Tuesday, October 16, 2012

Adil atau Ehsan?

Assalamualaikum wbt & Salam Pagi yang Cemerlang....



Sahabat-sahabat baik kesayangku.. 

Disepanjang perjalanan kehidupan kita sering berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Allah pertemukan dengan orang itu..kemudian pergi datang pula orang itu..orang itu juga.. orang-orang yang menyenangkan.. orang-orang yang menduga kesabaran..orang-orang yang manis tak kurang juga orang-orang yang sedikit kelat ;) Diriku dan juga kalian pasti ada merasa sedih dan gembira, tenang dan serabut, marah dan sabar, kecewa dan bahagia. Allah gilirkan semuanya dalam perjalanan hidup ini. Rangkuman itu, kita sebenarnya tidak akan dapat lari dari semua kisah suka duka kehidupan kerana itulah syarat/mahar untuk kita menuju kampung akhirat yang ABADI.. Pasti di dunia ini tidak mungkin akan ada manusia yang sempurna justeru sebuah kehidupan yang begitu sempurna tidak akan tercipta kerana segala yang sempurna itu hanya di Syurga... 

Bersabarlah wahai diri dalam menempuh kehidupan. Usah berputus asa berbuat baik dan berniat baik kerana Allah swt, sesungguhnya Allah pasti membalas Cinta dan Kebaikanmu.. Tatkala hati meruntun bagai dipalu-palu bila diri seolah-olah disalah erti kan.. Maka bersujudlah dan meruntunlah semahunya di tikar sejadah..Tatkala hanya dirimu dan PenciptaMu sahaja. Sesungguhnya itulah runtunan yang lebih baik dan mulia. Tidak perlu dirimu cuba menagih simpati/perhatian mahupun bersuara lantang cuba menerangkan keadaan atau menegakkan keadilan/hak dirimu.. jika keadaan itu bisa mengundang kekeruhan sebuah perhubungan. Bersabarlah wahai diri dalam menghadapi segalanya.. kerana Allah swt itu tidak pernah tidur dan ketahui segala yang ada dalam hatimu. Andai keadilan yang ingin dituntut itu hanya bersifat keduniaan semata-mata maka tinggalkan sahaja kerana ada yang lebih penting dari itu untuk bekalanmu diakhirat nanti.. Maka andai dirimu redha dan rela dengan yang terjadi, maka itulah EHSAN... 

Maka berlaku adillah, sebab adil adalah perintah Allah. Tetapi hari hari ini dunia sedang sakit parah. Keadilan saja tidak akan mampu menyembukan sakitnya dunia. Dunia membutuhkan Ihsan. Dunia membutuhkan ‘ii-tsar. Dunia membutuhkan Anda.

Beberapa hari lepas, ummi ada berbicara panjang dengan Tok tentang ini.. Alhamdulillah, kesimpulan yang cukup manis. Benar kita tidak sempurna kerana itu Allah ilhamkan dan bekalkan kisah2 sirah dan pengajaran kita.. Umat Akhir Zaman.. kutiplah pengajaran dan sirah terdahulu... Mudah2an diri akan sentiasa kuat, dekat & Rahmat Allah swt.. ameen.


No comments:

Post a Comment