Saturday, September 17, 2016

AKTIVITI CUTI

Perancangan awal, hanya pulang ke Shah Alam untuk menyambut Aidil Adha. Itu sahaja. Tarikh cadangan ketika itu sehari sebelum raya iaitu pada 11 September 2016.

Namun, siapalah kita...Allah lebih tahu yang terbaik. Lalu perancangan awal terpaksa diubah dan Cuti Sekolah kali ini rupanya fully occupied! Alhamdulillah..dapat menyahut seruan Productive Muslim.

Seminggu sebelum cuti...sempatlah menebus vochur dinner di Le Grandeur yang umi menangi bulan Mac yang lalu... Alhamdulillah!
Merah membara, semarak cinta
Syukran Zauji Habibi

Kemudian, umi ada Product Presentation under Iskandar Flavours - IRDA. Program ini rentetan dari Bengkel 2 hari umi sebelum ini di Holiday Inn Villa, Johor Bahru. Masya Allah, hari ini bukan sahaja penuh debar, malah penuh dengan pengajaran dan pengalaman yang Allah kirimkan melalui peristiwa. Insha Allah, jika diizinkan umi kongsikan dalam satu 'posting' khas nanti.

Seperti yang Umi maklumkan, asalnya rancang untuk ke Shah Alam pada 11 September 2016 tapi setelah mendapat tahu Umi perlu hadiri kursus pada 14 dan 15 September 2016, maka rancangan diawalkan. Bila Umi maklumkan dan bincang semula dengan Ayah, ayah terus cadangkan agar balik ke Shah Alam esok hari (8 September 2016). Awal pagi 8 Spetember 2016, umi dah buka checklist barang-barang dan 'things to do'. Walaupun dah seringkali 'travel' tapi umi tetap akan rujuk juga checklist agar tiada barang yang tertinggal. Dek kerana rutin inilah juga kerap kali ayah suarakan... "Abang suka cara ayang packing barang, konfem complete! Specially kalau barang abg travel, siap ubat dengan jajan!" dan tiap kali itu jugalah umi rasa blushing. Siapa tak kembang Cik Abang puji kan. Dan sudah menjadi kebiasaan umi jika nak tinggalkan rumah, umi akan pastikan sinki, rice-cooker, atas dapur dan tong sampah kosong. Selesai semua urusan, Ayah decide untuk bertolak malam, selepas Maghrib. Waktu malam lebih tenang dan sejuk. Anak-anak pun dapat rehat. Selesai Asar, barang-barang semua dah dimasukkan dalam kereta. Usai Solat Maghrib berjemaah, kami keluar rumah dan makan malam di luar. Selepas itu, meneruskan perjalanan ke Shah Alam pada jam 9.30 malam. Alhamdulillah, perjalanan lancar walau jangkaan awal umi mungkin agak sesak memandangkan dah mula cuti sekolah. Laluan bertentangan yang nampaknya sesak teruk! Sejauh hampir 10km... Masya Allah... Awal anak-anak dibuai mimpi... Dapatlah umi dan ayah spend masa berdua. ALhamdulillah...cantik dan manis sekali Allah hadiahkan. Seperti yang umi kongsikan dalam 'posting' yang lalu... kami sempat berbicara hati ke hati dan perjalanan tiba sangat cepat! Kata ayah, "Walaupun bertolak lewat dan penuh aktiviti seharian siang tadi, tapi badan masih cergas dan mata masih segar!"... penangan hati gembira mungkin...

Esoknya, ayah bertolak balik ke Kulai semula...seperti kebiasaan. Umi akan bersama anak-anak merancang masa dan aktiviti bersama dengan keluarga...

9 September 2016
Awal pagi usai Subuh berjemaah, umi dan ayah sempat bersiar-siar berdua di laman rumah Cik Da... Cuaca redup seperti nak hujan tapi nyaman dan menyegarkan. Jauh dari hiruk pikuk bandar. Kemudian, kami keluar ke Restoran berdekatan, Selepas bersarapan, masa diisi dengan berbual-bual dengan mak dan bapak. Pantas masa berlalu, jam menunjukkan jam 12 tengahari dan tibalah masa Ayah memohon diri. Berat dihati melepas pergi tapi harus akur kerana inilah kehidupan kami.

10 September 2016
Dapat ke pasar pagi dengan mak. Aktiviti yang wajib dilakukan tiap kali balik Shah Alam. Rasanya waktu ni antara waktu yang paling kami suka buat bersama..Sambil jalan, pegang tangan mak..dapat borak2, dapat juga belikan lauk, sayur yang mak suka. Balik dari pasar, mulalah aktiviti di dapur. Menyiang ikan, ayam dan sayur. Asingkan untuk masak dan simpan. Menu hari ni Laksa Sarawak! Yummeh, lama tak makan.

Laksa Sarawak
11 September 2016
Alhamdulillah hari ini umi dapat keizinan Ayah untuk berpuasa sempena Arafah. kebetulan juga World Quran Hour pada jam 10 pagi. Sempat umi siapkan bahan untuk raikan Quran Hour dengan anak2 dan anak2 buah.

Pet

Petangnya, dapat panggilan Ayah dah nak sampai. Sempatlah umi ambil Ayah sebelum berbuka puasa.

12 September 2016
Salam Aidil Adha, Minal Aidil wal Faidzin!

Awal pagi Embah, Cik Jai dan Ayah ke Masjid Shah Alam, menunaikan Solat Sunat Aidil Adha.
Sepeninggalan Ayah, umi siapkan santapan Hari Raya.
Usai makan, kami ke Cheras. Rumah arwah kakak Bapak (Mak Saudara umi sebelah Embah-Wak Silla) memang rapat sangat dengan keluarga arwah. Ketika hayat Wak Silla, memang kami suka sangat ke rumah ni. Tiap kali ke KL memang pasti bermalam di sini. Paling dirindui pastilah air tangan masakan arwah. Untung benar sebab arwah serba boleh orangnya. Pandai masak, kuih muih, lauk pauk, pandai menjahit dan juga menghias rumah! Bakat memasak nampaknya turun pada sorang anaknya Sarah. Alhamdulillah, sempena ziarah Raya Haji ni dapatlah kami merasa makan Mee Rebus versi Kak Sah (nama manja buat Sarah) dan Kacang Pool versi Kak Yus (Menantu sulung arwah Wak Silla). Selain itu juga dihidangkan dengan Si Merah Baldu versi Yu Ja.  Meriah rumah.


Lebih kurang jam 3 petang, kami minta diri. Destinasi kami seterusnya.... KLCC! Ada orang nak sangat masuk KLCC, Sedangkan dah pernah bawa. Tapi tak ingat dah, masa tu kecil lagi. Layankan lah...



Malamnya kita surprisekan Cik Bang. Birthdaynya keesokan hari, 13hb. Tapi, dah plan nak balik ke JB, so celebrate malam tu.

13 September 2016
Kami bertolak pulang ke JB awal pagi lebih kurang jam 9pagi.

Alhamdulillah...sungguh terisi sempurna percutian kali ini. Jazakallah zauji habibi, bantu realisasikan.

No comments:

Post a Comment