Wednesday, October 10, 2012

Padanya ada Hikmah

Assalamualaikum wbt & Salam Petang semua...


Alhamdulillah petang yang dingin masih lagi berteleku di ofis.. cuba menyiapkan dan sisa tugasan yang telah ditinggalkan lewat 2 hari lalu...

Alhamdulillah, Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Pertamanya,
Ummi disahkan mengandung pada hari Khamis lepas. Syukur.. Sesuautu yang kami nantikan.. itulah rentetan posting ummi ttg ::Neves::. Agak gementar kerana seperti ada kelainan kali ini...

Keduanya,
Ummi juga disahkan gugur pada hari Jumaat nya (keesokkan harinya).. Seharian tak keruan di ofis-cuba gagahkan diri. Badan mmg sejuk sgt dan tak bermaya. Perut sakit, Allah shj yg tahu.. Bila dikhabarkan pada Ayah, segera ayah bawa ummi ke klinik. Klinik terus refer umi ke hospital.. Mujurlah sesi menunggu yg bermula jam 11.30 malam hingga hampir jam 3.00 pagi dilalui dengan ayah, "Syukur Ya Allah, dikurniakan suami yg begitu memahami & menyayangi".. Bukan sekadar menunggu, ayah meminjamkan tangan yg dilekapkan di perut ummi, malah badannya juga utk menampung ummi bersandar.ummi terharu. Tak berapa lama kemudian, ummi tak mampu nk bertahan, nyaris pitam di ruang menunggu, barulah ummi diminta baring di katil. Alhamdulillah.. Hasil pemeriksaan Dr, mmg janinnya dh 'turun'. Dr nasihatkan banyak berehat. "Jangan sedih ya sis.. orang terpilih shj yg melalui keadaan mcm ni.. Hikmahnya ada seseorang dh menanti kita di pintu Syurga nanti.."pujuk Dr muda/pelatih. "Terima kasih Dr. Insya Allah, mudah2an.." balas ummi lemah.
Sekilas teringat..benar, ummi pernah terfikir begitu bila dikhabarkan ada sahabat2 yg mengalami masalah keguguran. "bertuahnya insan ini ada insan kecil dan suci telah menanti di pintu Syurga, teringin juga seperti itu"..
<Penghargaan istimewa ummi khususkan buat ibu yg membantu menjaga Nurin, Ain & Sajidah sepeninggalan ummi dan ayah ke hospital. Terima kasih kakakku..Moga Allah membalas segalanya>

Ketiga,
Syukur Alhamdulillah.. ummi sempat menyiapkan dan melancarkan page biz yg dah agak lama ummi peram.. Pada mulanya biz yg ingin dilakukan bukanlah penjualan produk tapi lebih kepada servis namun atas beberapa kekangan, umi tangguhkan dulu biz servis yg ummi cadangkan pada Tok. So, ummi lancarkan biz produk dan servis percutian/umrah.. Jemputlah melawat page dan 'like'. Mudah2an dengan usaha yang kecil ini mampu menjadi batu loncatan untuk sesuatu yang lebih besar di masa hadapan.

https://www.facebook.com/MuslimahBeautyHouse?ref=hl

oklah...malam ni ada Perasmian Festival Konvo. Katanya ada Siti Nurhaliza.. owh, itu bukan niat utama ummi utk menerjah ke tapak pesta....paling utama nak berjumpa dengan adik2 ummi yg dah lama tak berjumpa... aduh, rinndduuunya pd kalian... harapnya dptlah kita berkumpul lagi... ;)

[Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tiadak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kisah yang tidak ada manisnya. MUngkin kita lupa, Tuhan itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manusia, Dia menyisipkan Kasih-Nya. Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama Hikmah!]

 New books for me n hubby-Padanya Ada Hikmah,for kids-Gabungan Cerita Jejak-jejak Rasul Pilihan.. Accidently bought but truely Worth! 

No comments:

Post a Comment