Showing posts with label My Lovie Dovie. Show all posts
Showing posts with label My Lovie Dovie. Show all posts

Friday, February 24, 2017

Nota lewat malam...

Tak dapat nak lelapkan mata malam ni..
Kebetulan ada dapat task dari zauji habibi.. so buatlah task tu, sementara free dari rutin membaca dan menulis, dengan anak-anak dan kerja rumah.
Alhamdulillah...dapat siapkan. Harapnya zauji habibi suka dan boleh manfaatkan. :)
I think since i read and write a lot...my writing skills also improved..hehehe.. keep moving dear!

Kita tahajjud sekejap sementara menanti Subuh..

Esok pun dah ada a few scheduled activities:
  • Brisk walk/slow jog with kids 
  • Meet Awie at stadium UTM
  • Weekend routine (house chores of coz!)
  • KSPSIJB Meeting at 3pm


Selamat Pagi.

Yes..i know and notice what you've done. But, it just I have more important things to be settled.

Wednesday, February 15, 2017

All marriedπŸ’ couples Status

Who's older?
•Him (9 years!)

Who was interested first?
• Him

Same High School?
• No

Most Sensitive?
• Me

Worst temper?
•Him?

More social?
•Same 

Most stubborn?
• Okkkk,it's meeee.... :P

Wakes up first?
•Obviously me... I'll be the alarm clock!

Bigger Family?
• Me (6 siblings)

Who cooks the most?
• Of course Me

Cries more?
• Me (so..so..Drama Queen. ..kikiki)

Better singer?
• Can I say ...Both of us....ahahahaha...perasan nih!!

Better driver?
• Me?? (i drove the car most of the time)

Hogs the remote?
• Him

Better at cooking?
• Me la...hihi
How many years have you been together?
• almost 8 years (since 2009)

Where was your 1st date?
. Le Grandeur Hotel for Iftar CIMB

Who does most of the laundry?
• Him...most of the times... .Thanks Mohd. Faidzal Tumin .....really appreciate it..πŸ’–πŸ’–πŸ’žπŸ’žπŸ’–


Thursday, March 31, 2016

Sharing Positive Vibes

Beberapa minggu kebelakangan ini adalah hari-hari yang agak mencabar perasaan, fizikal dan mental (mungkin hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat tahu).. namum ia adalah satu perkara biasa bagi setiap manusia kan? Masing-masing punya masalah dan ujian yang dihadapi. Tapi, bagaimana kita menangani masalah itu adalah fokus utama.

Dan setiap kali ujian berlaku dalam hidup saya...saya akan pegang kata-kata yang memberi inspirasi kepada saya untuk sentiasa kekal bertenang dan terus teguh mendepani masalah 



"Sentiasa fikirkan masalah sebagai peluang. Lihat sisi lain masalah..ianya adalah HADIAH dari Allah swt"(Datuk Maznah Hamid, 1999) di UUM, Sintok Kedah ketika dipilih sebagai satu-satunya syarikat mewakili Negeri Johor dalam Program Usahawan Muda peringkat kebangsaan.


Jatuh terjelepuk, menangis kesedihan, duduk terpaku... ianya pasti berlaku tapi ingat... Allah sentiasa ada, Dia dekat. Maka kembali padanya. 

Semaklah kekurangan diri bukan terus menyalahi. 
Renunglah hubunganmu dengan Rabbul Izzati bukan hanya menunding kesilapan. 
Betulkan ibadat bukan menjaja umpat.

Bila kekal dalam kesabaran walau tsunami mendatang, InshaAllah... imbalan manis bakal bertandang... Janji Allah itu pasti bukan? Justeru, teruslah tersenyum walau hakikatnya engkau sedang lelah berjuang... 

Nota : Nah, hadiah sempena anniversary katanya..tiba pada hari lahir tuan suami, siapa tak happy kan? Nanti kita cari masa dating ya zauji habibi

Friday, January 15, 2016

Catatan Buat Zauj Tercinta


Zaujku

Sederhana orangnya biasa-biasa sahaja
Namun manis senyumnya
Mudah juga berbicara
Buat aku terpegun seketika

Jasad tidak selalu bersama
Namun hati sentiasa bertaut dalam doa
Bicara rindu menyulam rasa
Menjadi ikatan makrifat cinta

Jarak usia bukan penyebab jaraknya hubungan kita
Beza citarasa bukan penghalang mencipta bahagia

Jarak itulah melahirkan mesra bila berjumpa
Perbezaan itulah melengkapkan kehidupan kita berdua

Hidup kita cukup berbeza
Tidak seperti yang biasa-biasa
Kerana kita luarbiasa
Yang Allah telah taqdirkan untuk laluinya

Kejut aku saat aku terlena
Sambut tanganku saat aku berusaha
Dakapku saat aku hilang punca

Kerana diriku dari rusuk kirimu yang tidak bermaya
Kerana diriku adalah makmummu selagi bernyawa
Kerana impian kita akhirnya ke syurga bersama.............


Monday, August 17, 2015

Photograph


Photograph




Loving can hurt, loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know

When it gets hard, you know it can get hard sometimes

It is the only thing that makes us feel alive


We keep this love in a photograph

We made these memories for ourselves

Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And time's forever frozen still



So you can keep me

Inside the pocket of your ripped jeans

Holding me closer 'til our eyes meet
You won't ever be alone, wait for me to come home



Loving can heal, loving can mend your soul

And it's the only thing that I know, know

I swear it will get easier,
Remember that with every piece of you
Hm, and it's the only thing we take with us when we die



Hm, we keep this love in this photograph

We made these memories for ourselves

Where our eyes are never closing
Hearts were never broken
And time's forever frozen still



So you can keep me

Inside the pocket of your ripped jeans

Holding me closer 'til our eyes meet
You won't ever be alone



And if you hurt me

That's okay baby, only words bleed

Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go
Wait for me to come home
Wait for me to come home
Wait for me to come home
Wait for me to come home



You can fit me

Inside the necklace you got when you were sixteen

Next to your heartbeat where I should be
Keep it deep within your soul



And if you hurt me

Well, that's okay baby, only words bleed

Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go



When I'm away, I will remember how you kissed me

Under the lamppost back on Sixth street

Hearing you whisper through the phone,
"Wait for me to come home."




This song really touched me... 

Saturday, January 24, 2015

Seluruh Cinta

...........rinduku melayang





sukar juga utk diungkapkan
Hanya Dia yang lebih tahu segalanya
Terima kasih untuk semua
menerima diri ini seadanya


Friday, November 15, 2013

Menghitung Hari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah...


Syukur.
Masih lagi diberi nikmat kehidupan dan keimanan
Masih lagi diberi nikmat kasih sayang, kebahagiaan dan kesihatan

Benar.
Saat ini kami sekeluarga seolah2 tidak sabar menanti kehadiran ahli baru di 'sangkar' ini.
Mujahid / Mujahidah??
Memang teringinkan seorang mujahid menghiasi keluarga kami. Namun, kami juga redha andai
tertulis mujahidah yang terbaik buat kami.
Bila ditanya kakak2... 
"Nak gal la... seronok ramai2..."

Umi dan Ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat 'adik'.
Membesarlah dan nikmatilah kehidupan alam rahim mu dengan tenang.
Moga lahirmu kelak membawa lebih banyak manfaat, kebaikan dan kebahagiaan.

Saat ini.
Pergerakan 'adik' semakin terasa.
Hampir setiap hari kami akan bercakap2 dgn 'adik'.
Specially kakak2.. Setiap malam tidak pernah lupa utk 
mengirimkan ucapan salam dan selamat malam serta doa buat 'adik' 
sblm mereka melabuhkan kepala, tidur.
Ayah juga, adakala meluangkan masa bercakap2 serta mengalunkan Surah Yasin
sambil cuba memegang 'adik'.

Menjadi kerisauan umi..
Kerana masih belum khatam Al-Quran lagi...
Ada beberapa persiapan untuk menyambut adik juga belum
sempat tesedia.

Namun umi positif.
InshaAllah pasti dimudahkan segala urusan nnt.

Friday, October 18, 2013

Citer Lawak Pagi Jumaat

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang

Sedang En Suami duduk menuggu dengan tenang di sofa, usai menghantar anak2 semua ke sekolah & nursery..

"Abang..............................................."kedengaran jeritan kecil dari bilik.
Tergopah gapah En suami berlari mendapatkan Pn isteri.
"Kenapa...kenapa ni yang?"..... sambil melihat2 badan Pn isteri
"Tergosok perut...................", ngadu Pn isteri sambil memegang perut yg kepedihan.
"Herm..nk letak ape ni yang? Ubat gigi boleh?", cadang En suami yg masih kekalutan
"Boleh la abg...ayg pun blur ni...", balas Pn Isteri tgamam.
Tergopoh gapah berlari En Suami mengambil ubat gigi dan serta merta tolong menyapu ke perut Pn Isteri..

Senyap seketika..........

"Hahahahhaha, kelakar la gelagat abg...", tiba-tiba Pn Isteri tergelak.
"Hahahahha.......ayg la. Lg ntah ape-ape..perut pun nk digosok....", sambut En Suami, mengejek...
"Abg lagi kelakar..kalut mcm ape...takleh ingt muka tadi..", balas Pn Isteri taknak megalah
"Ayag la lagi kelakar... dah tau perut tu dh ke depan mcm tu, gosok berdiri mcm nak hulur kt iron", En Suami juga tak mahu mengalah.........

Herm....
Dalam hati berbunga. Gurauan - menyemarak kasih & cinta.
Ia adalah Anugerah!
(*._.*)

Sunday, July 28, 2013

Kerana Diriku dari Rusuk Kirimu......



Coretan Kasih Sayang Buatmu Zauji Habibi...

Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....

Syukran Ya Rabb,
Atas kurniaan hidup ini untukku
Atas pinjaman nafas ini untuk menghirup nikmatMu
Atas pemberian roh & jasad ini untuk terus beribadah kepadaMu

Ya Rabbul Izzati, 
Kurniakan kekuatan buat suamiku..
Kurniakan ketabahan buat zaujku
Kurniakan kesabaran buat kekasihku
Kurniakan keimananan yg MANTAP buat pemimpin hidupku

Suamiku...
Waktu itu sekilas diri ini terpana
Melihat kesungguhanmu duduk bersama ketiga2 puteri kita
Melayan keletah, membacakan buku serta mengajarkan mereka mengaji.. 
Terima kasih sayangku

Suamiku...
Waktu itu sekilas diri ini terkedu
Mendengarkan alunan bait2 Yassin 
Menjadi halwa telinga diriku dan anak2 disaat kami
hampir terbuai diulit mimpi...
Terima kasih kekasihku

Suamiku...
Waktu itu sekilas aku terkesima
Saat kesihatan diriku benar2 tidak mengizinkan..
Aku benar terlena hingga tidak sedar diriku dikejutkanmu..
Engkau gagah mengangkat tubuhku agar aku tidur disisimu seperti selalu...
Terima kasih suamiku


Suamiku...
Waktu itu sekilas aku teruja,
Kenakalan dirimu sering mengusik tangkai hati
Membuatku termalu sendiri,
Menceriakan suasana
Terima kasih zaujku

Suamiku.......
Waktu itu sekilas aku terpujuk,
Lembut dirimu menyentuhku,
Tubuhku dipeluk erat...
Sayu setiap bait bicaramu di telingaku
Hatiku akur
kerana kutahu 
kita hanya manusia biasa 
yang masih melengkapi
Berjuang memperbaiki segala khilaf diri
sebagai bekalan ke negeri Abadi....
Terima kasih syurgaku


Kita masih berjuang untuk menyulam kasih didunia
Harapannya agar kekal hingga ke syurga...



Sayu untuk meninggalkan Ramadhan kali ini, begitu jugalah sayunya perpisahan sementara kita..Kata-katamu telah menguatkanku untuk menempuhinya... Syukran yg Zauji.