah..kawan-kawan contact ada juga lelaki, dibuatnya dia tengok full pastu terdetik sesuatu..ayg takut. Sebab tu ayg selesa kalau gambar ayg dengan abg, dengan anak-anak atau kalau gambar sorang, pandang lain ke.. atau sisi tepi saja." Sebaik ayat umi habis, ayah usap kepala umi, "sejuk abg dengar..terima kasih sayang.." Begitulah, kita buat semmapu kita untuk menghindari. Bukanlah nak tunjuk kita baik tp sebab kita tahu kita bukanlah baik sangat kita usaha untuk menjaga diri kita. Mudah-mudahan Allah bantu. 

Petang 29hb ayah upah anak-anak... Terima kasih ayah! Biar dekat sahaja tempatnya dan seketika sahaja masanya.. Yang pasti anak-anak happy! Setelah sekian lama tak berendam kan... 

InsyaAllah, boleh jadi rutin bulanan lepas ni kata ayah >.<


Setakat ini dulu coretan umi. InsyaAllah umi akan sambung lagi dalam masa terdekat nanti. Moga diberi kelapangan. 







Monday, July 17, 2017

Hidup ini antara Mati dan Sabar

Hidup ini tempat ujian.
Hidup ini penuh pilihan.
Hidup ini antara mati dan sabar.
Tak kira apapun kesalahan kita pada orang lain satu masa dahulu, mohonlah maaf dengan sifat kerendahan hati mengakui kesilapan kita seorang manusia yg lemah. Dan kita belajar daripadanya.
Tak kira apapun kesalahan orang lain kepada kita, maafkanlah dengan rasa penuh redha di atas apa yg telah berlaku itu kerana kita semua bukan insan sempurna. Pasti ada lebih kurangnya di mana mana.
Tidak kisahlah siapa yg memulakannya dulu. Siapa yg harus meminta maaf dulu. Inilah yg saya pelajari daripada Emak.
Memaafkan sesuatu yg indah buat masa hadapan walaupun ianya amat menyakitkan buat masa sekarang.
Nah, pilihlah antara mati atau sabar.
Kesabaran, amat mudah disebut namun amat payah dilakukan. Sabar itu tidak bermasa, tidak pula bertempoh. Sabar itu sebenarnya ilmu ikhlas. Di manakah kesabaran (baca : keikhlasan) kita yg sebenar jika kita mengiranya mengikut tahun, masa dan waktu?
Ikhlas datang daripada redha. Hati yg redha ke atas apa yg telah berlaku walaupun ianya sesuatu yg amat menyakitkan atau kesedihan yg paling dalam sekalipun pasti akan tenang.
Hidup ini hanyalah mengenai pencarian sebuah ketenangan.
Nah, pilihlah antara mati atau sabar.
Kerana akhirnya, sebelum orang yg menyakitkan kita itu pergi dijemput Ilahi buat selama lamanya, dia memerlukan ketenangan begitu juga diri kita sendiri yg lebih mendambakan ketenangan untuk meneruskan kehidupan dan bagi menghadapi saat kematian yg sama di masa akan datang kelak.
Hanya hati yg tenang sahaja yg akan dipanggil masuk dengan selamat dan sejahtera ke dalam syurga Allah yg Maha Menenangkan.
Semuanya bermula dengan satu kemaafan dan memaafi. Pasti akan bertemu kemanisannya dari sisi lain yg boleh kita kecapi.
Redhalah menelan segala kepahitan dan ketentuan yg sudah tertulis di dalam hidup ini. Pasti Allah akan meredhaimu kembali.
Apa yg sudah berlaku, biarlah berlaku. Jauh lebih penting apakah pengakhiran hidup ini.
Nah, pilihlah antara mati atau sabar.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ, ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (meredhai) lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku. (al-Fajr: 27-30)

Catatan berharga dari sahabat syurga : Khadijah Gani

Sunday, December 4, 2016

NEW TOY

Assalamualaikum wbt...

ALhamdulillah...beberapa hari ini rasa ada kupu-kupu dalam perut ;)

Lain rasanya, bila Aura Bonda ada disisi, dapat menghabiskan masa bersama. Syukur kerana Allah masih pinjamkan insan bernama bonda. Kata-kata positif, motivasi dan semangat, sentiasa menyemarak kesabaran diri ini. Disebabkan kami terpisah dengan jarak, maka kesempatan sesekali bersama bonda sangat di tunggu-tunggu. 

Penuh padat rupanya aktiviti kami selama bonda ada di sini. Terima kasih bonda... dan terima kasih Ayahanda kerana memberi pinjam Bonda beberapa hari! 

Paling mengujakan bila dapat membeli 'New Toy' untuk Umi terus bermain...hihihi.. Perasaannya sama seperti ketika dapat mainan masa kecil-kecil dulu. Setiba di rumah, tak sabar nak demo 'mainan' baru. Maka, TARAAAAA... inilah hasilnya. 
Ayam Panggan ala Kenny Rogers!

Dalam proses...

Dessert of the day ;) My first attempt

 Alhamdulillah! Tercapai juga hasrat nak menyajikan santapan ala Kenny Rogers buat Zauji Habibi dan Bonda tersayang hasil air tangan sendiri.. Adinda Hanis pun memang suka makan... seronok! Anak-anak, lebih lagi.

Hasrat nak me'waffle' sendiri juga memang dah lama Umi simpan. Zauj dan anak-anak memang gemar betul makan waffle. Hampir setiap hari ajak Umi beli Waffle di hadapan pasaraya Halal Mart. Namun, tidaklah kerap Umi layankan permintaan anak-anak. Perlu batasannya. Maklumlah, makanan manis pula tu. Sejak itulah Umi berhasrat untuk memiliki mesin waffle sendiri. Mudah! Boleh buat dan makan bila mahu! Menariknya, Umi memang berimpian untuk memiliki mesin waffle yang 'multi-tasking'. Boleh digunakan buat sandwich / roti bakar dan waffle. Bonusnya, ada acuan grill juga.

Bila berimpian, dah dapat pasti Umi gunakan dan manfaatkan sebaiknya! Umi takkan beli sesuatu tanpa tujuan. Beli sesuatu hanya dek kerana mengikut 'trend' juga bukan Umi. Lebih-lebih lagi jika perkakasan yang beratus harganya. Tepuk dada tengok poket sendiri...hihihi. Contohnya trend Periuk Noxxa. Umi sedia maklum fungsinya dapat membantu mempercepatkan tempoh masakan. Tidak dinafikan ianya gajet yang membantu lebih-lebih lagi jika masak 'bone broth' atau sup tulang.. Namun, bila diteliti pandangan dari sahabat-sahabat yang telah memilikinya, Umi berpendapat, ianya tidak sesuai dengan naluri Umi yang lebih gemar cara 'typical malay' memasak, ianya seolah mengurangkan kepuasan. Jadi, tak rugi pun walau tidak memiliki periuk berkenaan. Masing-masing punya sebab tersendiri.

Multisnacker- Kenwood : Ada 3 pasang acuan pilihan. (RM 124.00 - SenQ AEON Bkt, Indah)

Electric Oven-Khind : Ada 5 pilihan pemanasan pilihan. (RM 332.50 - AEON Bkt Indah)
Electrin Oven ini dibeli baru rentetan Microwave Oven yang sedia ada dah rosak. Base nya pecah dan retak agak besar, Agak menyeramkan nak guna. Lepas ini, boleh lah kita sambung bisnes, setelah hampir 3 minggu terhenti. Tak sabar juga nak meroti.. Dah lama tak buat roti. Moga Electric Oven ini juga dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan Tuan Microwave Oven yang lalu...hihihi

Oh ya, untuk resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers dan Waffle, tunggguuuuu ya.. 

Hingga jumpa lagi... daaaa

Monday, September 30, 2013

# throwback # (Part I)

In The Name of Allah

Ada a few story nak share...tp gambar2 kenangan ni lebih menarik perhatian untuk di share...
Bila di tengok2 post lepas. Rupenye tk masuk lagi dlm ni... 

So, jadi la tajuknye #throwback#. Coz citer dh lepas..
But still..setiap satu gambar ni, menyentuh perasaan... 


Nurin Safiyah - Alhamdulillah.. Dalam usia 7 tahun dah lengkap solatnya. Kalau terlewat/tertinggal dia akan qada' tanpa disuruh. Surprisingly, Nurin dah tau 'masbuq and sujud sahwi juga.. Syukur. Moga jadi anak Solehah.

Menjalani rutin bersama anak2 di saat ayah tiada di sisi.. Cooking, Picnicking, Baking, Jogging, Arts..etc..etc
Manfaat & hargai waktu2 Bersama...
Selalu g vacation kite2 aje this time kte angkut Cik Mimi n Uncle Mat.
Mmg best @Pullman Putrajaya. Kebetulan umi dpt special rate time tu. =)

Mereka yang sering menceriakan... Ukhwah yang terbina, moga kekal hingga ke Syurga.
Adik2 KTC yang sentiasa dekat dihati.

Masa ni kat Klate.. Restoran Wau.. Mmg cantik tempatnya..mknn pun not bad..cuma service kureng sket..
Anyway, we really enjoy it! p/s: mana tah tiqah time ni
Old time pics... i love it!



Wednesday, May 1, 2013

Nota Kecil Nurin #1

Satu petang yang damai... Nurin merajuk gara-gara barang lukisannya diusik adik2. Umi cuba pujuk tapi Nurin masih berdiam..
"Nurin marah lagi ya?", tanya ummi
"..................." Nurin masih membisu
"Takpe, ummi tahu Nurin penat tu.. Ummi buatkan milo ais utk Nurin ey", pancing ummi & terus ke dapur.
Tiba-tiba, Nurin masuk dapur & letakkan sesuatu di tepi ummi.
Oh, ada nota kecil... ummi membacanya.. terharu & lucu. Walau agak tidak tersusun ayat terakhirnya..tapi ummi faham maksudnya...
Anak2 kecil mempunyai 6th sense yg lebih tajam sebenarnya..
Ya Allah pelihara keluarga kami & zuriat keturunan kami agar sentiasa dalam Keberkatan & Peliharaan Kasih SayangMu.. Ameen


Sunday, March 31, 2013

SANAH HELWA AYAH!!!



Lama umi simpan gambar ni.. Ni baru sempat nk wat editing & upload.. Lambat tp tetpa jg upload.. kenang-kenangan di masa tua nnti =)