Sunday, December 4, 2016

NEW TOY

Assalamualaikum wbt...

ALhamdulillah...beberapa hari ini rasa ada kupu-kupu dalam perut ;)

Lain rasanya, bila Aura Bonda ada disisi, dapat menghabiskan masa bersama. Syukur kerana Allah masih pinjamkan insan bernama bonda. Kata-kata positif, motivasi dan semangat, sentiasa menyemarak kesabaran diri ini. Disebabkan kami terpisah dengan jarak, maka kesempatan sesekali bersama bonda sangat di tunggu-tunggu. 

Penuh padat rupanya aktiviti kami selama bonda ada di sini. Terima kasih bonda... dan terima kasih Ayahanda kerana memberi pinjam Bonda beberapa hari! 

Paling mengujakan bila dapat membeli 'New Toy' untuk Umi terus bermain...hihihi.. Perasaannya sama seperti ketika dapat mainan masa kecil-kecil dulu. Setiba di rumah, tak sabar nak demo 'mainan' baru. Maka, TARAAAAA... inilah hasilnya. 
Ayam Panggan ala Kenny Rogers!

Dalam proses...

Dessert of the day ;) My first attempt

 Alhamdulillah! Tercapai juga hasrat nak menyajikan santapan ala Kenny Rogers buat Zauji Habibi dan Bonda tersayang hasil air tangan sendiri.. Adinda Hanis pun memang suka makan... seronok! Anak-anak, lebih lagi.

Hasrat nak me'waffle' sendiri juga memang dah lama Umi simpan. Zauj dan anak-anak memang gemar betul makan waffle. Hampir setiap hari ajak Umi beli Waffle di hadapan pasaraya Halal Mart. Namun, tidaklah kerap Umi layankan permintaan anak-anak. Perlu batasannya. Maklumlah, makanan manis pula tu. Sejak itulah Umi berhasrat untuk memiliki mesin waffle sendiri. Mudah! Boleh buat dan makan bila mahu! Menariknya, Umi memang berimpian untuk memiliki mesin waffle yang 'multi-tasking'. Boleh digunakan buat sandwich / roti bakar dan waffle. Bonusnya, ada acuan grill juga.

Bila berimpian, dah dapat pasti Umi gunakan dan manfaatkan sebaiknya! Umi takkan beli sesuatu tanpa tujuan. Beli sesuatu hanya dek kerana mengikut 'trend' juga bukan Umi. Lebih-lebih lagi jika perkakasan yang beratus harganya. Tepuk dada tengok poket sendiri...hihihi. Contohnya trend Periuk Noxxa. Umi sedia maklum fungsinya dapat membantu mempercepatkan tempoh masakan. Tidak dinafikan ianya gajet yang membantu lebih-lebih lagi jika masak 'bone broth' atau sup tulang.. Namun, bila diteliti pandangan dari sahabat-sahabat yang telah memilikinya, Umi berpendapat, ianya tidak sesuai dengan naluri Umi yang lebih gemar cara 'typical malay' memasak, ianya seolah mengurangkan kepuasan. Jadi, tak rugi pun walau tidak memiliki periuk berkenaan. Masing-masing punya sebab tersendiri.

Multisnacker- Kenwood : Ada 3 pasang acuan pilihan. (RM 124.00 - SenQ AEON Bkt, Indah)

Electric Oven-Khind : Ada 5 pilihan pemanasan pilihan. (RM 332.50 - AEON Bkt Indah)
Electrin Oven ini dibeli baru rentetan Microwave Oven yang sedia ada dah rosak. Base nya pecah dan retak agak besar, Agak menyeramkan nak guna. Lepas ini, boleh lah kita sambung bisnes, setelah hampir 3 minggu terhenti. Tak sabar juga nak meroti.. Dah lama tak buat roti. Moga Electric Oven ini juga dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan Tuan Microwave Oven yang lalu...hihihi

Oh ya, untuk resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers dan Waffle, tunggguuuuu ya.. 

Hingga jumpa lagi... daaaa

No comments:

Post a Comment