Friday, August 3, 2012

Ana Muslim

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat sumer...

Alhamdulillah, sejak beberapa hari ni, aura menulis umi agak baik.. Umi rasa syukur sgt. Skurang-kurangnya, sangkar kita tidak terbiar sepi..biarpun jika kisah yg umi kongsikan ni mungkin agak klise/biasa2.

Alhamdulillah, syukur sgt2. Allah beri kemudahan utk umi selesaikan Gaji Buln 8 & Bonus staf seawal pagi lg. Pkul 9 dh selesai semuanya termasuklah kes2 khas. Alhamdulillah.. syukur2... Semalam mmg umi dh pening sgt bila semak ada beberapa maklumat yg tak betul di sistem. Kena lah semak bebetul. Umi jangka hari ini mesti kena mengadap hal gaji & bonus ni smpai lewat tghri nanti=itu perancangan manusia. Perancangan Allah lebih hebat, Allah mudahkan & dpt diselesaikan lebih awal. Alhamdulillah! Terima kasih banyak2 buat staf umi, aunty Zu yg byk bantu umi dlm siapkan hal gaji & bonus staf ni. Nanti kita upah diri kita sndiri ya... =)

Alhamdulillah pagi tadi juga, selesai membuat gaji & bonus,umi ke MSI utk menghadiri Liga Ilmu anjuran Masjid UTM & Pusat Islam... Alhamdulillah..rasa bersyukur tidak terhingga bila kita dikurniakan dengan orang-orang sekeliling dan juga tempat yg boleh mengajak ke arah kebaikan.
Minggu lepas sesi dgn Ustaz 'Handsome' (gelaran yg Ain bg)..minggu ni dgn Ustaz Zaharudin. Insya Allah, umi akan kongsikan pengisiannya nanti. 

Oh ya, disini juga umi nak kongsikan laman web ni: http://bukuonline2u.com Alhamdulillah juga, minggu lepas umi ada beli beberapa VCD dr sini khas buat anak2 umi tersayang. Dah terima & sejak ada VCD tu, anak2 akan buka setiap kali naik kereta... Takdelah lg Cd cerita2 dogeng yg kadang2 umi rasa membazirnya masa anak2 terbuang begitu shj. Sekurang2nya dgn adanya VCD tu, anak2 dpt dididik / ditarbiyah secara visual /interaktif. Pendidikan utk anak2 sekarang haruslah selari dgn perkembangan semasa so, tidaklah mereka tertinggal malah dengan perkembangan media elektronik sekarang sepatutnya kita tidak lagi boleh berkompromi untuk menghidangkan alat2 pendidikan yang terkini selaras dengan keperluan anak2. Yang penting kita harus bijak memilih, memantau apa yang anak2 lihat, dengar dan cakap. Betul tak? hihihi..umi sekadar berkongsi rasa/pengalaman. Sejak ada Cd tu jg anak2 dh boleh jg membaca doa2 Dhuha, selawat2.. Alhamdulillah..syukur. So, utk pembaca yg sedang mencari bahan pendidikan terkini utk anak2, rasanya baik juga cuba ikut kemampuan dan keperluan. Umi kongsikan sebahagian lagu yg ada dlm Cd yg kami baru miliki.

"Pengaruh persekitaran & buku yang kita baca mempengaruhi fikiran. Kepada para ibu, teliti kembali apa yg kita baca dan persekitaran anak-anak membesar. Kasihani anak-anak kita susah nak cari jalan ke syurga". (Prof. Muhaya)

No comments:

Post a Comment